Panduan elak cemburu - Kesan buruk cemburu dalam hubungan

Share on Tumblr
Panduan elak cemburu

- Berikan perhatian dan kasih sayang kepada pasangan anda supaya mereka tidak rasa dipinggirkan.

- Wujudkan komunikasi dua hala.

- Hubungi pasangan anda menggunakan telefon setiap kali ada masa lapang untuk bertanyakan khabar.

- Elakkan perkara boleh mengundang cemburu dan sakit hati.

- Hidupkan suasana selesa ketika bersama.

- Hargai setiap perkara dilakukan pasangan anda.

- Jangan ragu-ragu terhadap kesetiaan pasangan anda.

- Amalkan sikap saling hormat-menghormati sesama sendiri.

- Beri diri sendiri masa untuk mengatasi sifat cemburu dalam diri.

- Minta maaf - Sentiasa berfikiran positif terhadap diri sendiri dan pasangan.

- Buang atau kurangkan sifat marah.

Kesan buruk dalam hubungan.

Sikap cemburu

- Apabila dikongkong pasangan terlalu cemburu buta, pergerakan sosial seseorang akan terhad dan emosi terganggu serta tidak dapat memberikan fokus.

- Tindakan cemburu boleh menjadikan hubungan hambar berakhir dengan kemurungan dan hilang kepercayaan.

- Kesan cemburu buta boleh membuatkan seseorang itu bertindak di luar jangkaan dan ia bukanlah perkara diimpikan dalam hubungan.

- Apa yang perlu ialah sikap saling mempercayai, telus dan sentiasa yakin dengan perbuatan pasangan.

- Jika di tempat kerja perlu profesional, begitu juga hubungan dalam pasangan yang bercinta perlu tahu had batasan.

Alih kemarahan.

- Kegagalan mengawal perasaan cemburu boleh menjadikan anda ganas, panas baran dan mencederakan diri sendiri.

- Tuduhan atau kemarahan akibat cemburu tak terkawal boleh mendorong mencederakan pasangan termasuk pukul dan lebih teruk membunuh.

- Jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi, anda mampu mengawal kemarahan akibat cemburu.

- Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan.

- Gunakan pemikiran rasional untuk mengalihkan perasaan cemburu buta dan tumpukan pada perbincangan untuk meleraikan masalah dihadapi.

- Doa menghilangkan rasa marah:

"Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkan kepanasan hatiku serta lepas aku dari gangguan syaitan terkutuk".


Panduan elak cemburu - Kesan buruk cemburu dalam hubungan

1 Komen:

Encik Rindu NA berkata...

Walaupun kau telah pergi tinggalkan ku..
Hati ku selalu memikirkan tentang mu🌹

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.