Pasangan suka membebel, luah perasaan

Share on Tumblr
Pasangan Mulut Murai

Luahan perasaan dan kongsi cerita akan jadi menarik kalau babitkan kedua-dua pihak. Tetapi tentu rasa rasa tertekan apabila dikelilingi manusia suka bebel, boleh sakit jiwa dibuatnya. Lebih teruk jika babitkan pasangan anda.

Tanyalah sesiapa pun pasti akan menjawab `tidak' jika ditanya mahukah anda berpasangan dengan si mulut murai. Waktu awal proses kenal hati budi, lelaki tak pernah kisah jika pasangannya cakap banyak. Jika ditanya, dia akan mengakui dirinya rasa seperti individu penting apabila pasangan sanggup kongsi rasa dan cerita. Tapi lain jadinya apabila sudah berpasangan. Si gadis bercakap lebih had akan dilabel suka membebel.

Meskipun perit untuk terima tapi percayalah ia kenyataan. Malah ada kajian menyatakan wanita mampu melontarkan sehingga 30,000 simbol dan kata-kata sehari sedangkan lelaki hanya sebanyak 7,000 perkataan dalam tempoh sama. Jangan stereotaip! Situasi ini bukan saja babitkan golongan wanita, ada juga jejaka yang banyak cakap hingga naik rimas apabila duduk semeja. Itu baru sedikit, bayangkan pasangan yang terpaksa berdepan situasi ini setiap hari. Tebal telinga dan sabar saja kuncinya.

Mulut Murai

LELAKI MULUT MURAI

Kaum Adam dilabel sebagai golongan yang suka melindungi. Oleh sebab itu mereka merasa sedikit terancam sekiranya pasangan keluar dengan jejaka lain. Tapi tahukah anda, si gadis juga ada ketikanya mahu menghabiskan masa mereka bersama teman yang lain. Tetapi situasi ini boleh jadi punca bebelan si jejaka.

Ejen Gen Y juga pelajar jurusan Sains Biokesihatan Universiti Malaya (UM), Ahmad Khushairi Ismail akui ada lelaki yang suka membebel. Katanya, mungkin golongan ini hanya ingin menegur terhadap sesuatu perlakuan yang tidak begitu atau bertujuan menceriakan keadaan. Tidak ada sesiapa pun suka orang lain mengkritik atau membuat teguran mengenai dirinya terutama jika sengaja diucapkan dengan nada menyindir sehingga boleh membingitkan telinga.

"Ada juga lelaki yang cakap banyak dan suka hurai perkara yang tidak penting. Berbicara mengenai satu-satu isu hingga berjam-jam dan tak beri peluang untuk orang lain bercakap. Tapi, kalau itu dah jadi tabiat mereka kita tak boleh nak halang.

"Bagi saya, jika perempuan khususnya suka membebel, itu bukan perkara baru kerana diketahui umum. Mungkin untuk ambil berat, tegaskan pendirian atau pertahankan diri apabila dimalukan atau isu peribadi disentuh, tak mengapa asalkan tahu batas," katanya.

BEBEL KERANA KURANG PERHATIAN

Pakar motivasi dan psikologi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berpendapat, memang lumrah semula jadi wanita yang memiliki paras hormon estrogen berlebihan, oleh itu mereka gemar meluahkan pendapat dan pandangan sehingga dilihat seolah-olah berleter.

Katanya, tujuan utama wanita terutama isteri berleter ialah untuk membuktikan kasih dan sayang kepada pasangan. Tidak kira sama ada wanita yang bergelar ibu, isteri kekasih atau ketua di tempat kerja, asalkan ada pencetus terhadap tabiat membebel, letusan itu pasti kedengaran.

Jangan melabel kerana orang membebel pasti ada sebab. Mereka yang membebel selalunya dikaitkan dengan kurang perhatian. Dengan cara bercakap dan meluahkan apa dirasai dengan orang lain, akan merasai dirinya diberi perhatian.

"Ada juga yang berleter atas tujuan peringatan. Contohnya, kalau pasangan anda membebel supaya jangan tunggang motosikal laju, takut jalan licin, angin lintang atau kecuaian orang lain, kita mungkin mendengarkan sebagai bebelan tetapi bagi dirinya, ia lebih kepada peringatan walaupun memakan masa lebih 15 minit untuk satu isu.

"Bebel juga boleh dikaitkan dengan sikap tak suka pendam perasaan. Saya sendiri jika ada rasa tak puas hati, akan terus luahkan serta-merta. Sebolehnya tak mahu tunggu lama-lama takut jadi dendam. Jika pasangan atau rakan menganggap saya berleter, tak kisahlah asalkan boleh luahkan apa yang nak dicakap," kata ejen Gen Y yang juga pelajar jurusan Pendidikan Islam UM, Nur Sharmimi Abd Ghani.

BANYAK CAKAP KURANG TEKANAN

Tidak dinafikan ada pendapat menyatakan berleter adalah salah satu cara untuk mengurangkan tekanan. Mungkin sebab itulah ramai suka cakap banyak hingga tak sedar dirinya membebel.

Tekanan di tempat kerja ada kalanya sukar untuk dikongsi dengan rakan sepejabat. Oleh itu, ada memilih untuk ceritakan kepada pasangan atau rakan serumah.

Namun lain pula tanggapannya, golongan ini dikategorikan manusia suka bebel kerana suka bercakap. Kasihan! Namun ia bergantung kepada situasi, jika masalah sama diluahkan hampir setiap hari pasti akan buatkan seseorang itu rasa bingit, bosan dan meluat.

