Cerita Teladan : Kisah Pohon Epal dan Budak Lelaki

Share on Tumblr
Di zaman dahulu kala, ada sebatang pohon epal yang tinggi, rimbun dan besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirehat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.

Kisah Tauladan

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.

“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…

Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.

“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.

” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.”

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu.”

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,” jawab lelaki tua itu.”

Jika begitu, istirehatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.
Cerita Teladan : Kisah Pohon Epal dan Budak Lelaki

44 Komen:

Tanpa Nama berkata...

cter ny best sgt2...

mak ayh....kakak syg2 mak dn ayh sgt2...love u all

miZ_aleyNa berkata...

saD.. T_T

Tanpa Nama berkata...

x best ..

Tanpa Nama berkata...

setuju....so sayangi dan hargailah kedua org tua kita buat selamanya....

Tanpa Nama berkata...

tersentuh +_+

Tanpa Nama berkata...

tanpa ibu bapa siapa lah
...

group b berkata...

BLOG INI ADALAH BLOG YANG TERINDAH PERNAH SAYA LIHAT

jelly kingdom berkata...

mujjjshjsjjjadi!@@%^$!@%^&*(%@$@!

Tanpa Nama berkata...

hargai lha ibu bpa kta.........tnpa merka sapa lha kta ni...jgn pernah lukai perasaan merka walau skli pn...wlu mcm mna pn keadaan ibu bpa kta mreka ttp ibu n bpa kta.....

Tanpa Nama berkata...

best cte nya..hargai lh kedua ibu bpa kta,jgan slu buat mereka sdih..syg lh seprti mereka sayg kta.

Tanpa Nama berkata...

:'(

Tanpa Nama berkata...

bestlha citer ni..kesian kad pokok tu .

Tanpa Nama berkata...

bagus........bagus sekali....aku suka crita ini

Nur hanim berkata...

Kesian pokok epal tu

Tanpa Nama berkata...

best nye citerni.kawan2 janganlah kita bersikap kejam terhadap ibubapa kita

Tanpa Nama berkata...

so0,,hargailha ibu bapa kte,,uat la dyorg bhgie

Tanpa Nama berkata...

cerita sngat bgus,, mmbuat terhru mmbca'a

alamkedewasaan berkata...

kisah ini merupakan kisah yang berlaku dalam kehidupan kita, bukan sahaja antara kita dengan ibu bapa kita malah dengan orang yang rapa dengan kita...bak kata orang "bila senang semua datang, bila susah semua hilang"...

maizatul berkata...

hebat

Tanpa Nama berkata...

best la cerita ni

Tanpa Nama berkata...

Cite ni mmg best n sedih.. Cite ni dh jd pilihan say untuk bercerita kt sk.. :)

Tanpa Nama berkata...

syg ibu sgt2

Tanpa Nama berkata...

saye pon..... muahhhhh

Cik Ainn(Admin) berkata...

saya telah menjadikan cerita ini animasi untuk final project 2tahun yang lepas!~ :D

Tanpa Nama berkata...

best sangat cerita ni.Boleh buat teladan.<3

Tanpa Nama berkata...

best...nyer citer ni sampai saya tk sanggup tinggal kn ibu n ayah

Serikandimaya berkata...

banyak pengajarannya....

YaMieTsa berkata...

bener bgt.... aku mau ceritakan hal ini kepada anakku yang sedang ku kandung
thx

Tanpa Nama berkata...

cerita bagus sebagai pengajaran kepada semua supaya sayangi ibu bapa dan jaga mereka dengan baik. jangan semasa susah sahaja kita mencari mereka. di masa senang juga harus mengingati mereka.

Tanpa Nama berkata...

bgus cerita ni... buat pengajaran kepada semua. sayangilah ibu bapa selagi mereka masih ada. nilai pengorbanan mereka sukar dicari ganti...

Tanpa Nama berkata...

harta yg amat bernilai dan tidak dapat dijual beli adalah ibu bapa kita...

Tanpa Nama berkata...

cerita ny bleh jdy kan teladan pde kite,,,,hargai lah jase ibu bape terhdap kte...

Tanpa Nama berkata...

mak ayh sye cyg kan ayah dngan pnoh kegembiraan,,,,sye akn knang kan jse2 ibu dan ayah terhdap sye..

Tanpa Nama berkata...

best.....

Tanpa Nama berkata...

cita ni best gila............

Tanpa Nama berkata...

sedih betul cerite ni
ew...........................

Tanpa Nama berkata...

.u,u;(

Tanpa Nama berkata...

cerita ini satu cite yang menarik kerana ia mEMAPARKAN kepada kita bahawa ibu bapalah yang selalu menolong kita ketika susah dan senang

Tanpa Nama berkata...

cerita yang luar biasa menarik dan memberikan pengajaran yang berguna untuk anak anak..

Tanpa Nama berkata...

thanks pada yg empunya blog..sayu hati saya..kerana terlalu perkara yg sudah saya lepaskan...

saya mohon keizinan ambil cerita ini untuk pertandingan disekolah saya yer...

Tanpa Nama berkata...

btul to hrgai lh kdua2 ibu bpa kita krna mreka lh kita ad dn krn mreka lh kita akn dpt ap mo kita ....

Tanpa Nama berkata...

Best!

Tanpa Nama berkata...

JJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDT5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5T5AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHYQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQFSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS23RQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQWH6 W6SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS5

Tanpa Nama berkata...

QWERTYUIOPLKJHGDFSAZXCVBNM123545678910

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.