Cerpen Cinta: My Mr. Playboy!

Share on Tumblr
Cerpen Cinta: My Mr. Playboy!

My Mr. Playboy!

Raihanah berdiri tegak. Terasa urat saraf di dalam badannya kejang dan berhenti berfungsi. Permintaan mak dan abah seakan-akan melampau di telinganya. Tidak! Tak mungkin dia akan menunaikan hasrat yang satu itu!

“Hana tak nak kahwin dengan dia, Hana bencikan dia! Hana sayangkan Zaid, mak!” dia seperti mahu sahaja menghamburkan tangisan di situ. Cintanya dan Zaid sudah lama disemat ke dalam diri namun mengapa sekarang keluarganya bertindak mahu memutuskan hubungan mereka? Bukan itu sahaja, dia perlu disatukan dengan abang Zaid, Si Playboy tak sedar diri itu!

Zaid dan Mikhail… kedua-duanya mempunyai wajah yang sama cuma Mikhail tampak lebih matang dan macho manakala Zaid kelihatan cool dan murah dengan senyuman. Raihanah tahu akan perangai Mikhail yang agak playboy itu. Setiap hari, bertukar-tukar pasangan dibuatnya. Adakah Mikhail menganggap yang perempuan boleh ditukar-tukar seperti sebuah barang?

“Mak dah cakap dengan mak Mikhail, dan dia pun terima aje.” Puan Riana selaku ibu kepada gadis itu bersuara dengan selamba. Air kopi panas dihirup perlahan.

“Apa yang kurangnya Si Mie tu? Baik jugak orangnya, kacak pulak tu. Macam sayalah, kan?” kata Encik Rais menyampuk seraya menggaru-garu dagunya yang berjanggut itu. Puan Riana menampar lebut bahu suaminya. Raihanah mencebik, abah ni boleh pulak buat lawak time aku berapi macam unggun api ni!

“Yang papa puji playboy tu lebih-lebih kenapa? Muka macam rumah tergendala aje Hana tengok!”

Puan Riana mendongak dan mencerlung tajam memandang anaknya. “He’s not a playboy, and he’s perfect for you. Nurin Raihanah, this discussion is over. We chose Nur Mikhail and not Muhammad Zaid Ariffin.” Dia bersuara tegas.

Raihanah meneguk air liur. Aiyyo, aura singa mak dan keluar!

“Hana benci playboy tu.”

“Berapa kali mak nak cakap yang dia bukannya playboy?!”

“Setiap hari keluar dengan perempuan, itu bukan playboy ke?” Raihanah mahu mempertahankan diri. Macam mana mak dengan abah boleh bela mamat tu? Heish… stress ni! Hampeh punya Mikhail, kau jadikan aku mangsa kau?! Kau tak guna!!!

Dengan langkah yang malas, Raihanah melangkah keluar dan alangkah terkejutnya di di saat pandangannya dan Mikhail bertaut. Lama pulak tu…

“Kau buat apa datang ke sini? Penyibuk aje!!”

“Aku datang nak bincangkan majlis perkahwinan kita bulan depan dengan mak and abah. Well, akhirnya Miss Nerdy yang selama ni poyo dan sombong dengan aku akan jatuh ke dalam genggaman aku, kan? Ha ha ha! Tak sangka yang lepas ni, aku akan control kau. I won! See you later,” jawabnya sebelum menghampiri bakal mertuanya.

Raihanah tergamam. Jantungnya berdegup kencang. Air mata mula gugur lagi. Raihanah merengus kegeraman sebelum merancang untuk berjumpa dengan Zaid. Dia tidak mahu Zaid salah faham. Zaid baik, Zaid cool and steady, dan Zaid romantic! Tak macam buaya darat tu, tahu nak mengayat perempuan aje tapi tak serius dalam hubungan dia sendiri! Huh! Kentut betul mamat tu.

Nombor telefon Zaid didail. Mendengar suara lelaki itu juga membuat jiwanya memberontak ingin disatukan dengan Zaid. Maafkan Hana, tapi ini bukan kehendak Hana! Semua ni salah Mikhail!

***********************

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Zaid tersenyum nipis. “You dah solat Zuhur? Dah pukul tiga petang, kalau you belum solat boleh I temankan.”

“It’s okay, Zaid. I ‘bendera merah’ hari ni. Ermm… faham-faham ajelah yerr…” jawab Raihanah kekok. Sebelum ini senang sahaja mereka mahu berbual tetapi suasana pada hari itu di One Utama terasa lain sangat. Padahal, dia bukan hantu dan Zaid pun bukan hantu. Grrr… kecut pulak perut bila nama hantu disebut tadi. Terus popular seluruh keturunan hantu tu.

Zaid mengerutkan dahi memandang wajah masam Raihanah. Dia sengaja menjeling ke arah jam tangan Swatchnya sekilas.

“Ada apa you nak jumpa dengan I, Hana?”

“I… I nak minta maaf sebab buat you kecewa dengan semua ni.” Dia berhenti sejenak sebelum mengeluh. “Eight years, Zaid. Lapan tahun kita bersama but now, I kena kahwin dengan abang you! I nak you tahu yang I masih tak boleh nak terima semua ni semudah itu. I sayangkan you, Zaid. Mana mungkin I akan cintakan orang lain…”

“Hana, listen. Just… just relax, okay? I tahu you pening, tapi apa lagi yang I boleh buat? Paksa parents I? Memang taklah! Abang I… mungkin lebih layak daripada I, Hana. Apa kata you terima dia dalam hidup you and lupakan I? Can you do that for me?”

Membulat mata gadis itu memandang wajah Zaid.

“Tak! I bencikan dia walaupun dia tu abang you! You tak ingat ke dulu dia selalu kutuk I?! Untuk apa I kena disatukan dengan mamat tu? No way!” tempiknya kasar sebelum memeluk tubuh. Mahu dia menerima Mikhail dan melupakan segala kenangan manis bersama-sama Zaid? Oh, tak akan!

“Hana, abang I tu baik. Dia jenis yang setia, dan dia sebenarnya sukakan…”

Belum sempat dia mahu menghabiskan ayatnya, Raihanah menyampuk laju, “Setia? Adakah dia boleh digelar setia setelah dia berkepit dengan perempuan 24 jam? Everyday lain-lain perempuan yang dia layan, kan? Kalau you nak menipu I pun agak-agaklah, Zaid. I ni bukan budak kecil yang senang ditipu macam ni.”

“I tak tipu. You yang tak percayakan I. Apa yang I nak cuma you terima abang I aje. Salah ke, Hana?! Dia bukannya mahkluk asing ataupun hantu untuk you benci. Past is past. I mengaku yang dia suka perli you dulu, tapi itu kisah lama Hana. Buat apa you nak mengungkit kisah lama dalam hidup you sekarang? Itu bermakna you masih dibayangi dengan perkara yang sudah lama berlalu,” Zaid bersuara lemah dan seakan-akan merayu pula kepada gadis itu.

