Cara menghadapi lelaki gila kerja (workaholic)

Share on Tumblr
Cara menghadapi lelaki gila kerja (workaholic)

Lelaki yang selalu ada di samping pasangannya adalah dambaan seorang wanita.

Namun lain pula cerita sekiranya kekasih hati itu adalah seorang yang terlalu komited terhadap kerjaya atau workaholic. Meskipun kebarangkalian si dia membuka ‘cawangan’ lain adalah rendah, namun bersedialah anda ‘dimadukan' dengan kesibukan pekerjaannya. Kita semak cara mengawal keadaan sekiranya berdepan pasangan yang gila kerja ini.
Gila Kerja

Perlu komunikasi yang baik

Bukan sedikit hubungan berakhir kerana satu pihak merasakan dirinya tidak diberi perhatian sewajarnya. Wanita perlu berterus-terang dengan nada lembut bahawa memerlukan sedikit masa dan perhatian daripada lelaki yang tersayang. Lelaki pula jangan pandang remeh perkara ini. Walaupun sibuk dengan kerja, curilah masa untuk bersama dengan orang tersayang.

Luangkan masa dengan teman

Daripada memikirkan si dia yang selalu sibuk dengan pekerjaannya, lebih baik mengajak teman untuk keluar bersiar-siar. Pastikan teman daripada kalangan wanita dan beritahu terlebih dahulu kepada teman lelaki anda. Pasti rasa sepi itu akan berkurangan.

Bincang keutamaan lelaki

Wanita tidak perlu meminta sesuatu yang drastik seperti menyuruh si jejaka itu berhenti kerja semata-mata kerana anda rasa diabaikan. Sebaliknya bersabarlah dan tanyakan dengan berhemah, siapa yang sebenarnya menjadi keutamaan si lelaki. Anda atau pekerjaannya?

Minta si dia berlaku jujur dan sekiranya jawapannya tidak berpihak kepada anda, anda boleh memikirkan semula hubungan kalian berdua. Namun jika sebaliknya, yakinlah dan bersabarlah dengan kesibukannya.

Lakukan perkara yang sama

Sesekali tidak salah untuk anda melakukan perkara yang sama kepada si dia. Cuba anda sibukkan diri dan tidak bertanyakan khabar kepadanya. Sekiranya si dia mula menghubungi anda, beritahu yang anda sedang sibuk dan lihat bagaimana reaksinya. Andai si lelaki begitu menyayangi anda, dia akan mula menghargai anda dan mencuri masa untuk keluar bersama.
Cara menghadapi lelaki gila kerja (workaholic)

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.