Kembalilah ke pangkal jalan

Share on Tumblr
Anak muda, Kembalilah ke pangkal jalan

Memang benar remaja cepat terpengaruh kerana tidak berfikir panjang. Setiap perlakuan buruk remaja membawa banyak kesan negatif dan jika dibiarkan secara berterusan akan memudaratkan.

Dewasa ini, ramai anak muda yang mengalami krisis identiti. Mereka yang mempunyai sindrom ini biasanya tidak boleh berfikir secara matang atau membuat keputusan secara rasional. Mereka lebih suka berkhayal dan membuang masa dengan melakukan perkara tidak berfaedah.

Mengimbas kembali pada zaman 90-an, remaja tidak banyak terdedah kepada budaya luar disebabkan alat komunikasi pada masa itu tidak secanggih seperti sekarang. Mereka kekal dengan identiti sebagai masyarakat Malaysia yang berbudi pekerti dan bersopan santun ketika bertutur.


Lain pula jika dilihat pada zaman moden ini, ramai anak muda mudah terpengaruh dengan sesuatu yang dianggap menarik di mata. Mereka sebenarnya tidak kisah menonjolkan minat dalam sesuatu yang negatif asalkan ia tampak menarik dan seronok. Seperti kita lihat, remaja suka melakukan aktiviti yang jelas sekali bertentangan dengan norma masyarakat.

Hasil daripada globalisasi dan dunia tanpa sempadan, anak muda tidak ragu-ragu membuat pilihan dan inilah yang menimbulkan krisis identiti. Mereka gemar melakukan sesuatu dianggap kelainan. Misalnya, remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan tidak membuat keputusan yang tepat dalam sesuatu pilihan. Banyak pilihan dibuat atas dasar nafsu dan kemahuan semata-mata.

Apa yang kita dapat lihat ialah remaja masa kini sudah hilang budaya tempatan dan tidak lagi mengekalkan nilai murni. Kesopanan dan kesantunan Islam yang sudah lama dipupuk dalam diri mula beransur hilang. Ini kerana mereka sangat mudah terdedah untuk dipengaruhi dan jiwa muda yang gemar mencuba perkara baru. Selain itu, mereka juga mudah terpedaya dengan apa yang diceritakan di laman sosial.

Hakikatnya, rakan dan keluargalah yang dipersalahkan kerana tidak mengambil berat serta mengambil tahu. Ia sebenarnya bukan berpunca daripada mereka saja tapi remaja juga bersalah kerana tidak mempunyai kesedaran untuk berubah. Jika dilihat, ramai yang merokok, merempit, menghisap dadah, biadap dengan orang tua, memakai pakaian yang menyerupai jantina berlainan dan sebagainya. Ia dianggap sebagai sesuatu yang normal dan tidak ada unsur negatif di mata mereka walhal perkara itu dianggap tidak elok di mata ramai orang. Ke rana terlalu mengikut hawa nafsu, remaja hanyut dalam kancah ke gelapan yang tiada ke sudahan. Namun semua itu boleh diatasi jika timbul keinsafan dalam diri.

Impak negatif pada diri

Apabila anak muda tidak lagi malu melakukan perkara yang tidak disenangi masyarakat, pasti ia terbukti memberikan masalah kepada diri sendiri. Lihat saja pada masalah yang berlaku antara remaja dengan keluarga dan rakan-rakan. Hubungan bukan saja renggang tapi juga wujud situasi di mana mereka tidak bertegur sapa buat jangka waktu yang agak lama. Ini semua berpunca kerana remaja tidak mengikut nasihat ibu bapa dan banyak terpengaruh dengan rakan sebaya.

Bukan itu saja, mereka juga akan selalu dipandang serong oleh masyarakat disebabkan tingkah laku mereka yang seakan-akan meniru budaya barat. Ada sesetengah boleh diterima dan ada juga yang sangat dikecam masyarakat kerana bertentangan dengan agama.

Justeru, ramai anak muda mengalami masalah kemurungan kerana banyak masalah yang dihadapi daripada krisis identiti itu. Mana tidaknya, mereka yang tegar pasti mempunyai masalah kesihatan yang memudaratkan serta mendapat kecaman daripada keluarga dan masyarakat. Kemurungan itu sendiri kalau dibiarkan secara berterusan akan membawa kepada masalah lebih serius seperti membunuh diri dan membahayakan diri sendiri ke tahap kritikal.