Raihanah menekup mulutnya sebelum bibir diketap. “Sampainya hati you, Zaid. I ingat you sayangkan I…”

“I memang sayangkan you, sebab itulah I terpaksa buat macam ni!”

Dia meninggalkan Zaid keseorangan di situ. “Awak memang sengaja nak tinggalkan saya! Awak teruk, awak teruk Muhammad Zaid Ariffin. Saya tak percaya awak tegar buat saya macam ni…” gumamnya perlahan sebelum memutuskan untuk melupakan lelaki itu.

**********************

“Aku terima nikahnya Nurin Raihanah binti Nazmi Rais dengan mas kahwinnya dua ratus lima puluh ringgit tunai…”

Raihanah menggeleng-geleng perlahan. Tidak, dia tidak salah dengar! Koklea dan cuping telinganya masih berfungsi dengan baik. Kini, dia sudah sah menjadi isteri kepada seorang buaya darat. Kelibat Zaid yang hanya tersenyum memandangnya sungguh memilukan hati. Sampai hati you buat I macam ni, Zaid! Mana pergi semua kata-kata manis semanis gula awak tu?

Kepala ditundukkan tatkala Mikhail sudah berada di hadapannya. Puan Salwa sudah mencubit pehanya untuk memberi isyarat supaya menghulurkan tangan. Raihanah kaku tidak bergerak. Terpaksalah Mikhail menarik lembut tangan gadis itu lalu menyarungkan sebentuk cincin bertatahkan berlian.

“Hana, salam dan cium tangan suami tu…”

Raihanah membisu.

Puan Salwa sudah mengetap bibir. “Kalau kamu tak mahu buat, mak tak akan teragak-agak untuk suruh kamu dan Mie tinggal serumah.”

Mendengar ugutan emaknya, Raihanah mengeluh. Dia menyambut huluran tangan Mikhail lantas mengucup tangan kasar itu. Mikhail pula terus mencium dahi Raihanah lama. Terlalu lama, sehinggakan Raihanah sudah mula berasa tidak selesa. Cameraman pun apa lagi… snap! Snap! Snap ajelah!

“Posing tu lama-lama sikit ye, senang nak ambil gambur yang meletup!” kata seorang jurukamera yang ada di situ sambil tersengih. Perempuan dan lelaki sama cantik dan sama padan, memang sesuai betullah!

Mikhail tersentak sebelum tersenyum. Raihanah pula diam tidak berkutik dan dalam diam mengalirkan air mata. Ya Allah, kenapa aku seperti tidak dapat menerima Mikhail dalam hidupku? Mungkin aku membencinya, tapi aku berdoa agar aku masih dapat menerimanya sebagai seorang suamiku yang sah.

Malam itu, Raihanah meluru masuk ke dalam bilik seraya membuka tudung persandingannya. Dia bersandar di sofa. Kepala didongakkan sedikit untuk memandang siling. Penatnya hari ni, patah jugak tulang aku dibuatnya! Kalau patah, macam mana nak gamkan balik? Aihh… merepek betullah kau Hana!

“Miss Nerdy, aku nak kau to…”

Mikhail tersentak. Kata-katanya ternoktah begitu sahaja. Wajahnya membahang dan darah panas menyirap naik ke mukanya. First time tengok gadis itu tak pakai tudung, itu yang macam jakun aje ni…

Raihanah yang baru tersedar dia sedang membuat free show tentang rambut kerintingnya kepada lelaki itu bingkas bangun. Pipinya merah menahan marah. “Kau tak reti ke nak ketuk pintu dulu sebelum masuk? Ke… kau tak tahu? Kalau aku buat sesuatu tadi, kau nak tanggung?!” Fuh.. nasiblah aku tanggal tudung aku aje tadi!

“Buat sesuatu? Seperti?” Mikhail tersenyum nakal.

Erkk… tersilap cakap! Raihanah merengus sebelum memalingkan tubuhnya. “Abaikan ajelah benda yang tak penting tu.”

“Tapi kenapa aku rasa macam penting aje? Eh, Miss Nerdy. Apa maksud kau dengan kalau kau buat sesuatu? ‘Sesuatu’ tu apa, aku nak tahu jugak!” gesa lelaki itu dengan senyuman nakalnya. Sengaja dia menanggalkan baju Melayu di hadapan Raihanah.

Dada Raihanah berdegup laju. Hampeh betul mamat ni, sengaja aje nak bagi aku tengok six pack dia tu. Chet, Aaron Aziz lagi hensemlah! Mikhail tertawa di saat wajah isterinya sudah merah padam menahan malu.

“Hmm… suka ke tengok badan aku yang seksi ni?”

“Seksi apa bendanya? Dah macam tiang bendera je, tak selera langsung aku tengok kau!” ejek Raihanah namun hatinya menafikan kata-katanya. Tiang bendera? Kau rabun jauh ke Hana oii? Badan sasa dan tegap macam tu kau kata macam tiang? Sah, something wrong somewhere dalam mata dan retina kau tu.

Raihanah dengan malasnya melangkah ke arah almari. Malang betul nasib, kena pulak aku tidur dekat rumah mak dan bapa mertua. Dia menguak daun almari sebelum matanya membulat. Wajah Mikhail yang selamba badak sumbu itu dicerlung tajam. Kurang asam. Nak kena buaya ni!!!

“Hei, buaya darat!”

“Apa, Miss Nerdy?” jawabnya seraya menahan ketawa daripada meletus. Habislah, minah ni kalau dah mengamuk tu memang tak ingat dunia. Baik aku pakai perisai sebelum dia karate aku nanti…

“Kenapa kau kosongkan almari aku hah? Aku tidur nak pakai apa nanti? Daun kelapa?!” geram Raihanah bersuara. Mahu sahaja dia mengetuk kepala Mikhail dengan frying pan di dapur. Baju yang dia bawa dari rumah mak dan abah dah hilang pulak tu! Arghhh, mamat ni sengaja nak cari gaduh dengan aku ke?!

Mikhail ketawa mengekek.

“Oi, aku seriuslah! Tak akan aku nak tidur pakai baju pengantin ni? Panas!!” rungut Raihanah lagi. Dah macam mak nenek pulak membebel ni, kan? Tapi ini semua mamat ni punya pasal!

“Kau checklah dalam almari aku tu, rasa-rasanya tadi aku dah letakkan baju tidur untuk kau…”

Senyuman di bibir gadis itu melebar. Raihanah cepat-cepat memeriksa almari suaminya pula. Matanya tertancap pada baju tidur yang memang pendek dan seksi untuk dipakai dan bebola matanya sudah membulat macam biji guli. Baju tidur yang tiada lengan dan paras peha itu memang boleh membuatkan jantungnya gugur tanpa dipaksa-paksa.

“Eh, lama gila kau cari baju tu. Jumpa tak? Tak silap aku, baju tu warna pink lembut…” celah Mikhail setelah lama Raihanah berdiri tegak di hadapan almarinya. Macam dah jumpa aje tu, he he he…

Erkk… pink?! Baju tidur ni warna pink lembut jugak! Kurang asam jawa punya buaya darat. Kau memang nak kenakan aku malam-malam buta ni ek? Macam dah lama tak makan kasut saiz lima aje Si Mikhail ni, kan???

