Adakah isterimu telah gemuk?

Share on Tumblr
Adakah isterimu telah gemuk?

Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh :

"Wahai sheikh, aku telah lama berkahwin dan mempunyai anak-anak, tapi semenjak beberapa tahun ini, aku merasakan aku tidak lagi tertarik kepada isteriku."

Sheikh mula bertanya : "Adakah isterimu telah gemuk ?"
Lelaki menjawab : "Tidak, dia kelihatan sama seperti dulu."
Sheikh bertanya lagi : "Adakah dia terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia cacat ?"

Lelaki menjawab : "Tidak, dia masih kelihatan sama seperti dulu."

Maka sheikh bertanya lagi : "Adakah kamu mempunyai kesukaran menundukkan pandanganmu kepada wanita-wanita yang berjalan di hadapanmu ?"

Lelaki menjawab jujur : "Ya, bagaimana sheikh tahu perkara tersebut ??"

Sheikh berpesan : "Bila kamu terlibat dengan perkara HARAM, suka kepada yang haram, tidur makan dan bernafas kepada perkara yang haram, maka yang HALAL akan MENJADI JIJIK bagimu !!"
Adakah isterimu telah gemuk?

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.