Kata-Kata Mutiara Hikmah Motivasi

Share on Tumblr
Kata-Kata Mutiara Hikmah Motivasi

Jangan terlalu bergantung dengan orang lain, kita mungkin lebih hebat daripada orang itu, hanya kita saja yang tidak menyedarinya.

Bertuahlah apabila ada orang yang sudi menasihati kita, agar kita terlindung daripada melakukan kesilapan.

Malanglah kita jika tiada lagi yang sudi menasihati kita, menegur kita, membantu kita.

Hargailah pandangan orang lain, semoga kita menjadi insan yang lebih baik setiap hari.

TAK PERLU nak rase irihati,TAK PERLU rase nak jeles,TAK PERLU rase nak dengki....dan TAK PERLU serta TAK PAYAH nak sibuk hal org lain


Berilah peluang pada orang lain untuk berubah menjadi lebih baik.

Petua Menjadi Positif

Lakukan apa yang anda suka kerana anda tidak terpaksa dan jika gagal anda tidak akan kecewa.


Kalau selalu minta tolong dengan orang, nanti orang marah tapi kalau minta tolong dengan ALLAH, lagi banyak lagi ALLAH SUKA.

Jangan ada perkara negatif kalau anda mahukan sesuatu perubahan yang positif.

Saat paling manis dalam sesuatu kejayaan bukanlah saat anda mencapai kejayaan itu, tetapi cara dan bagaimana kejayaan diperolehi itulah yang paling manis

Waktu yang terbaik untuk berjaya adalah 'sekarang'.

Jauhi hasad dengki, iri hati , dendam dan sebagainya.Perasaan negatif merosakkan minda kita untuk berfikir secara positif. Sebaliknya hiasilah dengan sifat tawadduk, rendah diri dan selalu memaafkan orang lain.

Orang yang berjaya adalah orang yang mahu berjaya. Tiada orang yang mahu gagal, yang ada cuma orang yang malas saja tapi berangan mahu berjaya.

Tidak perlu mengungkit apa yang kita berikan, ikhlaskanlah pemberian kerana pasti ada balasan yang baik dimasa hadapan.

Rahsia sebuah kejayaan itu adalah bersedia apabila sesuatu peluang datang.
Kata-Kata Mutiara Hikmah Motivasi

1 Komen:

assyat berkata...

memang betul . orang yang berjaya pernah mengalami kegagalan kerana mereka menjadikan kegagalan itu sebagai pendorong untuk berjaya .

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.