“Tak jumpa pun, penipu.”

Mikhail berhenti ketawa. Cepat-cepat dia meluru ke situ dan mendapatkan baju tidur tersebut. “Inilah bajunya. Pakailah, aku ada yang ini aje untuk kau. Lainlah kalau kau nak pakai baju pengantin malam ni…” sakatnya sebelum kembali ke katil untuk tidur. Mesti muka minah tu dah merah padam, ha ha ha! Syoknya kenakan Miss Nerdy ni.

Raihanah mendongkol geram. Nak tak nak, dicapainya juga baju tidur itu. Lama dia berkurung di dalam bilik air kerana takut untuk keluar. Cermin mata berbingkai tebal ditanggalkan. Heish… selama ini dia tak tahu pula orang nerd macam dia kena pakai baju ni. Bikin malu aje kut!

“Kau dah pakai ke belum tu?!” jerit Mikhail dari luar.

Raihanah tersentak. Aikk… belum tidur lagi ke? Ingatkan dah tidur tadi. “Belumlah, kau nak apa, buaya?”

“Aku nak ‘buat hajat’, cepatlah sikit! Tak tahan ni!!”

Raihanah terlopong. Mikhail ni malam-malam jugaklah dia nak gunakan tandas! Dengan tergesa-gesa Raihanah keluar dan memasukkan baju pengantinnya ke dalam bakul. Baru dia perasan yang mata Mikhail tidak lekang dari memerhatikannya atas ke bawah. Air liur ditelan beberapa kali.

“Kau kata nak buang air besar, kan? Pergilah masuk dalam bilik air tu, shuu… shuu!!” tergagap-gagap jugalah Raihanah mahu bersuara. Pandangan mata Mikhail membuatkan urat saraf terasa kejang semacam. Tangkai hatinya bergoyang secara tiba-tiba.

“Cantiknya kau…” gumam Mikhail.

Raihanah menunduk. Malunya pakai baju ni!!! “Dahlah, aku nak tidur!” dia menarik selimut lalu menyembamkan muka ke bantal peluk. Meremang bulu roma di saat tilam itu tiba-tiba menjadi mendap di sebelah kiri. Aiyyo, Mikhail ada dekat sebelah aku?!!

Mikhail tertawa. “Rilekslah, Hana. Aku tak akan sentuh kaulah malam ni… tapi esok-esok belum tentu lagi, okay?” usiknya namun Raihanah masih diam. ‘Minah ni dah tidur ke?’ getus hati kecilnya lalu dia mengeluh.

Raihanah tersenyum nipis. Yes! Yes! Dia ingat aku dah tidur! Caiyyok!! Belum sempat dia mahu tidur mengiring ke sebelah kiri, dahinya tiba-tiba dikucup lama. Raihanah terkesima. Tangan runcingnya tiba-tiba digenggam dan badannya terasa dipeluk erat oleh seseorang.

“Goodnight, sayang. Sweet dream, mimpikan abang ek?”

Bisikan itu membuatkan hati Raihanah tertanya-tanya. Sayang? Abang?! Dek kerana tidak berani mahu membuka kelopak mata, akhirnya Raihanah berbaring sahaja di situ. Kenapa dia cakap macam tu? Kolam matanya bergenang dan air mata gugur tanpa dipinta.
*********************
Raihanah membelek-belek baju kurung yang dijual di One Utama. Untung tak ramai orang yang datang ke situ, jadi tidaklah tempat itu menjadi terlalu sesak. Dia membetulkan kedudukan kaca matanya sebelum membetulkan pula tudung lilit di kepala.

“Ye, kak? Kak nak beli apa-apa ke?” sapa penjual itu kepadanya. Raihanah tersenyum sahaja. Setelah berkira-kira untuk membeli dua helai baju kurung berona ungu tua dan merah jambu, dia menepuk dahi.

‘Nak beli baju untuk suamilah! Aduh… terlupa!’

“Err… ada tak baju Melayu warna ungu tua dekat sini?” tanyanya.

“Ada, kak. Limited edition punya sebab baru semalam kami dapat stok baju tu. Akak nak saya bawakkan untuk akak ke?”

“Boleh jugak. Bawakkan saiz L untuk saya. Suami saya yang nak pakai…”

Penjual itu tersenyum seraya mengangguk perlahan. Raihanah duduk di bangku yang disediakan di situ. Sedang asyik dia memerhati keadaan sekeliling, kelibat Mikhail dengan dua orang gadis membuatkan hatinya menjadi panas. Erghh… sabar Hana! Kau bukannya sukakan dia pun, buat apa nak jeles? Biarlah dia dengan hidup dia dan kau dengan hidup kau.

“Mie, you still single ke? Mustahillah kalau you ni tak ada yang berpunya…”

Raihanah mendengar bait-bait bicara gadis-gadis itu. Mahu sahaja dia memberi nasihat percuma kepada perempuan itu agar jangan mengganggu seorang lelaki yang telah menjadi seorang suami! Raihanah sudah tidak sanggup melihat kemesraan mereka bertiga dari dalam butik. Dasar suami aku Playboy! Dah kahwin pun masih nak melekat dengan perempuan lain, huh!

“I? I dah ada yang berpunyalah… tapi you boleh jadi best friend I, kan?” kata Mikhail.

Terkebil-kebil Raihanah mencuri pandang ke arah suaminya itu. Serius?! Dia mengaku yang dia tu dah berpunya ke? Ah, tak percayalah! Mamat Playboy ni mesti full of trick, sebab itulah dia sengaja nak kenakan gadis-gadis itu.

“Kak, ini bajunya…”

Setelah menghulurkan wang bernilai seratus ringgit buat penjual itu, Raihanah berlalu dengan hati yang sebak. Kenapa aku mesti sedih bila tengok dia dengan perempuan lain? Hana, pleaselah sedar! Mikhail bukannya mencintai kau, jadi kenapa kau nak kena cemburu? Biarlah dia bahagia dengan kerja dia tu. Kau? Kau hanya seorang isteri di atas kertas sahaja. Ya, isteri di atas kertas!

*********************
Beberapa bulan kemudian…

Ikan masak asam dan sayur sawi telah dihidang di atas meja makan. Raihanah dalam diam merungut tak tentu pasal. Ada ke patut Mikhail mencadangkan agar mereka tinggal sebumbung semalam? Akibatnya, dialah yang kena jadi orang gaji lelaki itu. Nasiblah dia pandai masak, kalau tak memang setiap hari makan di kedailah jawabnya…

Sudahlah cerewet, nak makan nasi pun memilih. Kadang-kadang tu kata lauk yang dia masak tak sedaplah, tawarlah, terlebih garamlah… dan macam-macam lagi kritikan yang memang memerlinya sahaja. Raihanah mencebik geram. Ikutkan hati, nak saje dia melarikan diri ke rumah mak dan abah namun itu hanya akan mengeruhkan keadaan. Mesti nanti mak report dekat Mikhail yang aku ada dekat rumah tu! Kantoi!

