Kaunseling: Kekasih kesunyian

Share on Tumblr
Kaunseling: Kekasih kesunyian

Waktu kerja saya mengikut aturan tiga syif manakala teman wanita pula penjawat awam. Disebabkan perbezaan waktu kerja, saya jarang bertemu kekasih. Ia menyebabkan teman wanita kerap mengadu kesunyian dan seperti tidak ada kekasih.

Saya tiada pilihan memandangkan tawaran gaji lumayan serta suasana persekitaran lebih tenang membuatkan saya selesa dengan kerja terbabit.

Lelaki Sedih

Berbanding teman wanita, dia kerap merungut serta merajuk apabila saya terpaksa bertugas pada hari minggu.

Saya bekerja bukan untuk orang lain tetapi masa depan kami. Malah, tahun ini saya bercadang melamar kekasih serta menemui orang tuanya. Jadi saya korbankan waktu temujanji hujung minggu untuk bekerja.

Saya maklumkan berkali-kali tetapi teman wanita masih merungut. Dia enggan faham kerja saya dan beranggapan saya utamakan hal lain daripada dirinya.

Saya mula muak dengan sikapnya. Perlukah saya bersabar atau putuskan saja hubungan dengannya?

Jawapan

Isteri adalah 'penyejuk' hati suami. Bukan menang rupa, gaya mahupun harta. Itulah ciri saudara perlu teliti setiap kali mencari calon pasangan hidup. Dalam menentukan hala tuju hubungan saudara serta bekas kekasih, sebenarnya penilaian mutlak terletak di atas saudara.

Mencari jawapan itu, mungkin saudara boleh tanya diri sejauh mana dapat bertahan dengan sikapnya. Malah, adakah selepas berkahwin nanti kekasih mampu toleransi mengenai jadual kerja serta tidak lagi membebel mengenainya?

Andainya sikap teman wanita menagih perhatian terus-menerus menghantui saudara sehingga selepas berkahwin, ia jauh lebih sukar dan tidak mustahil ia mencetus pergaduhan lebih besar.

Pilihan yang ada, nasihatilah teman wanita. Minta dia hormati kerjaya saudara kerana ia sangat penting bagi menyaranya serta anak bakal dilahirkan kelak. ~ MA

Kaunseling: Kekasih kesunyian

4 Komen:

nur faraharil berkata...


1. dia suka ke cewakan kita.
2. dia
suka fitnah kita.

3.. dia suka membuat dendam terhadap kita

nur farahfikri berkata...

kenapa dia suka kecewakan hati kita?

nur idah berkata...

saya tak tahu

Tanpa Nama berkata...

knp lki ske sktkn hti kte:'(

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.