Tiga perkara bantu erat persahabatan

Share on Tumblr
Tiga perkara bantu erat persahabatan

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah dia dengan nama yang paling disenanginya." (Riwayat at-Thabrani)

Huraian:

- Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian Muslim dalam setiap pergaulan kerana ia aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi dipimpin.

- Tutur kata yang baik, beradab dan diserikan dengan unsur keikhlasan akan memberikan motivasi paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti umat terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.

- Jika kita mahu dihormati, kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya.

Hal ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain. (Dipetik dan disusun daripada web JAKIM)


Tiga perkara bantu erat persahabatan

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.