“Kau masak apa?”

“Mak!!!!” Raihanah hampir-hampir terjelopok jatuh kerana terkejut. Senduk yang dipegangnya melayang entah ke mana. Paling menyakitkan hati, kuah asam yang melekat di senduk itu terpercik ke muka. Raihanah mengaduh sebelum terkial-kail mahu membasuh muka di sinki.

“Ya Allah! Apa yang kau buat ni?!” Mikhail mengusap lembut pipi Raihanah seraya menarik lengan isterinya untuk duduk di meja dapur. Tadi pun dia sengaja aje mahu memeranjatkan Raihanah, namun tidak sangka pula sampai senduk boleh melayang! Peti pertolongan cemas diambil dan dia menyapu sedikit ubat di pipi Raihanah yang sudah merah. “Kau buat kerja tu elok-eloklah sikit. Tengok! Kan dah tak cantik muka kau ni…” bebel lelaki itu lagi.

“Suka hati akulah. Muka aku, bukannya muka kau pun.” Raihanah menjawab dengan selamba.

Mikhail tergeleng-geleng sebelum menyuruh gadis itu agar berehat di sofa. Raihanah sudah berpeluk tubuh. “Aku tak nak rehat. Siapa nak masak ikan masak asam tu nanti? Kalau aku suruh kau, bukannya kau reti nak masak!”

“Siapa kata aku tak reti?” apron bunga yang tergantung dipakai oleh Mikhail. Hampir tergelak Raihanah melihat suaminya bertungkus-lumus memasak di dapur, dah macam chef terkenal aje gayo mamat tu. “Buruknya kau! Buaya darat, aku tak tahu pulak yang kau pandai masak. Aku ingatkan ‘buaya’ macam kau ni pandai makan aje, tapi tak sangka pulak kau sesuai pakai apron..” perlinya seraya tersenyum sinis. Mikhail hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata Raihanah.

Setelah meletakkan mangkuk yang berisi lauk itu ke dalam mangkuk, Raihanah sudah berkira-kira untuk membasuh tangan di sinki. Namun, suaminya terlebih dahulu mengisi sebuah mangkuk kecil dengan air.

“Kau nak pergi mana? Duduk diam-diam. Kalau nak basuh tangan, guna aje air dalam mangkuk ni ha…”

“Sejak bila kau caring dengan aku ni, buaya?” soal Raihanah pelik namun lelaki itu masih mendiamkan diri.

Suasana di meja makan senyap sepi. Raihanah sempat memuji masakan lelaki itu yang agak sedap. Not bad jugaklah, tapi aku rasa aku masak sedap sikit. Chewah, angkat bakul sendiri nampak? Dia meneruskan suapan sebelum mencuri-curi pandang wajah Mikhail yang putih itu. Urmm… mamat ni pakai pencuci muka apa sampai kulit dia tu bersih ek? Garnier ke? Kening dia… cool. Mata dia tu… comellah jugak. Hidung dia mancung dan bibir dia… ermm, bibir dia…

“Suka ke tengok muka aku yang hensem ni?”

Raihanah tersedak. Macam tahu-tahu aje mamat ni. Nasib tak puji tadi, kalau tak mesti dah lama perasan. “Muka seorang playboy macam kau tu tak pernah nak hensem pun,” dia menjawab pertanyaan suaminya.

“Really? Tapi kan Miss Nerdy, aku rasa kau ada hobi terbaru. Hobi kau sekarang ni ialah suka menipu aku. Kau cakap kau tak pandang muka aku, tapi aku rasa 24 jam mata kau tu jugaklah yang tenung aku lama-lama.” Mikhail mengangkat pinggannya dan pinggan Raihanah sebelum berlalu ke dapur. Sempat dia mengenyitkan mata ke arah isterinya.

Wajah Raihanah menjadi panas. Darah malu menyirap naik ke muka. “Thanks sebab basuhkan pinggan aku tadi,” ujarnya dengan senyuman di bibir. Dia berkira-kira untuk bangun namun badannya terasa melayang sahaja. Aikk… tak akan aku tengah terbang di awan nan biru kut?

Tersentak Raihanah melihat tangan sasa yang mencempung tubuhnya. Bukan tadi mamat ni basuh pinggan ke? Pipinya merah padam. Mahu tersembul biji matanya melihat betapa senangnya Mikhail mendukungnya. Ingat aku ni ringan macam kapas ke? Berat tau! Iyalah, aku ni kuat jugak makannya…

“Mie, tak payahlah nak main angkat-angkat orang ni. Aku boleh jalanlah…” rungutnya setelah lama membisu.

Lelaki itu tiba-tiba ketawa lantas merenung Raihanah dengan pandangan redupnya. “Well, inilah kali pertama kau panggil aku ‘Mie’. Hmm… lepas ni berlatih untuk panggil aku baby ke, abang ke, mesti lagi syok. Sejuk sikit telinga aku dengar suara kau.”

“Jangan harap. Tak kuasa aku.”

“Tak suka ke, Miss Nerdy?” sakat Mikhail lagi lantas membaringkan isterinya di atas katil.

“Stop calling me Miss Nerdy. Aku tahu aku nerd, tapi tak payahlah nak ejek-ejek aku. Kurang asam punya buaya darat,” Raihanah sempat mengejek lelaki itu di akhir ayatnya. Tahulah yang dia sering memakai cermin mata nerd kesayangannya, tapi bila diejek oleh Mikhail hatinya seperti sakit pula. Aku marah ke? Tak mungkin! Selama ni mana pernah aku kecil hati bila dia marahkan aku.

Belum sempat dia mahu melelapkan mata, suara Mikhail menghentikan segalanya, “Aku tahulah aku tak hensem. Okay, fine. Aku minta maaf sebab ejek kau nerd. Yang kau tu ejek aku buaya darat selama ni tak apa pulak? Sedih tau kena ejek dengan bini sendiri. Dah tu, kau tak pujuk aku pun…” rengeknya manja. Muncung itik sudah memanjang dibuatnya.

Raihanah membuat muka bosan. Sengajalah tu nak aku pujuk!

“But that’s the truth. Kau tu memang buaya darat pun. Dah berkahwin pun still berkepit dengan perempuan lain. Kau ingat aku ni apa?” spontan mulutnya ditekup. Erghh… terlepas cakaplah pulak! Mesti dia ingat aku ni minah kuat cemburu. Tak ada masa nak jeles dengan dia tu! Eh, ye ke? Aku tak cemburu ke hari tu??

“He he he… cemburu ke, Miss Nerdy? Hmm… barulah aku tahu yang kau ni betul-betul sayangkan aku.” Mikhail mendekati Raihanah. Perlahan-lahan pipi kiri dan kanan gadis itu dicium lembut. Ubun-ubun Raihanah diusap sebelum tangannya nakal menyentuh bibir merah milik isterinya.