Kata orang masa itu emas. Untuk remaja yang terlalu mengikut budaya barat ini, mereka banyak membazirkan masa melakukan perkara yang tidak berfaedah. Masa yang sepatutnya digunakan untuk perkara positif seperti bersukan, beriadah dan sebagainya diganti dengan perkara tidak berfaedah yang tiada kesudahan. Mana tidaknya, mereka sendiri yang memilih jalan itu.

Selain itu, perbuatan buruk yang mereka lakukan itu secara tidak langsung boleh merosakkan imej dan reputasi diri. Mana

tidaknya, jika ditangkap ketika menghisap dadah atau hidu gam, mereka bukan saja memalukan diri sendiri bahkan keluarga juga turut merasa tempias.

Malah, setiap perkara buruk yang dilakukan boleh mengganggu pelajaran. Ini kerana masa dihabiskan untuk bersuka ria dan jarang sekali dimanfaatkan untuk mengulang kaji.

Hakikatnya, perbuatan yang terlalu mengikut budaya barat itu akhirnya merosakkan akhlak remaja dan seolah-olah menghasut agar melakukan perkara yang lebih dahsyat dan teruk. Misalnya, mereka yang pada mulanya menghisap dadah akan terus ketagih dan akhirnya sukar untuk berhenti serta membahayakan nyawa sendiri dan keluarga tersayang.

Jalan Penyelesaian
Kita harus mengelakkan peribahasa `nasi sudah menjadi bubur terjadi pada diri. Memanglah sukar untuk berubah jika tiada kesedaran dalam diri. Namun, jika nilai murni mula diterap dalam diri nescaya akan berjaya juga. Untuk berubah, memang memakan masa tapi akan berjaya juga jika dilakukan secara berterusan. Apa yang penting adalah semangat untuk berubah walaupun banyak kekangan yang dihadapi daripada kawan serta keluarga.

Pertama, ingatlah bahawa setiap perkara buruk pasti ada kesan negatif. Jika ia dibiarkan berlarutan tanpa henti, pasti mengundang masalah yang lebih serius seperti kesihatan terganggu, masalah emosi dan sebagainya. Cuba ubah minda dan terapkan nilai yang murni dan positif dalam diri seterusnya melupakan kisah silam yang menghantui itu.

Ketika proses ingin berubah, selalu katakan pada diri bahawa kamu benci maksiat itu dan tidak ingin sesekali mengulanginya lagi.

Kedua, jangan ragu-ragu berjumpa dengan rakan, keluarga mahupun pakar kaunseling untuk meminta pendapat mereka mengenai keinginan untuk berubah. Mereka pasti akan memberikan sokongan tanpa henti dan mengharapkan yang terbaik untuk kamu.

Malu itu memang wujud dalam diri setiap anak muda yang ingin kembali ke pangkal jalan. Ketepikan perasaan itu dan beranikan diri untuk mendapatkan nasihat serta cara berkesan untuk berhenti daripada ketagihan dadah, rokok dan seumpama dengannya.

Ketiga, mereka yang tegar harus teruskan keinginan untuk berubah walaupun sukar. Usaha yang dilakukan secara berterusan adalah lebih wajar daripada patah semangat kerana tidak berjaya. Anak muda ini sebenarnya keliru dan tidak tahu jalan untuk berpatah balik.

Keempat, banyakkan membuat kajian di laman web tentang bagaimana untuk memberhentikan tabiat buruk yang sudah sebati dengan diri itu.

Jika terjumpa mana-mana laman web yang menarik, kamu harus `bookmark¿ laman web itu dan membacanya dengan teliti kerana ia mengandungi pelbagai jalan penyelesaian.

Kelima, ingatlah bahawa setiap yang berlaku pasti ada kesan buruknya. Walaupun aktiviti-aktiviti itu dianggap seronok dan menarik, kesan jangka panjang tidaklah memberangsangkan dan hanya memburukkan lagi keadaan.

Merokok misalnya boleh membahayakan kesihatan orang tersayang di sekeliling kamu. Lebih buruk lagi apabila ketagihan merokok itu menjurus kepada bahana dadah.

