Kisah Motivasi Islamik: Siapa Yang Paling Kuat?

Share on Tumblr
Kisah Motivasi: Siapa Yang Paling Kuat?

Ali KW ditanya oleh para sahabat, "Siapakah yg paling kuat?" Maka jawab Ali, "Batu." Batu sangat keras dan kuat.

Ditanya lagi, "Siapa lagi kuat dari batu?" Jawapannya, "Besi. Besi mampu memotong batu"

Lagi soalan yang sama. Jawapannya api sebab api membakar besi, mencairkan besi dan membentuk besi.

Berikut lagi, siapa lagi kuat?. Jawabnya air sebab air mampu memadamkan api.

Lagi? Angin. Sebab angin mampu membawa air ke mana sahaja. Lihat bagaimana air hujan di bawa angin. Hujan lebat tidak mengapa, tapi jika hujan itu beserta angin, rumah besar pun hancur ranap jadinya.

Ditanya lagi. Manusia lebih kuat dari angin. Sebab manusia mampu mengawal angin. Dengan kecerdikan manusia, angin yg kuat itu dapat diperguna manusia untuk pelbagai manfaat. Dengannya manusia berlayar mengembara beribu batu. Hatta angin dalam diri manusia, kepala angin (marah) pun dapat dikawal kekuatan dan kesabaran manusia.

Lagi. Jawabnya mengantuk lebih kuat dari manusia. Kuat macammana pun manusia tu, badannya sasa pun. Kalau dah mengantuk. Tetap kalah dan tertidur. Lihatlah berapa ramai manusia yg kuat, tapi kemalangan dek kerana terlelap semasa memandu.

Lagi siapa lebih kuat dari mengantuk. Jawabnya runsing. Dengan runsing, manusia tidak dapat tidur. Ada yang berjaga hingga pukul 2-3 pagi. Tidak boleh tidur kerana memikirkan, runsing dgn sesuatu.

Runsing! Siapa lagi kuat? ZIKRULLAH. Mengingati Allah. Kerana dengan zikir, mengingati Allah. Runsing akan hilang. Fikiran jadi tenang. Hati jadi senang.

Ayuh jadilah kita ahli zikrullah

Source: Facebook

Kisah Motivasi Islamik: Siapa Yang Paling Kuat?

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.