Kisah Nasib Dua Orang Penjala - Kisah Islamik

Share on Tumblr
Kisah Nasib Dua Orang Penjala - Kisah Islamik


Alkisah terdapat 2 orang penjala ikan.

Kedua-dua lelaki itu begitu bersungguh-sungguh menebar jala masing-masing ke dalam sungai. Salah seorang daripadanya menebar dengan menyebut nama Allah manakala yang seorang lagi menebar dengan menyebut nama berhala. Mereka bertanding untuk membuktikan agama siapa yang benar dan memberi rezeki kepada penganutnya. Siapa paling banyak dapat ikan, dia menang.

Jala yang ditebar oleh si kafir selalu menghasilkan ikan yang banyak. Makin lama ikan yang dikumpul olehnya makin banyak. Hatinya begitu girang. Dan bertambah girang apabila dia mendapati bakul si Muslim masih kosong walaupun telah berpuluh-puluh kali jalanya diangkat.

Si Muslim masih menjala dengan sabar dan tekun. Dalam hatinya tidak sedikit pun terdetik sangka buruk terhadap Allah. "Mungkin ada rezeki yang lebih baik daripada ini untukku!" detik hatinya.

Mulutnya masih mengukir senyum. Akhirnya salah satu daripada jaringnya itu terasa berat.

Setelah diangkat didapatinya ada seekor ikan. Di wajahnya terbayang sedikit kegembiraan. Mungkin yang seekor. Ini pengubat usahanya untuk hari itu.

Membawa balik ikan walaupun seekor lebih baik daripada pulang dengan tangan kosong. Hatinya tetap bersyukur walaupun cuma direzekikan dengan seekor ikan sahaja.

Malang, ikan yang seekor itu pun terlepas kembali ke dalam sungai. Namun hatinya masih bersabar.

"Mungkin ada hikmahnya!" pujuk hatinya.

Sementara si kafir itu pula ketawa berdekah-dekah melihat malangnya nasib si Muslim itu. Dengan ketawa yang berdekah-dekah itulah si kafir pulang dengan jinjingan bakul yang sarat dengan ikan. Manakala si Muslim pulang dengan tangan kosong dan badan yang penat tetapi hatinya bertawakal kepada Allah.

Melihat kejadian yang pelik itu, malaikat yang menjaga si Muslim terus mengadap Allah untuk mendapat kepastian tentang nasib si Muslim itu. Lalu Allah menunjukkan Syurga yang dikhususkan untuk si Muslim itu kerana kesabarannya. Dan ditunjukkan Neraka untuk si kafir itu.

Malaikat berkata, "Tidak sia-sialah usaha dan kesabaran si Muslim itu walaupun mendapat sedikit kesulitan di dunia, tetapi malanglah nasib si kafir itu walaupun dia bernasib baik di dunia."
Kisah Nasib Dua Orang Penjala - Kisah Islamik

2 Komen:

mrs.sssa forever berkata...

memang pun bersabar lbih baik drpd tamak kan kawan 2 masyuk syurgakan....setakat itu sahaja harap balas ...........

rahmathassan muhamat berkata...

setiap yang bersabar atas ujian akan mendapat keimanan yang tinggi kerna kesabaran adalah bermula dengan huruf huruf siin baa dan roo jadi bersabar lah umpama seorang sami yang sedang bersabar dengan berjalan atas api dan membawa kawadi untuk mencuci dosa,.,.,.,.,.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.