“Aku akan kiss pipi kau, tapi untuk part bibir ni kau kenalah tunggu dulu. Bila masanya dah tiba, aku kiss bibir seksi kau ni cukup-cukup,” Mikhail tersenyum manis. “And remember, aku akan tetap pastikan Miss Nerdy aka Nurin Raihanah akan jadi milik aku seorang.”

Terasa pahit sungguh air liurnya untuk ditelan. Hampir-hampir sahaja Raihanah boleh pengsan di situ. Kenapa… kenapa playboy itu lain benar hari ini? Suaminya tiba-tiba menjadi caring, merawat lukanya, mencempung badannya, tersenyum kepadanya dan mengucup lembut pipinya. Sungguh! Hatinya berkata sesuatu, sesuatu yang langsung tidak terlintas dek akal fikiran.

‘Aku dah jatuh cinta dekat dia ke? Impossible! Aku kan benci Mr. Playboy?!!’

**************************

“Kenapa kau ajak aku shopping dekat KLCC?”

“Saja aje nak bawak kau jalan-jalan. Salah?” Mikhail menggenggam tangan Raihanah seraya menuju ke arah butik yang menjual baju-baju yang agak sesuai untuk dipakai oleh gadis itu. Dia membelek-belek beberapa helai blaus yang tersangkut namun tiada satu pun yang dapat menarik perhatiannya. Melihat Raihanah seperti mahu menangis, dia menjadi serba salah pula.

“Yang kau ni kenapa nak nangis pulak? Aduh… janganlah nangis depan aku dowh.” Mikhail menyeka air mata yang mengalir di pipi isterinya. Wajah masam Raihanah benar-benar membuatkannya risau. Dia ada tersilap cakap atau terkasar bahasa ke sampai boleh buat Miss Nerdy yang brutal sikit ni menangis???

Raihanah mengetap bibir. Perlukah dia memberitahu kenangan lamanya bersama-sama Zaid di KLCC suatu ketika dahulu?

“Hei, abang er… I mean, aku ada buat apa-apa yang menyakitkan hati kau ke, Hana?”

‘Abang’? Asyik tersasul aje suami aku ni. Raihanah menggelengkan kepalanya sebelum tertunduk. “Dulu aku selalu shopping dengan Zaid and yes, aku happy bila dengan dia. Tapi sekarang, aku…”

“Okay, aku faham. Aku minta maaf sebab buat kau macam ni. Kau cintakan dia, kan? Mesti kau menyesal sebab aku yang tak berguna ni jadi suami kau, kan?” Mikhail berkata-kata sebelum mengusap lembut kedua-dua belah pipi Raihanah. “Aku minta maaf, Hana. Aku tahu aku salah sebab dah ganggu hubungan kau orang. Aku ni penyibuk, kan? Penyibuk yang merampas kebahagiaan orang lain macam kau.”

Hati Raihanah yang sebak mendengar rintihan suaminya bertambah sebak tatkala air mata Mikhail mengalir. Kenapa… kenapa dia tidak sampai hati melihat suaminya menangis? Kenapa??

“Aku… aku tak cakap pun yang kau ni penyibuk. Aku cuma…”

“Kau cuma cintakan Zaid seorang,” sambung lelaki itu lantas memeluk tubuh Raihanah erat. Tempat itu agak jauh daripada orang ramai, jadi tidak akan ada sesiapa yang nampak dia dan Raihanah bertegang urat. “Sorry. Just benarkan aku untuk peluk kau, kali ni aje. Please, aku takut lepas ni aku tak dapat nak duduk dekat dengan kau lagi. Dari awal lagi, aku memang tak sedap hati. Nampaknya, aku bukanlah lelaki yang terbaik untuk kau…”

Raihanah terkedu.

“Mie, apesal kau cakap macam ni?”

“Kalau kau nak tahu, Zaid sebenarnya..” Mikhail berhenti bersuara. Terasa sungguh perit untuk memberitahu berita besar sebegitu kepada bekas kekasih adiknya sendiri. Ya Allah, patutkah aku?

Kesabaran Raihanah mulai tipis. “Kenapa dengan Zaid? Kenapa dengan Zaid, Mie?! Jawablah!”

“Dia… dia yang suruh aku untuk kahwin dengan kau. Kau tahu kan dia ada masalah jantung selama ni?”

Melopong Raihanah mendengar kata-kata Mikhail. Air mata yang mulai kering menjadi basah semula. Bibirnya terketar-ketar dan mungkin mukanya sudah berubah menjadi pucat. “Ya Allah! Aku… aku tak tahu pun? Kenapa… kenapa baru sekarang kau nak bagitahu aku?!”

Mikhail tertunduk. “Sejak dari dulu lagi, dia memang ada masalah jantung. Dia tak boleh terlalu aktif bergerak, sebab doctor takut yang sakit dia akan menjadi teruk. Kau janganlah risau, dia sekarang berada di luar negara untuk menjalani pembedahan. Mungkin… sebab tu dia tak nak kau disatukan dengan dia.”

“Luar negara?!” Sekali lagi gadis itu terkesima. Patutlah sejak akhir-akhir ini dia tidak nampak kelibat Zaid di mana-mana. Sudah berbulan-bulan dia menjadi isteri kepada Mikhail dan selalu jugalah dia melawat ibu bapa Mikhail di rumah mereka namun… Zaid memang tiada.

“Kalau kau… nak kejar dia, pergilah sekarang. Dia mungkin sedang menunggu kau dekat sana. Aku… aku izinkan kau untuk pergi melawat dia.”

Suara lirih dan sayu Mikhail benar-benar meruntun hati dan jiwa Raihanah. Tanpa dia sedari, dia mengesat air mata lelaki itu yang tidak henti-henti mengalir. “Kenapa kau nak menangis? Kau kan playboy nombor satu Malaya? Aku tak tahu pun buaya darat boleh menangis disebabkan seorang Miss Nerdy… eh, bukan… Mrs. Nerdy.”

Mikhail menepis lembut tangan Raihanah yang cuba menyentuh dagunya pula. Oleh sebab tiada mood untuk bershopping di situ, mereka berdua masuk ke dalam perut kereta untuk pulang ke rumah. Hanya radio yang pok pek pok pek, namun Mikhail sudah tidak berbual rancak seperti tadi.

Kening Raihanah bertaut sejenak tatkala Mikhail mengeluh berat. ‘Apesal dia mengeluh? Entah-entah sibuk fikirkan tentang perempuan kut. Hatinya kembali panas. Cemburu? Of courselah jealous!!!

******************
“Hari ni kau nak aku masak apa?” soal Raihanah yang sedang sibuk mengemas katil. Dia mahu menyediakan breakfast, tapi suaminya itu tidak mahu memberikan apa-apa respons untuknya. Senyap aje laki aku ni, kenapa? Protes kut??

Mikhail diam membisu sebelum turun ke bawah.

