Kata-Kata Hikmah - Mutiara Kata - Kata Pujangga

Share on Tumblr
Kata-Kata Hikmah - Mutiara Kata

Jom baca kata-kata hikmah dan mutiara kata tentang cinta dan kehidupan.

Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita.

Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk

Usah risau jika tidak cantik diluaran, dan jangan bimbang tiada insan yang sudi menjadi pasangan kerana ketidakcantikan. Sesungguhnya insan yang bakal menerimamu itu adalah insan yang benar-benar ikhlas menerimamu seadanya

Kadang-kadang kita komen secara terbuka hal seluar dalam orang lain berlubang macam hidup kita ni perfect sangat

Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli

Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali.

Mutiara
Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.

Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih – Ibnu Maqaffa

Lalai sesaat adakalanya mencucurkan air mata setahun- Peribahasa Belanda

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti - Hukama

Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan


Kata-kata mutiara, kata pujangga

Kata-Kata Hikmah - Mutiara Kata - Kata Pujangga

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.