Kisah Nasihat Tauladan: Kasih Ibu Sepanjang Hayat

Share on Tumblr

Kisah Nasihat: Kasih Ibu Sepanjang Hayat

Di negara Jepun dahulu kala, di zaman kehidupan serba susah pernah ada tradisi membuang orang tua ke hutan.

Mereka yang dibuang adalah ibu bapa atau orang tua yang sudah tidak berdaya, agar tidak membebankan kehidupan anak-anaknya.

Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan disebabkan keadaan fizikal si ibu telah lumpuh dan uzur. Pemuda itu berasakan tidak mampu lagi menjaga ibunya.

Si pemuda lantas bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya.

Si ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha menggapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.

Sampai saja di dalam hutan yang sangat tebal, si anak menurunkan ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana tidak menyangka hatinya tega melakukan perbuatan ini terhadap ibunya sendiri.

Namun si ibu nampak tenang. Dalam senyumnya, dia berkata,

'Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, Ibu selalu menjagamu dengan segenap cintaku. Malah sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah".

Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis teresak-esak dan terus memeluk ibunya. Si anak kembali menggendong ibunya untuk membawa si ibu pulang ke rumah.

Pemuda tersebut akhirnya menjaga ibu yang sangat mengasihinya sampai ibunya meninggal dunia.

Moral:

Ibu bapa bukanlah barang yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya.

Ibu bapa tidak pernah meninggalkan kita, bagaimanapun keadaan kita. Walaupun kita pernah kurang ajar kepada orang tua. Namun ibu bapa kita akan tetap mengasihi kita.

Kasih orang tua tidak pernah padam dan berakhir.

Wahai anak-anak, berbaktilah kepada kedua orang tuamu sementara mereka masih hidup.
Kisah Nasihat Tauladan: Kasih Ibu Sepanjang Hayat

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.