Bila Jatuh Cinta Dengan Kawan Sendiri

Share on Tumblr
Bila Jatuh Cinta Dengan Kawan Sendiri

Ada yang mengatakan hubungan cinta terbaik bermula dengan ikatan persahabatan. Daripada sebuah jalinan persahabatan, kita sebenarnya dapat mengenali pasangan dengan lebih baik.

Namun, apabila kita berasa kita sudah jatuh cinta dengan rakan sendiri, susah juga sebenarnya mahu menghadapi perasaan itu.

Bagaimana kita hendak membawa perhubungan sebagai rakan itu ke tahap yang lebih istimewa? Apakah kita hanya bertepuk sebelah tangan?

Apa yang kita patut harapkan dan apa pula yang harus dilakukan?

Pastinya kita tidak mahu merosakkan perhubungan yang sedia ada.

Sebenarnya anda perlu memahami situasi dan tahu apakah tip atau langkah yang patut diambil.

Pastikan perasaan itu

Boleh dikatakan salah satu sebab seseorang jatuh cinta dengan kawan sendiri kerana berasa dia juga mempunyai perasaan yang sama.

Sebelum kita berfikir begitu, pastikan kita membaca tandanya dengan betul dan berhati-hati.

Jatuh Cinta

Betulkah rakan itu juga benar-benar mempunyai perasaan yang sama? Kalau ada ini mungkin tandanya.

-Dia seperti memberi isyarat mahu keluar bertemu janji.

-Seperti cemburu jika kita cuba keluar atau bertemu janji dengan orang lain

-Sering cuba menarik perhatian kita

-Banyak bergurau manja dengan kita walaupun dihadapan rakan lain

-Dia tidak berminat untuk bertemu janji dengan orang lain dan sering beri perhatian pada kita.

-Banyak bertanya mengenai apa yang kita suka dan tidak suka.

Sebelum luahkan perasaan.

Jika kita memberitahu rakan itu mengenai perasaan suka kita padanya dan dia pun merasakan perasaan yang sama, sememangnya berbaloi kita memberitahunya.

Namun jika dia mempunyai perasaan yang sama, sudah tentu kita akan kecewa dibuatnya malah mendapat malu pula.

Siap sediakan diri anda dengan sebarang kemungkinan, namun jangan biarkan ia melenyapkan keinginan anda untuk mengetahui ke mana arah perhubungan itu.

Jangan pula keraskan hati terutama dalam situasi ini. Ketepikan ego dan perasaan ragu jika kita benar-benar tahu dialah pilihan hati.

Mereka yang selalu memendam perasaan dan tidak berani bertindak proaktif, dialah yang selalunya rugi.

Selepas kita bersedia dari segi mental, pastikan pula anda tahu apa perlu dikatakan walau apa pun jawapannya. Kuncinya adalah sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Untuk memberitahunya, pastikan kita memilih masa dan tempat bersesuaian yang dia selesa dan mudah faham apa yang kita beritahu.

Beritahulah dalam keadaan yang bersahaja dan jangan terlalu serius seperti ia satu pengumuman yang sangat penting.

Bersedia maafkan dia jika reaksinya tidak seperti yang kita harapkan.

Berilah dia masa untuk berfikir dan jangan kelihatan memaksa.

Dia juga suka

Tentu rasa hati seperti melayang-layang di awangan bukan? Namun, jangan berhenti berusaha dalam perhubungan setakat di situ saja. Buktikan kita bukan main-main dan serius.

Namun, janganlah terlalu serius dan berilah dia sedikit ruang untuk memproses peralihan jalinan ini.

Jangan pula bertindak seperti kita tahu semuanya tentang dia kerana sebelum ini adalah rakan. Kenalinya dengan lebih mendalam dan bersedialah dengan soalan rakan-rakan lain yang akan bertubi-tubi datang.

Dia tidak suka

Besar juga kemungkinannya yang dia tidak akan sukakan kita seperti kita menyukainya. Jika dia hanya boleh berkawan dengan kita, terimalah dengan tabah dan terbuka.

Perhubungan persahabatan pula mungkin akan berubah dan sedikit janggal, namun jangan pula terus mengakhiri jalinan itu.

Jangan juga terlalu berharap bahawa dia akan berubah fikiran.

Teruskan kehidupan kerana ternyata jodoh anda bukanlah dia dan mencintai tidak semestinya memiliki, bukan? ~ Metro
Bila Jatuh Cinta Dengan Kawan Sendiri

1 Komen:

Shamimie Amiera berkata...

Assalammualaikum.sye ade suka dkt kwn sye ni.xpi sye x sure betul ke tidak.sye xkut ini cuma perasaan sye shj.macam mne nye.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.