6 teknik betul bercinta di media sosial (Facebook, Instagram, Twitter..)

Share on Tumblr
Teknik yang betul bercinta di media sosial

Zaman kini pasti setiap dari kita miliki jaringan laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa fenomena bercinta di laman sosial juga merupakan satu fenomena baru dalam bercinta. Zaman berubah, siapa boleh halang cara datangnya cinta. InTrend akan tunjukkan cara serta teknik yang betul untuk anda sentiasa menang di hati si dia sang alam maya.

Senyum Sahaja
Fenomena selfie boleh di katakan menular sesudah sahaja ia menjadi satu aktiviti wajib bagi golongan muda masa kini. Tapi tidak ramai yang pandai selfie, jangan risau hanya lemparkan senyuman ikhlas kerana dengan senyuman anda itu pasti aka nada juga yang tertambat.

Kurangkan Bergambar Berdua

Gambar menceritakan segalanya. Tahukah anda bahawa si dia akan remuk jiwa bila dirinya tahu anda bersentuhan dengan insan lain. Mungkin pada hakikatnya, dirinya hanyalah sahabat biasa . tetapi bila anda declare bahawa percintaan alam maya bermakna cinta anda hanyalah untuk dia.


Ada Kala Perlu
Cinta alam maya sememangnya penuh dengan dugaan. Ada kala anda perlukan nya si dia Offline, tahukah anda memberi temu janji itu penting bagi memanfaatkan perhubungan itu. Mudah sahaja, anda hanya perlu nyatakan temu janji waktu tertentu untuk sentiasa online bersama.

Berimej sopan
Ramai yang berpendapat bahawa imej seksi merupakan penarik. Tidak salah seksi, malah jangan keterlaluan kerana imej anda akan menjadikan si dia kurang selesa untuk berdekatan dengan anda. Pakaian yang sopan menjadikan anda lebih mahal senang untuk di dekati.

Fasa berjumpa
Setibanya fasa berjumpa. Pasti ramai yang teruja apabila tiba masanya anda berjumpa dengan nya. Pastikan anda sentiasa bersedia dari segi persiapan fizikal dan mental. Berjumpa di lokasi yang ramai orang agar anda tidak kelihatan canggung bila bersama. Ajukan soalan yang tidak menyakiti hati, masakan tidak anda lebih kenali kerana sudah berbual sebelum ini.

Sumber
6 teknik betul bercinta di media sosial (Facebook, Instagram, Twitter..)

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.