Raihanah menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Ah, sudah! Seminggu sejak dia dapat tahu mengetahui Zaid, dan sejak itu Mikhail seakan-akan sudah tidak mahu memandangnya pula. Kalau hendak menuduh yang dia ada buat salah, tak ada pula. Malam tadi pun lelaki itu tidak menggatai pula mahu mengusik dan menyakatnya.

“Mie!”

Raihanah mengeluh. Dengan kemeja putih dan seluar tracksuit dia turun ke bawah lalu meluru masuk ke dapur. Empat keping roti dikeluarkan dari plastik. Rasa-rasanya roti bakar sudah cukup untuk mengalas perut mereka pada pagi itu. Air Milo panas disediakan juga kerana dia tahu yang Mikhail sukakan Milo. Buat sedap-sedaplah, hahaha! Aikk… bunyi macam aku nak memikat dia aje ni?

Setelah meletakkan jem berperisa bluberi dan strawberi di atas meja, dia mencari-cari pula pinggan untuk suaminya. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri, teringat akan peristiwa di mana pipinya terkena kuah asam yang panas. Nasib baik Mikhail datang macam Superman dan selamatkan keadaan. Haduih, parah betullah! Dari tadi asyik fikirkan tentang playboy itu aje…

“Kau nak aiskrim tak? Aku ada beli aiskrim perisa coklat dan vanilla semalam. Kau nak rasa, Mie?” Raihanah sengaja mahu memancing lelaki itu yang sedang khusyuk menonton berita di ruang tamu.

“No, thank you.”

‘Suara dia serak?!’ Raihanah sudah mula berasa bimbang pula. Tak pernah-pernah pula suaminya itu bersuara sebegitu. Perlahan-lahan Raihanah meletakkan mug berisi air Milo lalu menghampiri Mikhail.

“Err… breakfast dah siap. Jom, makan…”

Diam.

“Mr. Playboy, jomlah makan…” ajaknya lagi. Nak kena panggil playboy dulu baru bangun ke apa?

Kedengaran suaminya itu mengeluh perlahan sebelum bangun dan melangkah longlai ke arah meja makan. Raihanah membuntuti dari belakang. Dia membantu untuk menyapukan jem di atas roti bakar Mikhail. Yang peliknya, lelaki itu hanya diam dan memandangnya dengan pandangan yang kosong sahaja. Raihanah menghulurkan roti bakar itu kepada Mikhail namun suaminya hanya kaku di situ.

“Mie? Kau tak nak makan ke?”

“Aku tak ada selera, aku nak tidur,” balas Mikhail malas.

Bibir Raihanah mencebik. Dia bingkas bangun lalu duduk di sisi lelaki itu. Terpinga-pinga Mikhail dibuatnya. ‘Apa pulaklah yang minah ni nak buat?’ getus hati kecilnya.

Dengan perasaan malu yang menebal dan tinggi menggunung, Raihanah mengambil roti bakar yang ada di pinggan lalu disuakannya ke mulut Mikhail. Membulat mata suaminya memandang dirinya. “Aaa… apa kau cuba nak buat?”

“Kau tak nampak ke? Aku nak suapkan kau.”

“Kan aku dah cakap, aku tak ada sele…”

Sebelum lelaki itu menghabiskan ayat, lebih baik aku sumbatkan roti ni dalam mulut dia… fikir Raihanah lalu memasukkan roti bakar itu ke dalam mulut Mikhail. Nak tak nak, terpaksalah Mikhail menggigit roti itu. Raihanah membantu suaminya untuk menghirup sedikit air Milo pula.

“Apesal pandang aku macam tu?” soal Raihanah yang cuba mengawal emosinya. Pandangan tajam yang dihadiahkan Mikhail memang boleh menggetarkan nadi. Jantungnya seperti boleh berhenti berdegup di saat dia menyuapkan suaminya tadi. Aduh, sahlah yang aku memang dah jatuh chenta pada playboy. Hmm… playboy-playboy pun, dia tetap suami aku jugak, kan?

Deringan telefon bimbit membuatkan lamunan Raihanah terhenti. Dia membasuh tangan lantas mengangkat gagang. Mikhail sudah lama lesap ke dalam kamar, mungkin penat kut?

“Assalamualaikum.”

Suara itu!

“Waalaikumussalam, Zaid…” kolam matanya bergenang. Mungkin dahulu dia terlalu merindui suara ini, namun sekarang tidak lagi. Jodoh itu di tangan Allah. Sejauh mana pun kita lari, sebagus mana pun kita bersembunyi tetapi kalau dah jodoh memang tak ke mana. Itulah apa yang dia rasa ketika bersama-sama Mikhail sekarang.

“Kakak ipar kesayangan I hari ni sihat ke?” seloroh lelaki itu.

“Alhamdulillah, I sihat. You… you sihat, Zaid?”

Entah kenapa, soalan itu seperti sudah mempunyai jawapan. Sudah jelas, Puan Salwa dan mak mertuanya ada memberitahu bahawa Zaid telah selamat menjalani pembedahan di England beberapa hari yang lepas. Tidak dapatlah dia dan suami tinggal di rumah mertuanya kerana mereka telah pun berangkat ke England untuk menemani Zaid.

“I sihat, pembedahan itu berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, sekarang ni I tengah berjalan-jalan di halaman hospital di sini.” Zaid yang ketika itu sedang duduk di sebuah bangku berdekatan mengeluh kecil. “I tahu apa yang I buat ni dah lukakan hati you, tapi I nak you tahu yang I sayangkan you dan abang I. Dia abang yang paling baik untuk I, dan I tahu yang dia lelaki yang layak untuk berdampingan dengan you, Hana.”

“I faham. You takut I tak dapat terima kenyataan yang you ada penyakit jantung, kan?” Raihanah tersenyum hambar. “Don’t worry, Zaid. I dah lupakan you, jangan rasa bersalah pulak!”

“I’m sorry, Hana.” Zaid meraupkan wajah. Tekak terasa sungguh perit untuk mengeluarkan suara. “Hana, I janji yang akan lupakan you, I akan lupakan kenangan manis kita dulu. Sekarang, you dah jadi milik abang I. I tak mahu disebabkan I, hubungan kau orang terputus macam tu aje. I nak you tahu sesuatu perkara. Abang I mungkin seorang playboy di mata you, tapi dia sebenarnya kecewa sebab cintanya tak berbalas dulu…”

Terkedu Raihanah mendengar kata-kata Zaid. Jadi, Mikhail sebenarnya pernah mencintai seseorang dulu?

“So, kiranya dia tu bertepuk sebelah tangan ke?”

“Yup. Selama ni I selalu tengok dia macam malu-malu bila I sentuh soal perempuan, dan rupa-rupanya dia memang dah sukakan seseorang pun. Sejak sekolah menengah lagi, dia dah jadi macam secret admirer aje. Tapi sayangnya, perempuan tu tak pandang pun lelaki-lelaki ni. Dan lagi memedihkan hati dia, perempuan itu mencintai orang lain, Hana.”

