Tip Kenali Kriteria Lelaki Perfect 10 Pilihan Wanita

Share on Tumblr
Tip Kenali Kriteria Lelaki Perfect 10 Pilihan Wanita

Tidak dinafikan bahawa lelaki sering berbicara mengenai kriteria wanita pilihan mereka, tetapi tahukah anda bahawa wanita juga mempunyai beberapa kriteria lelaki ‘perfect 10’ yang diidamkan.

Bagi wanita, tarikan seseorang lelaki bukan hanya pada paras rupa tetapi ia meliputi kriteria tertentu yang ada pada lelaki idaman.

Walaupun bukan semua kriteria yang diberikan ini ada pada seorang lelaki tetapi jika mereka memiliki kebanyakan kriteria yang tersenarai, ia umpama bonus buat mereka untuk mendapat tempat di hati wanita.


Nak tahu kriteria ‘perfect 10’ yang bagaimana menjadi pilihan wanita? Jom lihat senarai di bawah:

BERIMAN
Kriteria yang paling penting perlu ada dalam diri seorang lelaki adalah beriman. Kerana suami adalah ketua keluarga dan merekalah yang akan membimbing isteri dan anak-anak ke jalan yang benar.

BAIK HATI

Baik hati adalah perkara biasa yang sering kita dengar sekiranya bertanyakan ciri-ciri lelaki idaman. Ia juga merupakan syarat kebiasaan bagi bakal ibu mertua yang ingin melihat anak perempuan mereka bahagia.

Mengambil contoh filem’Suamiku, Encik Perfect 10’ di mana Zarief (Aaron Aziz) sanggup membantu Aleeya yang sedang dalam kesusahan walaupun pertama kali bertemu.

ROMANTIK
Wanita juga sukakan lelaki romantik! Ini kerana lelaki kategori ini pandai mengambil hati dan bijak membuat wanita terasa seperti disayangi. Kadang-kadang lelaki sebegini mampu membuatkan wanita terasa seperti berada dalam babak filem ‘Suamiku Encik Perfect 10, ‘

KELAKAR
Kebanyakkan wanita pasti sukakan lelaki yang kelakar! Lelaki yang memiliki sifat lucu akan membuatkan wanita sentiasa ketawa dan setiap kali keluar bersama suasana pasti akan ceria.

PANDAI MASAK
Ha! Ini satu lagi kriteria yang kena ada pada lelaki ‘Perfect 10’! Pandai memasak! Jangan ingat isteri saja yang kena masak tiap-tiap minggu, sesekali apa salahnya jika kaum Adam pula yang masak? Pasti senyuman si isteri panjang lebar. Bukan susah pun, masak yang mudah - mudah pun jadilah, macam Aaron dalam filem ‘Suamiku, Encik Perfect 10’ tu.

Jadi pihak lelaki, ada tak lima kriteria yang disebut itu dalam diri anda?



~ Awani
Tip Kenali Kriteria Lelaki Perfect 10 Pilihan Wanita

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.