Macam mana nak berkenalan lelaki pemalu

Share on Tumblr
Tips berhadapan lelaki pemalu

Nak berkenalan atau berhubungan dengan lelaki pemalu ini ada kalanya mengundang masalah terutama sekali untuk berkomunikasi. Jadi  bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Buat wanita yang telah terpikat atau punya pasangan lelaki pemalu, ini penyelesaian untuk anda.

1. Wanita perlu memulakan perkenalan
Lebih baik berani meluahkan dari membiarkan si lelaki tidak tahu bahawa selama ini anda menyukainya. Luahkan sebelum dia menjadi milik orang lain. Dalam sesetengah perkara, wanita perlu berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Tidak salah mencuba dari tidak mencuba langsung. Selalunya lelaki pemalu itu akan memberikan maklum balas walaupun ia mungkin mengambil masa.

2. Gunakan cara non-verbal
Pada ketika ini, cara meluahkan perasaan suka dan cinta semakin berubah. Dahulu, meluahkan rasa suka mungkin dengan cara mengutus surat. Sekarang, ia boleh diluahkan menggunakan khidmat pesanan ringkas sama ada melalui laman sosial seperti Facebook, video Youtube. Cara ini semua dipanggil nonverbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila ada wanita membuat cara seperti ini, pasti si lelaki pemalu itu menjadi kagum dengan keberanian anda. Dia akan faham bahawa wanita itu betul-betul menyukai dirinya.

3. Malu biasanya cuma sementara


Lelaki pemalu biasanya menjadi pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila si wanita sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula selesa berbual dengan wanita itu, rasa malunya berkurangan sedikit demi sedikit. Mereka pemalu kerana kurang biasa dengan golongan wanita, gugup dan kurang yakin berdepan dengan anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu ni bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta seorang teman.

4. Bicara topik umum
Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ini berbicara mengenai topik umum. Topik umum biasanya adalah berkenaan cuaca, isu semasa (contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), berkenaan filem-filem terbaru, lagulagu terbaru atau tentang sesebuah hobi. Lelaki pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka menyendiri, biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka buat seperti membaca, melukis, atau menulis blog, melayan Facebook, mengedit gambar, mengarang cerita atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki pemalu ini apa yang selalu dilakukan pada masa lapang. Bila dia sudah galak bercerita, wanita sudah boleh masuk ke topik seterusnya – cinta!

5. Santai wajah, suara
Ajak si lelaki pemalu dengan anda ini santai. Jangan cuba kuasai dia dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dirinya kerana dia pemalu. Sebaliknya bawa dia bercerita dengan cara santai, sepertimana bercerita-cerita dengan rakan-rakan lain. Ketika ini tetapkan bercerita walau mata anda melihat ke arah lain bukan ke arah anak mata si lelaki sepanjang masa. Nada suara perlu disantaikan atau biasa-biasa sahaja. Elakkan menjadi terlalu nyaring dan terlalu perlahan. Anda sebagai wanita perlu banyak main peranan. Jarak diri anda dengan diri si lelaki jangan terlalu jauh dan jangan pula terlalu dekat. Biar dalam jarak selesa, janji dia boleh mendengar suara anda.

~ MW
Macam mana nak berkenalan lelaki pemalu

7 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Sye seorang yg cukup pemalu....klau dngan pompuan msti saya gugup...ada beberapa pompuan yg menaruh minat pada sye...tpi sye buat x tahu ja....wlupon dlm hati teringin jgak nk mengenalinya.....sye x tau cam na nk buang sifat pemalu...tpi sye bersyukur sbab sye seorang yg pemalu....sekurang-kurangnya sye boleh mengelakkan keluar berdua-duaan dngan pompuan

Nor Azimah razeman berkata...

bagus allhamdulilah....insyaAllah saudara akan jmpe org yang baik tp malu pun kena tau batasnye...jgn buang sifat malu sbb malu menunjkkan msih ada iman tp cbe mngawalnyer....klu berkenaan seorg prmpuan jmpe ibubapa nyer 2 bru gentelman...msuk meminang,bertunang....sifat malu mcmnie kita nk ke ada dgn pemuda islam,malu n takut berbuat mksiat pda Allah

Tanpa Nama berkata...

hi sy nk tanye. saya ada minat sorang guy nie, die sangat pemalu.dia takkan berani bercakap dengan saya face to face. If ada orang lain, baru dia mahu memulakan perbualannya dengan saya. Selepas beberapa ketika saya meluahkan isi hati kepada saya. tapi dia terus diam membisu sahaja. Harijadi saya pun dia dah tak wish. Saya pelik, kenapa strangers boleh wish birthday kat saya, tapi dia tak mahu pun wish. Sedangkan kat org lain laju je die wish. Saya perasan, dia berani bergurau senda dengan perempuan kecuali saya (sebelum saya meluahkan perasaan kepadanya)..tolong saya..huhu

Tanpa Nama berkata...

Welcome to Friendzone !

Tanpa Nama berkata...

Bf sy pemalu. First time jumpa dia sy plk y malu ! Hahaa . Time dia ckp . Sy xleh pandang mata dia . Bila sy ckp , dia plk y tunduk . Hahaha. Pemalu ni selalunye nakal sikit . Kdg2 . Hehe . So gudluck in your world full of love ��

Unknown berkata...

saya ada suka seorang lelaki pemalu ni,dan saya dapat tahu dia juga menyukai saya.apa harus saya buat...

Tanpa Nama berkata...

Cuba awak bergurau dgn dia...yg paling penting..PUJI penampilan dia..sbb laki yg pemalu ni diorang tak yakin dgn penampilan sendiri...cuba la saya dh cuba and berkesan..heheh

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.