Air mata Raihanah mulai gugur satu per satu. Kasihan Mikhail… “Jadi, apa tujuan dia jadi seorang playboy?”

“Dia sebenarnya mencari perempuan yang pernah dia cintai, tapi memang semua perempuan yang dia jumpa bukan perempuan tu. Dia cintakan perempuan tu. Setiap hari dia cuba sedaya-upaya untuk menjejaki perempuan tu, tapi sekarang usahanya berbaloi. Cuma, perempuan tu yang tak reti nak hargai kasih sayang dia. Jual mahal kut?”

Ayat terakhir Zaid benar-benar membuatkan dahinya berkerut seribu. Tiba-tiba hatinya terasa sebak dan disiat-siat. Maksudnya, perempuan tu dah ada di sini dan Mikhail akan mengejar perempuan misteri itu? Habis, dia? Apa akan jadi dengan dia???

“Thanks for the story, I rasa untung betullah perempuan tu. Iyalah, dapat tawan hati Mikhail, kan?” Tangan Raihanah menyeka permata berharga yang turun dari tubir mata. “Mungkin disebabkan I, Mikhail rasa menyesal sebab I disatukan dengan dia. Sepatutnya, Mie hidup bahagia dengan perempuan tu. Apalah yang ada pada diri I yang nerd ni, kan?”

“Hana, I cuma nak cakap yang abang I tu cinta…”

“It’s okay, I faham. I akan cakap dengan dia baik-baik, mungkin dengan cara itu I akan lebih happy tengok dia bahagia dengan.. well, perempuan lain.” Gagang diletakkan dan Raihanah menekup mulutnya. Dia menangis teresak-esak di situ. Patutlah selama ini Mikhail bersikap dingin dengannya. Mungkin menunjukkan tanda bahawa lelaki itu mahu tinggalkan dirinya tidak lama lagi.

Dia mendaki anak tangga dan memulas tombol pintu bilik. Kelihatan Mikhail sedang bersandar di katil.

“Mie, boleh tak… kalau aku nak cakap sesuatu dengan kau?”

Mikhail mendongak sebelum mengangguk-angguk kecil.

Raihanah menghampiri suaminya. Secara tidak sengaja dia tersentuh lengan sasa suaminya dan sepantas kilat dia menarik tangannya kembali. “Ya Allah! Awak demam ke? Astaghfirullahalazim, kenapa awak tak bagitahu saya? Awak jangan buat saya risau boleh tak?”

Tergesa-gesa dia mengambil besen kecil bersama-sama dengan sehelai tuala kecil. Dia kemudian mengelap wajah suaminya penuh kasih. Inilah peluangnya untuk melayan Mikhail dengan baik kerana selepas ini, mungkin Mikhail akan mencari perempuan misteri aka cinta pertamanya itu. Raihanah kemudian mengambil dua biji Panadol untuk lelaki itu.

“Sejak… sejak bila kau gelarkan kita dengan ‘saya-awak’?” tiba-tiba suaminya menyoal.

“Sejak saya tahu awak dah cintakan seseorang.” Air mata Raihanah mengalir lagi. Ah, biarlah! Mikhail terpinga-pinga sebelum menukar posisi kepada duduk. Kedua-dua belah tangan memegang pipi gadis itu. “Hei, kenapa kau menangis?”

“Yelah, lepas ni awak mesti dah… pergi dengan perempuan tu, kan?” Raihanah membalas dengan sisa tangis yang masih belum berhenti.

Senyuman Mikhail melebar hingga ke telinga. “So, kiranya kau sayangkan akulah ni?”

“Saya tak sayangkan awak, tapi saya rasa saya dah cintakan awak…” Raihanah tertunduk malu. Dia telah meluahkan isi hatinya, tetapi adakah dia menunggu Mikhail untuk membalas cintanya? Tetapi, mungkin lelaki itu hanya akan membisu kerana sudah nyata yang Mikhail mencintai orang lain yang pernah menjadi cinta pertamanya, bukan?

Dagu Raihanah diangkat sedikit, memaksa dia untuk memandang wajah Mikhail. “Kalau aku cakap yang aku cintakan perempuan tu, kau still akan cintakan aku?”

“Saya akan terus cintakan awak, sebab awaklah suami saya…”

Raihanah mahu bangun namun terasa kepalanya ditarik lembut dan bibirnya bertaut dengan bibir merah milik Mikhail. Lama. Hatinya terasa tenang semula, namun dia tahu ketenangan itu hanya untuk sementara waktu. Selepas ini, Mikhail mungkin tidak akan memandang dirinya lagi.

“Thanks, sayang. Terima kasih sebab mengaku yang sayang cintakan abang selama ni,” Mikhail bersuara setelah meleraikan pelukan. Dia kemudian mengucup hidung dan dahi Raihanah. “Abang sayangkan sayang, abang cintakan sayang, dan abang nak sayang sentiasa bersama-sama dengan abang sebab sayanglah cinta pertama abang.”

Kelu lidah gadis itu untuk bersuara. Sayang? Abang? Dan… cinta pertama? Benarkah yang dia adalah cinta pertama Nur Mikhail? “Apa.. apa yang awak cakapkan ni? Saya bukan cinta pertama awak, cinta tu milik perempuan lain…”

“Tidak. Dari dulu abang cintakan sayang sehinggalah sekarang. Gadis nerd yang abang suka akan marah kalau abang usik dia. Abang cari pasal dengan sayang sebab abang tak mahu sayang tahu yang abang sukakan sayang. Abang jadi playboy sebab abang nak cari sayang, itu aje. Tak ada niat yang lain pun…” bersungguh-sungguh lelaki itu bersuara untuk meyakinkan Raihanah.

Raihanah memuncung. “Tipu, tipu! Masa tu saya pergi shopping, saya nampak awak dengan perempuan lain. Awak ni memang…”

Cupp!!!

Mikhail tersengih. “Jangan panggil awak-saya lagi. Abang nak sayang call abang ‘abang’ dan abang akan call diri sayang sendiri dengan nama Hana.”

“Yelah… yelah. Hari tu Hana ada shopping dekat One Utama sorang-sorang, dan masa tu nak belikan baju Melayu untuk abang. Lepas tu, Hana nampak abang berkepit dengan perempuan lain!” ujar Raihanah geram lantas mencubit pipi suaminya.

“Adoi, sayang! Penyeklah hidung abang nanti!”

“Dah abang duk menggatal macam buaya darat tu, kenapa? Hana jeles tau…” muncungnya dipanjangkan lagi. Mikhail tertawa perlahan sebelum mencuit hidung isterinya. Tangan kanan Raihanah digenggam dan dicium lembut dan penuh kasih.

