4 perkara punca wajah kusam menurut Imam Syafie

Share on Tumblr
Empat perkara punca wajah kusam menurut Imam Syafie

Menurut Imam Syafie, terdapat empat perkara yang menjadikan wajah seseorang itu kelihatan kusam atau tidak berseri iaitu lidah yang berbohong, sedikit rasa malu, suka membuat dosa dan bertanya melulu yang hanya menunjukkan kebodohan amat sangat.



Umat Islam perlu memupuk suasana yang baik bermula dari rumah. Rumah adalah institusi kekeluargaan dan pembelajaran terbaik bermula dari ibu dan bapa sendiri. Peranan ibu bapa mendidik anak sentiasa bercakap benar dan mewujudkan persekitaran yang baik serta harmoni.

Dengan cara itu, orang di sekeliling juga akan mula bercakap benar dan akhirnya membentuk suasana yang menjiwai kejujuran. Namun tidak dinafikan cabaran membentuk lidah menjadi lurus bukanlah satu perkara mudah.

Kita disarankan supaya sentiasa menghargai kejujuran seseorang supaya anak, pasangan, orang yang rapat dengan kita, malah masyarakat akan terbina untuk menjadi orang jujur. Malangnya, yang berlaku di sekeliling ialah kita menghukum mereka yang bercakap jujur.

Setiap manusia melakukan kesilapan dan mengakui kesilapan itu adalah satu perkara yang amat berat. Maka, hargailah mereka yang bercakap jujur walaupun apabila melakukan kesilapan. Jika seseorang yang bercakap jujur itu dimarahi dan diherdik, maka mereka akan kembali bercakap bohong.

Jiran tetangga yang sentiasa berbohong menjejaskan kerukunan dan meretakkan hubungan. Sebagai jiran kita patut menyelidik dan menjelaskan perkara sebenar yang telah berlaku supaya hubungan dapat diperbaiki kembali.

Berdiam diri akan memburukkan lagi keadaan dan berkemungkinan besar boleh memutuskan hubungan silaturahim sesama jiran.

4 perkara punca wajah kusam menurut Imam Syafie

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.