Cara mendapatkan nombor telefon jejaka idaman

Share on Tumblr
Cara mendapatkan nombor telefon jejaka idaman

Kadang-kadang tidak ada salahnya untuk perempuan memulakan langkah berkenalan. Jangan malu untuk memulakan sesi perkenalan itu. Bahkan, sudah lama anda perhatikan lelaki berkenaan dari jauh dan cuba untuk meminta nombor telefonnya. Di bawah ada tips yang boleh anda ikut.

1. Tanya secara berseloroh

Cuba rapatkan diri dengannya dan bercerita perihal kisah masing-masing. Kemudian masukkan sekali unsur jenaka di dalam perbualan anda. Tapi janganlah terus meminta nombor telefonnya. Bersembang sehingga dia rasa selesa. Jika anda sudah berjaya buatkan si dia ketawa, ketika itulah anda minta nombor telefonnya. Pasti dia akan beritahu.

2. Tanya pendapat kawan



Kenal pasti kawan-kawan si dia yang kamu kenal. Kemudian cuba rapat dengan kawankawannya agar anda boleh mengetahui serba sedikit apa yang dia suka. Tapi hati-hati ketika bertanya jangan sampai mereka tahu bahawa anda cuba untuk mendapatkan jejaka berkenaan. Jika anda tidak mempunyai idea untuk meminta nombor telefonnya minta pendapat rakan karib anda yang boleh dipercayai bagi menyimpan rahsia itu. Manakan tidak. Perempuan ada ketikanya tak suka bila dihebohkan perasaan hatinya pada orang lain. Namun, ada masalah yang harus anda hadapi iaitu pasti si dia akan bertanya bagaimana anda dapat nombor telefonnya.

3. Katakan padanya anda senang berbual dengannya

Selepas berbual, si dia masih lagi tidak meminta nombor telefon hingga membuatkan anda patut memulakan langkah awal. Berterus terang saja kepadanya bahawa anda suka berbual dengannya terutama bila dapat menyentuh isu-isu baru yang anda tidak tahu. Lalu katakan saja anda ingin meneruskannya menerusi talian telefon.

4. Rancang sesuatu

Ini lebih memudahkan anda sekiranya si dia turut memegang jawatan dalam aktiviti yang diadakan. Contoh persatuan rekreasi yang memerlukan anda menyimpan nombor telefon setiap ahli agar dapat menghubungi jika ingin melakukan sebarang program tertentu. Jadi masa ini boleh anda ambil untuk menghubunginya dan secara tak langsung anda boleh ambil kesempatan itu untuk berkenalan dengan si dia.

5. Teliti akaun

Facebook milik si dia Ada pengguna Facebook meletakkan nombor telefon untuk memudahkan rakan-rakan menghubungi. Periksalah facebook si dia itu, mana tahu anda bernasib baik dan menjumpai nombornya. Tetapi, jika dia tahu pasti akan `cop' anda seorang `stalker'!

6. Berikan nombor telefon padanya

Payah juga bila terlalu banyak berkias. Jadi langkah terakhir yang anda boleh lakukan adalah memberikannya kad telefon agar dia menghubungi anda jika memerlukan bantuan atau apa saja. Cuma anda haruslah bersabar sekiranya menantikan panggilan telefon daripanya. Jika tidak ada anggaplah tiada jodoh anda dan si dia. Akhir kata, selamat mencuba!

Cara mendapatkan nombor telefon jejaka idaman

4 Komen:

Tanpa Nama berkata...

erm ndakpasti lah caa tu berjyake x

syamin farhana berkata...

sye akn cube semua tips yang diberi cuma sye tak yakin yang dey terima sye

Tanpa Nama berkata...

SAYA akan cube..tips ini..huhuhuhu..

jilat seronok berkata...

Ade Awek2 MELAKA yg suka kena JILAt tak? 0172418016 wanita di MELAKA shja

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.