“I’m so sorry, sayang. Waktu tu abang memang tak tahu yang sayang ada tengah spy abang. Abang cuma nak lupakan sayang sebab sayang sendiri pernah mengaku yang sayang still cintakan Zaid. Abang rasa cemburu jadi abang cuba nak buang rasa tu dengan jadi playboy balik. But unfortunately, that tactic langsung hampeh dan tak berkesan! Semakin abang mengelak dari mencintai sayang, semakin abang rasa cinta abang buat sayang. And from that moment, abang rasa yang abang terlalu cintakan sayang…”

Oh Em Gee (OMG)… Apesal suami aku romatik habis hari ni?! Raihanah membetulkan cermin matanya sebelum Mikhail terlebih dahulu menarik cermin mata itu.

“Mulai sekarang, jangan pakai cermin mata nerd ni depan abang. Sebagai seorang Mr. Playboy aka buaya darat pencen, abang nak sayang goda abang.”

Goda?! Kurang asam jawa betul mamat ni. “Bukan abang ke yang kena goda Hana?” usiknya. Mikhail tersengih sebelum memegang semula kepala gadis itu. Membulat mata Raihanah ketika wajah lelaki itu begitu hampir dengannya. Kalau bergerak satu sentimeter ke depan, memang bertembung hidung dengan hidung lepas tu accident. Hahaha!

“My precious Mrs. Nerdy, don’t try to challenge me. I’m a playboy, after all…” nakal Mikhail bersuara lantas mengucup dahi isterinya. Raihanah tergamam seketika sebelum wajahnya membahang. Malu! Malu! Mana nak campakkan muka yang tengah malu ni? Nak campak dekat laut atau dalam tanah terus??

“Wow, dear. You have a pair of beautiful hazel eyes. And wow, your red lips…”

Cepat-cepat gadis itu mencelah, “Okey, stop! Abang sengaja nak bagi Hana malu!”

Mikhail ketawa mengekek sebelum tangannya melingkar di pinggang isterinya. Raihanah sudah mula menoleh sambil menghadiahkan renungan tajamnya kepada suami yang tercinta. “Abang janganlah peluk orang! Nanti virus demam abang tu berjangkit dekat Hana, siapa susah?”

“Takpelah, biar kita sama-sama demam. Lagi sweet…”

Chett, tak patut betoi! “Buaya darat tua!” ejeknya lantas menjelirkan lidah.

Mikhail memeluk tubuh Raihanah dari belakang. “Ye, Mrs Nerdy kesayanganku?”

“Do you love me?” Raihanah membenamkan wajahnya ke dada bidang milik lelaki itu. Cis, bikin orang malu aje! Gelaran Miss Nerdy plus Minah Brutal masih dipegangnya sehingga hari ini namun gelaran itu mungkin akan ditukar setelah dia berkahwin dengan Nur Mikhail, Si buaya darat. Jadi, aku akan digelar Mrs nerdy atau Mrs Playboy? Hmm… jadi Mrs Cute boleh tak? He he he, perasan sudah!

Bibir Mikhail menguntum senyuman sebelum dia mengucup pipi Raihanah. “I will always love you, sweetheart. Alhamdulillah, abang bersyukur sebab sayang mampu terima abang dalam hidup sayang. Dalam hati ni cuma ada nama Allah, Rasul, ibu bapa kita dan of course… sayang. I love you, saranghae, aishiteru, Wo Ai Ni…”

Ambek kau! Semua bahasa keluar serentak! Nak bahasa apa lagi? Pilih… pilih…

“I love you too,” balas Raihanah sebelum memeluk lengan Mikhail. Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan di dalam rumah tangga kami. Kuatkanlah cinta kami berdua walaupun aku tahu, cinta kami tidak dapat menandingi cinta kami kepada-Mu.

‘Abanglah suami Hana and guess what? You’re my Mr. Playboy!’

TAMAT

Nukilan:
Ira Hadeera
http://irahadeera.blogspot.com
Cerpen Cinta: My Mr. Playboy!

3 Komen:

andi shop berkata...

ANDI SHOP
BURUAN BELANJA DAPATKAN HARGA PROMO HARI NATAL TAHUN BARU
Produk dijamin asli orginal.Barang yang Kami Tawarkan Semuanya Barang ASLI ORGINAL Ada Garansi Resmi Distributor dan Garansi TAM 2 bebas resiko bebas penipuan.Semua Produk Kami Baru dan Msh Tersegel dLm BOX_nya.
BERMINAT HUB-SMS 089-6919-86274 ATAU KLIK WEBSET RESMI KAMI http://andi-shop7.blogspot.com

Ready Stock!
BlackBerry 9380 Orlando - Black.Rp.900.000,-
Ready Stock!
BlackBerry Curve 8520 Gemini.Rp.500.000,-
Ready Stock!
BlackBerry Bold 9780 Onyx 2.Rp.800.000,-
Ready Stock!
Blackberry Curve 9320.Rp.700.000,-
Ready Stock!
Samsung Galaxy Note 10.1.Rp.2,500.000.
Ready Stock!
Samsung Galaxy Tab 2 (7.0).Rp. 1.000.000
Ready Stock!
Samsung Galaxy S III Mini.Rp.1.800.000.
Ready Stock!
Samsung Galaxy Nexus I9250 - Titanium Si.Rp.1.500.000,-
Ready Stock!
Samsung Galaxy Note N7100.Rp.2.500.000.
Ready Stock!
Samsung Galaxy Note N7000 - Pink.Rp.1.700.000.
Ready Stock!
Samsung Galaxy Y S5360 GSM - Pure White.Rp.500.000,-
Ready Stock!
Nokia Lumia 800 - Matt Black.Rp.1.700.000,-
Ready Stock!
Nokia Lumia-710-whiteRp. 900.000,-
Ready Stock!
Nokia C2-06 Touch & Type -Dual GSM-Rp.450.000,-
Ready Stock!
Nokia Lumia 710 - Black.Rp. 900.000,-
Ready Stock!
Apple iPhone 4S 16GB (dari XL) - Black.Rp.1.200.000,-
Ready Stock!
Apple iPhone 4S 16GB (dari Telkomsel).Rp.1.200.000,-
Ready Stock!
Apple iPod Touch 4 Gen 8GB.Rp.700.000.
Ready Stock!
APPLE iPod Nano 8GB - Pink.Rp.500.000,-
Ready Stock!
Acer Aspire 4755G Core i5 2430 Linux Blue.Rp 1.700.000.
Ready Stock!
Acer Aspire One AOD270 10.1.-Rp. 1.000.000,-
Ready Stock!
Acer TravelMate TM8481-2462G32.Rp. 1.400.000
Ready Stock!
Acer ICONIA Tab W500 10.1" Tablets Notebook.Rp. 1.100.000,-
Ready Stock!
Nikon D7000 kit 18-105mm.Rp.1.700.000.
Ready Stock!
Nikon D90 Kit 18-105mm Vr.Rp 1.300.000.
Ready Stock!
Nikon Coolpix L 120 Red.Rp. 900.000
Ready Stock!
Nikon Coolpix P 500 Black.Rp 1.000.000.

Tanpa Nama berkata...

best woooooo btol2 best caya aaaa

Anne Byron berkata...

so sweet xD senyum sesorg dh ni xD

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.