Tips keyakinan cinta

Share on Tumblr
10 tip keyakinan cinta
Source: Weheartit


1. Apabila perhubungan itu benar-benar tertanam dengan keyakinan yang mendalam, masing-masing sudah tahu apa yang nak dibuat, faham apa yang dirasai. Keyakinan itu membuak-buak di dalam percintaan itu dan membantu perhubungan kita lebih erat.

2. Walaupun berjauhan, terasa dekat dan tidak ada sebarang masalah tentang perhubungan jarak jauh sebab masing-masing memberi sepenuh keyakinan terhadap diri mereka. Inilah yang penting anda perlu ada. Kerana JARAK hanya geografi saja, bukan penentu kejayaan atau kegagalan.

3. Rancangan perkahwinan masa depan juga terang benderang dan sudah mempunya tarikh yang tepat

4. Tidak ada lagi masalah penerimaan kaum keluarga. Kerana semua sudah selesai dan sudah dibincang dengan jelas. Tiada lagi tak puas hati, tiada lagi rungutan!

5. Settling down di mana? Juga anda berdua sudah yakin dan confirm akan menetap di Kuala Lumpur contohnya. Siap tahu di Kuala Lumpur area mana, rumah yang macamana, kalau condo tingkat berapa dan sebagainya.

6. Perkara simple seperti makan dan minum anda berdua juga saling yakin dan awal-awal dah tahu bila saja anda belikan dia pasti akan suka. Kalau ini pun tak berapa nak tahu tu it’s a sign agak kurang keyakinannya.

7. Sangat tahu apa yang dibenci dan perkara yang paling disukai juga menandakan anda atau dia yakin dengan perhubungan cinta anda berdua.

8 Yakin dengan pendapatan masing-masing. Tahu siapa belanja banyak mana dan faham siapa yang belanja lebih dan adakah pasangan akan bantu dari segi kewangan. Tahu tanggungjawab masaing-masing dalam perbelanjaan harian nanti. Ini very important untuk punya keyakinan yang tinggi dalam hubungan cinta yang akan membawa kepada perkahwinan!

9. Faham dan redha dengan sejarah hitam pasangan. Dan pasangan anda pula tidak lagi mahu membicarakan kisah lalu dan anda berdua cukup yakin walau berapa hitam kelam dan gelapnya masa silam masing-masing, tetap menerima dengan redha dan sesungguh hati.

10. Dari segi kepercayaan dalam agama, anda dan dia cukup yakin dengan didikan agama. Oleh kerana itu anda punya kepercayaan penuh kepadanya yang dia tidak akan merosakkan perhubungan anda berdua dengan masalah akhlak, kecurangan, penipuan dan maksiat. Kesemua dosa-dosa berat ini dipandang serius bukan boleh dibuat main-main. Inilah yang menyakinkan perhubungan cinta anda berdua. Kalau soal agama pun dipandang remeh… itu yang tak berapa nak yakin tu.

~ Razzi
Tips keyakinan cinta

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.