Keenam, tanamkan rasa keinsafan dan selalu beringat pada ibu bapa. Ingat bahawa ibu bapa dan keluarga adalah segala-galanya pada kamu kerana dengan merekalah kamu berkongsi masalah, mendapatkan nasihat dan lain-lain nilai positif. Mereka pasti akan kecewa apabila melihat kamu sudah tersasar jauh daripada apa yang diharapkan oleh mereka.

Sudah pasti keluarga inginkan kamu berjaya dan tidak hanyut dengan perkara yang hanya merugikan masa.

Minta maaf pada mereka dan jika kamu kerap kali lari dari rumah, cuba untuk kembali dan luahkan apa yang terbuku di hati. Walaupun mereka marah, kamu harus cekal dan tidak berpatah hati sebaliknya menganggap itu semua sebagai suatu pengajaran.

Tujuh, buang sikap ego kamu kerana kamu telah tekad untuk berubah. Elakkan daripada banyak berfikir negatif dan mengenangkan pelbagai kemungkinan dalam perjalanan untuk berubah. Misalnya, kamu pasti fikir bahawa setiap orang yang kamu kenali kebarangkalian akan mencemuh dan mencaci kamu. Biarkan saja apa orang hendak kata asalkan kamu tetap pada pendirian dan sedar yang kesemua tohmahan itu hanya bersifat sementara dan tidak kekal.

Lapan, dekatkan diri dengan tokoh agama dan belajar ilmu daripada mereka. Pokok pangkalnya, krisis identiti ini juga berlaku kerana didikan agama yang kurang diterapkan dalam diri kamu sejak kecil. Tunjukkan bahawa kamu ingin berubah dan ia bukan hanya tertumpu pada kelakuan tapi juga amalan.

Langkah ke sembilan, terapkan dalam minda bahawa kamu ingin menjadi seorang yang baik daripada segi akhlak dan moral. Ingat yang diri akan menjadi modal insan untuk generasi akan datang. Jika tidak berubah maka apa faedah dan kebaikan yang dapat ditunjukkan pada masyarakat? oleh itu, berusahalah walaupun sukar kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.

Akhir sekali, berdoalah kepada Allah dan berharap perubahan anda akan membuahkan hasil dan tidak berhenti setengah jalan. Insya-Allah kamu pasti boleh melakukannya!

 Oleh Hazril Mdnor

~ Metro
Kembalilah ke pangkal jalan

6 Komen:

pelet santet berkata...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [0478] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 850 JUTA , wassalam.


IBU WINDA DI GARUT berkata...

Saya Atas nama IBU WINDA ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di SINGAPURA jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga di kampun,jadi TKW itu sangat menderita dan di suatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak di sengaja saya melihat komentar orang tentan AKI SOLEH dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di SINGAPURA,akhirnya saya coba untuk menhubungi AKI SOLEH dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg di berikan AKI SOLEH 100% tembus Sngapura (4D) <<< 8445 >>> saya menang togel (155,juta) meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan AKI SOLEH kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik AKI SOLEH sekali lagi makasih yaa AKI dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja AKI SOLEH DI 082-313-336-747- insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW trimah kasih banyak atas bantuang nomor togel nya AKI wassalam.


KLIK DISINI ***ANGKA*RAMALAN*DUKUN*TOGEL*GAIB*HARI*INI***





















































Saya Atas nama IBU WINDA ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di MALAYSIA jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga di kampun,jadi TKW itu sangat menderita dan di suatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak di sengaja saya melihat komentar orang tentan AKI SOLEH dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di SINGAPURA,akhirnya saya coba untuk menhubungi AKI SOLEH dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan AKI SOLEH 100% tembus Singapura (4D) <<< 8445 >>> saya menang togel (155,juta) meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan AKI SOLEH kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik AKI SOLEH sekali lagi makasih yaa AKI dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja AKI SOLEH DI 082-313-336-747- insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW
trimah kasih banyak atas bantuang nomor togel nya AKI wassalam.


KLIK DISINI ***ANGKA*RAMALAN*DUKUN*TOGEL*GAIB*HARI*INI***
















Unknown berkata...

