Buntu selepas menamatkan persekolahan/peperiksaan SPM

Share on Tumblr
Buntu selepas menamatkan persekolahan/peperiksaan SPM

Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai pelajar sering buntu dalam membuat pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Terdapat pula mereka yang mempunyai permasalahan sendiri dan rasa tidak bersemangat untuk sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi.

Tanya diri sendiri

Selepas tamat persekolahan di peringkat menengah, tanya diri anda apa kelebihan yang ada pada anda. Sepanjang tempoh anda bersekolah, bidang apakah yang anda minat dan sering tumpukan perhatian.

Ramai antara pelajar rasa keliru dan tidak tahu kelebihan mereka.

Selain itu, cuba cungkil minat anda melalui pembelajaran di sekolah seperti menceburkan diri dalam aktiviti sekolah dan pertandingan sukan.

Buat kajian tentang bidang yang ingin diceburi

Jika anda masih buntu dalam pencarian universiti yang sesuai dengan anda, cuba layari Internet dan cari maklumat yang berkaitan. Terdapat banyak universiti yang menawarkan pelbagai kursus yang menarik untuk anda. Usah risau kerana pencarian di laman web boleh menghilangkan kebuntuan anda.

Sertai seminar yang dianjurkan

Kerajaan sering mengadakan seminar untuk pelajar yang sudah menamatkan sesi persekolahan. Banyak ilmu boleh dipelajari dari seminar ini. Contohnya, mereka akan mengajar anda berfikir lebih positif dalam memilih bidang pilihan anda.

Bekerja sementara menunggu keputusan peperiksaan

Pada anda yang tidak tahu hala tuju selepas tamat sekolah menengah, apa kata anda cari kerja sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM. Carilah kerja yang boleh buat anda jadi lebih produktif kerana ia bagus untuk mendidik anda menjadi lebih bersemangat dan cekal. Tapi ingat, jangan bekerja untuk masa yang lama kerana dikhuatiri anda akan hilang semangat untuk menyambung pelajaran.

Cadangkan aktiviti menarik bersama rakan

Ketika anda sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM, cuba fikirkan aktiviti menarik yang boleh dilakukan kerana anda mempunyai banyak masa terluang yang boleh diisi dengan aktiviti yang berfaedah, contohnya mendaki gunung, berkayak, bercuti di luar negara dan sebagainya.

Buntu selepas menamatkan persekolahan/peperiksaan SPM

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.