Tip Membuat Keputusan Dgn Cepat Dan Rasional

Share on Tumblr
Tip Membuat Keputusan Dgn Cepat Dan Rasional

Dalam kehidupan seharian, kadangkala kita harus membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Ada juga situasi di mana kita harus membuat perhitungan yang penting dengan kadar segera dan seterusnya menjadikan kita 'kaku' dan tidak dapat berfikir panjang. Jika kamu ingin membuat keputusan dengan cepat dan rasional, gunakan tip di bawah ini.


Membuat Keputusan


Kenal pasti keputusan yang akan dibuat

Ingat bahawa sesuatu keputusan akan berhubung kait dengan keputusan yang lain. Kenal pasti apa masalah yang menjadi penghalang, justeru perhitungan boleh dibuat dengan segera. Misalnya, kamu ingin memilih pekerjaan baru dan harus membuat pertimbangan dengan cepat. Apa yang perlu dibuat ialah berfikir dengan kreatif dan teliti dan pastikan kerja itu sesuai dengan kamu.

Kurangkan gangguan emosi

Kebanyakan keputusan yang dibuat sedikit sebanyak dipengaruhi oleh emosi. Gangguan emosi yang berlebihan boleh mempengaruhi pertimbangan kamu secara menyeluruh. Ia lebih menjurus ke arah negatif. Oleh itu, sebelum membuat keputusan, tenangkan diri dan berfikir dengan lebih kreatif tanpa perlu mengingati perkara lain yang menjadi penghalang.

Tentukan kriteria ketika membuat keputusan

Kriteria sebenarnya mendefinisikan aksi yang diperlukan untuk membuat keputusan. Misalnya, jika kamu ingin menentukan apa pekerjaan yang lebih menjamin masa depan kamu, kriterianya adalah kelulusan yang kamu peroleh dan juga pengalaman pekerjaan sebelum ini. Kedua-dua aspek itu banyak mendorong jenis pekerjaan yang akan kamu pilih pada masa hadapan.

Gunakan kemahiran berfikir secara kritikal

Teknik pemikiran ini adalah berfikir dengan mendalam yang mementingkan nilai pemerhatian, pengalaman, analisis dan juga tindak balas. Ambil masa untuk menilai balik keputusan yang dibuat. Adakah ia betul dan dapat memberikan kepuasan pada kamu secara keseluruhan. Senaraikan keburukan dan kebaikan setiap keputusan di atas kertas dan bandingkan.

Percaya pada gerak hati jika buntu

Tidak semua individu dapat memperoleh keputusan dengan segera. Ada yang 'tersangkut' separuh jalan dan seterusnya buntu untuk membuat pilihan.

Apa yang penting, kamu perlu percaya pada gerak hati. Jika kamu lebih selesa memilih jalan A, mungkin ia lebih sesuai dengan kamu. ~ HM
Tip Membuat Keputusan Dgn Cepat Dan Rasional

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.