Hay guys
Nama saya jeslin

Yuk mampir bentar dan dilihat-lihat disini www.casinoqiuqiu.com
Deposit dan withdraw hanya RP:25.000
Bonus rollingan hingga 1% loh

TERSEDIA 5 GAME DALAM 1 AKUN

*BACCARAT
*RAOULETTE
*SICBO
*DRAGON TIGER
*SLOT GAME

Untuk layanan yang lain Anda bisa menghubungi kami melalui YM, Livechat, dan BBM yang sudah kami sediakan dibawah ini ya.
Livechat ; https://goo.gl/aLIle3
*FACEBOOK: kasino qiuqiu
*BBM: 2BF7247C
*YAHOO:CASINO QIUQIU
*CALL: +855963601198

Buruan gabung all,salam hoki dari jeslin buat kalian semua ya...

Unknown berkata...

Hay guys
Nama saya jeslin

Yuk mampir bentar dan dilihat-lihat disini www.casinoqiuqiu.com
Deposit dan withdraw hanya RP:25.000
Bonus rollingan hingga 1% loh

TERSEDIA 5 GAME DALAM 1 AKUN

*BACCARAT
*RAOULETTE
*SICBO
*DRAGON TIGER
*SLOT GAME

Untuk layanan yang lain Anda bisa menghubungi kami melalui YM, Livechat, dan BBM yang sudah kami sediakan dibawah ini ya.
Livechat ; https://goo.gl/aLIle3
*FACEBOOK: kasino qiuqiu
*BBM: 2BF7247C
*YAHOO:CASINO QIUQIU
*CALL: +855963601198

Buruan gabung all,salam hoki dari jeslin buat kalian semua ya...

Lisna chiyo berkata...

Hai Guys dan teman-teman dan sahabat pecinta judi online QIUQIU99
Agen terpercaya 100% di seluruh indonesia

QIUQIU99.COM menyediakan 7 game
AGEN DOMINO,AGEN POKER,BANDARQ,CAPSASUSUN,ADUQ,BANDAR
POKER,AGEN SAKONG(NEW)

Deposit dan withdraw hanya rp.20.000
cepat dan aman

Bonus Turnover 0,3% Setiap hari dibagaikan
Bonus Referral 10%+10% Seumur Hidup claim setiap hari jumat

silakan bergabung ya bagi yang belum terdaftar jadi member QIUQIU99
jika ada kendala dalam pendaftaran atau kendala lainnya ,Langsung hubungi CS kami
yang selalu siap melayani anda 24JAM

-*WECHAT:Qiuqiu99
-*PIN BB :2BC4317D
-*FACEBOOK:qiuqiu99.official@gmail.com

KAMI JUGA MENYEDIAKAN 5 BANK :
-*BCA
-*MANDII
-*BNI
-*BRI
-*DANAMON

BACA JUGA BERITA :SATUKLIKNEWS.COM

Kami berusaha memberikan yang terbaik untuk member QIUQIU99 , kepuasan member
yang utama untuk kami
Salam hoki dan sukses untuk member baru dan member lama kami semoga semakin
sukses

gladis chiyo berkata...

Hai Guys dan teman-teman dan sahabat pecinta judi online QIUQIU99
Agen terpercaya 100% di seluruh indonesia

QIUQIU99.COM menyediakan 7 game
AGEN DOMINO,AGEN POKER,BANDARQ,CAPSASUSUN,ADUQ,BANDAR
POKER,AGEN SAKONG(NEW)

Deposit dan withdraw hanya rp.20.000
cepat dan aman

Bonus Turnover 0,3% Setiap hari dibagaikan
Bonus Referral 10%+10% Seumur Hidup claim setiap hari jumat

silakan bergabung ya bagi yang belum terdaftar jadi member QIUQIU99
jika ada kendala dalam pendaftaran atau kendala lainnya ,Langsung hubungi CS kami
yang selalu siap melayani anda 24JAM

-*WECHAT:Qiuqiu99
-*PIN BB :2BC4317D
-*FACEBOOK:qiuqiu99.official@gmail.com

KAMI JUGA MENYEDIAKAN 5 BANK :
-*BCA
-*MANDII
-*BNI
-*BRI
-*DANAMON

BACA JUGA BERITA:SATUKLIKNEWS.COM

Kami berusaha memberikan yang terbaik untuk member QIUQIU99 , kepuasan member
yang utama untuk kami
Salam hoki dan sukses untuk member baru dan member lama kami semoga semakin
sukses

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.