Bagi pekerja swasta, Ziela Abu Bakar, 26, dia secara peribadi memilih lelaki yang kurang membebel kerana tidak gemar mendengar orang bercakap tanpa henti umpama 'mak nenek', tapi jika sudah jodoh, dia terpaksa belajar cara mengendalikan lelaki kaki bebel.

"Sama seperti wanita yang suka membebel, golongan 'mak nenek' ini selalunya hanya akan bising jika ada yang tidak kena pada keinginan atau apa yang mereka mahukan. Dan jika sudah berpasangan, dia cuma mungkin ingin tarik perhatian pasangannya.

"Tak terlalu sukar mengendalikan kelompok kaki bebel ini sebenarnya, cuma perlu sesuaikan diri dan bijak mengawal situasi. Harus juga menerima teguran secara positif kerana tiada orang yang akan membebel tanpa sebab, jadi mesti ada silap di manamana hingga menyebabkan orang berleter," katanya.

KENA TAHU KAWAL

Walaupun mereka ini ada ketikanya menjengkelkan, jangan buat tidak tahu saja. Perkara paling geram ialah apabila si dia membebel, pasangan buat tak tahu. Lebih teruk ada yang terus pakai `earphone' atau pasang radio kuat-kuat supaya suara bebelan tenggelam dalam bunyi radio.

Ada wanita yang suka bebel tetapi pasangannya tambah api dengan mengeluarkan kata-kata kesat seperti 'Awak ni tak ada kerja lain ke membebel saja! Atau paling teruk, `Janganlah membebel saja, naik pening kepala saya!'. Seboleh-bolehnya gunakan peranan senyap sebagai `reverse psychology'.

Biasanya orang akan membebel jika ada perkara menyakitkan hatinya. Sikap dan tingkah laku seseorang boleh menyebabkan si dia membebel tanpa sebab. Jadi, janganlah biarkan mereka merajuk atau bebel sepanjang hari. Pujuk dengan kata-kata manis yang boleh mengubat hati.

Perlu peka dengan setiap perubahan yang berlaku kepada pasangan. Kalau muka pasangan berkerut seribu atau pertanyaan tidak berjawab, cuba selidik apa masalah yang dihadapi. Mungkin anda mengabaikannya atau lebih mementingkan orang lain daripada dirinya.

Oleh Shuhada Mansor
Pasangan suka membebel, luah perasaan

1 Komen:

andi shop berkata...

ANDI SHOP
BURUAN BELANJA DAPATKAN HARGA PROMO HARI NATAL TAHUN BARU
Produk dijamin asli orginal.Barang yang Kami Tawarkan Semuanya Barang ASLI ORGINAL Ada Garansi Resmi Distributor dan Garansi TAM 2 bebas resiko bebas penipuan.Semua Produk Kami Baru dan Msh Tersegel dLm BOX_nya.
BERMINAT HUB-SMS 089-6919-86274 ATAU KLIK WEBSET RESMI KAMI http://andi-shop7.blogspot.com

Ready Stock!
BlackBerry 9380 Orlando - Black.Rp.900.000,-
Ready Stock!
BlackBerry Curve 8520 Gemini.Rp.500.000,-
Ready Stock!
BlackBerry Bold 9780 Onyx 2.Rp.800.000,-
Ready Stock!
Blackberry Curve 9320.Rp.700.000,-
Ready Stock!
Samsung Galaxy Note 10.1.Rp.2,500.000.
Ready Stock!
Samsung Galaxy Tab 2 (7.0).Rp. 1.000.000
Ready Stock!
Samsung Galaxy S III Mini.Rp.1.800.000.
Ready Stock!
Samsung Galaxy Nexus I9250 - Titanium Si.Rp.1.500.000,-
Ready Stock!
Samsung Galaxy Note N7100.Rp.2.500.000.
Ready Stock!
Samsung Galaxy Note N7000 - Pink.Rp.1.700.000.
Ready Stock!
Samsung Galaxy Y S5360 GSM - Pure White.Rp.500.000,-
Ready Stock!
Nokia Lumia 800 - Matt Black.Rp.1.700.000,-
Ready Stock!
Nokia Lumia-710-whiteRp. 900.000,-
Ready Stock!
Nokia C2-06 Touch & Type -Dual GSM-Rp.450.000,-
Ready Stock!
Nokia Lumia 710 - Black.Rp. 900.000,-
Ready Stock!
Apple iPhone 4S 16GB (dari XL) - Black.Rp.1.200.000,-
Ready Stock!
Apple iPhone 4S 16GB (dari Telkomsel).Rp.1.200.000,-
Ready Stock!
Apple iPod Touch 4 Gen 8GB.Rp.700.000.
Ready Stock!
APPLE iPod Nano 8GB - Pink.Rp.500.000,-
Ready Stock!
Acer Aspire 4755G Core i5 2430 Linux Blue.Rp 1.700.000.
Ready Stock!
Acer Aspire One AOD270 10.1.-Rp. 1.000.000,-
Ready Stock!
Acer TravelMate TM8481-2462G32.Rp. 1.400.000
Ready Stock!
Acer ICONIA Tab W500 10.1" Tablets Notebook.Rp. 1.100.000,-
Ready Stock!
Nikon D7000 kit 18-105mm.Rp.1.700.000.
Ready Stock!
Nikon D90 Kit 18-105mm Vr.Rp 1.300.000.
Ready Stock!
Nikon Coolpix L 120 Red.Rp. 900.000
Ready Stock!
Nikon Coolpix P 500 Black.Rp 1.000.000.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.