(Sajak) Jangan Bersedih oleh Imam As - Syafie R.H

Share on Tumblr
JANGAN BERSEDIH

Biarkan hari terus berlari,
Tetaplah jadi insan mulia,
Walau apa pun yang terjadi

Jangan resah gelisah dengan apa yang terjadi sehari - hari,
Kerana tiada yang abadi,
Semua akan datang dan pergi

Jadilah pemberani melawan rasa takut mu sendiri,
Kerana lapang dada dan tulus adalah dirimu sejati

Jangan pandang hina musuh mu,
Kerana jika dia menghina mu,
Itu ujian tersendiri bagi mu

Tak akan abadi segala suka dan duka lara,
Tak akan kekal segala sengsara serta sejahtera

Merantaulah,
Gapailah setinggi - tingginya impian mu,
Berpergianlah,
Maka ada lima keutamaan untuk mu,
Melipur duka dan memulai penghidupan baru,
Memperkaya budi, pergaulan yang terpuji,
Serta meluaskan ilmu.

Tinta : Imam As - Syafie R.H
(Sajak) Jangan Bersedih oleh Imam As - Syafie R.H

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.