Cinta `roller-coaster' (Kekasih asyik bad mood)

Share on Tumblr
Cinta `roller-coaster' (Kekasih asyik bad mood)

Bagaimana pula kalau kita ada kekasih yang `moody'? Sikap negatif ini sudah tentu tidak akan ditunjukkan di awal perkenalan, namun lama-kelamaan ia akan mula terbit atas dasar cemburu, ingin mengongkong dan beberapa alasan lain.

Kalau si gadis yang `moody' rasanya tidaklah masalah besar untuk lelaki mengawalnya kerana mereka memang pakar dalam hal memujuk, memberikan ayat manis ataupun menabur janji bulan dan bintang.

Tapi macam mana pula lelaki yang memiliki `mood' naik turun macam roller coaster?

Pastikan anda kenali jenis `moody' itu. Ada dua jenis sikap `moody' yang boleh anda ketahui daripada kebiasaan pasangan. Pertama, tanpa membicarakan mengenai permasalahannya dengan anda, sifat `moody' si dia pun datang seketika.


Tidak ada angin atau ribut, tiba-tiba `naik hantu' tanpa sebab. Sudah jelas, ia adalah jenis lelaki yang sensitif. Bagi mengatasi kebiasaan buruknya itu, anda harus segera mengambil tindakan seperti memberikan jarak untuk sementara waktu atau cuba mencari punca permasalahan yang dimilikinya itu.

Kemudian cuba untuk menjadi pendengar yang baik dan bukannya menekan lagi si dia untuk terus bercakap dan memberitahu kami masalahnya kerana lelaki jenis sensitif selalunya tidak gemar bercerita masalahnya.

Tapi jangan membuka percakapan dengan mengatakan Sayang, awak nampak bermasalah. Ada apa-apa nak kongsi?" Itu petanda tidak baik kerana dia akan langsung mengatakan tidak dan mengelak untuk perbualan itu dilanjutkan.

Lelaki tidak suka kelihatan seperti punya masalah di depan kekasihnya.

Justeru cubalah mengajukan pertanyaan yang sifatnya lebih `memancing' pasangan untuk bercerita. Contohnya: "Bagaimana kerja awak hari ini? OK tak sayang?" Saat si dia mendengarnya, pasti akan senang hati menjawab dan menceritakan masalahnya pada anda.

Keduanya, mungkin kerana dia memang tengah memiliki banyak masalah dalam pekerjaan ataupun kewangannya.

Penyelesaiannya lebih mudah, cari dulu punca masalah dan mula dengan topik lain namun ia menjurus ke arah masalah yang sedang dialaminya itu. Contohnya jika si dia sebenarnya memendam marah kerana rakan sekerjanya yang cuba ponteng kerja dan dia menjadi mangsa menyiapkan tugasan itu, apa kata anda berpura-pura menceritakan perihal yang sama berlaku di tempat kerja anda ataupun kisah hampir sama ketika zaman belajar dulu.

"Sayang awak tahu yang Siti dah kantoi dengan bos pasal perangai dia yang suka sangat `mengular'. Senang hati saya sebab dia dah tak berani lagi nak lari." Itu ayat pancing terbaik kerana si dia akan perlahanlahan berkongsi masalahnya yang hampir serupa.

Tapi semuanya ada tahap dan tidak mungkin anda akan terus setia dengan sikapnya yang `moody'. Kalau bertempat tak mengapa, tapi kalau setiap kali berjumpa ada saja anginnya tak menentu, anda perlu melakukan sesuatu.

Wajar saja anda memberinya amaran untuk berubah sikap.

"Sayang, kalau awak terus berperangai begini, `moody' tak tentu pasal sampai saya pula jadi mangsa, saya rasa hubungan kita tak ke mana kerana saya sudah tidak tahan."

Insya-Allah, jika si dia punya otak, sensitif dan ikhlas menyayangi kamu, dia akan menunjukkan perubahan. Paling tidak pun berubah perlahan-lahan. Tugas kamu ketika itu adalah menjadi peringatan kepadanya.

Jika dia terlupa, ingatkan dan mudah-mudahan dia akan berubah sepenuhnya.

Sayonara `bad mood'!

Perasaan `moody' memang datang tanpa diduga. Ada saja yang tak kena dan ia berkait rapat dengan permainan emosi dalaman. Tak boleh salah sikit, cepat saja kamu melenting.

Tapi jangan diamkan dan membiarkan diri kita terjerat dengan sikap tidak baik ini. Jangan terlalu suka mengikut perasaan. Mungkin bagi anda ia adalah sesuatu yang normal kerana pertukaran hormon, namun tidak bagi semua orang.

Mereka akan lebih membenci kamu dan meletak persepsi yang anda seorang yang `moody'. Gen Y cuba susunkan cara-cara bagi kita mengatasi masalah `moody' ini agar emosi lebih sempurna untuk berfikir ataupun bertindak. Realitinya, `moody' hanya akan menjerat kepada perkara negatif. Apa kata kita dengar muzik kerana alunan melodi dan bait lirik dengan nyanyian penyanyi itu dapat merehatkan minda sekali gus emosi.

Dengarlah muzik kegemaran anda dan penyanyi pilihan kerana ia memang mampu merawat rasa marah ataupun melupakan jiwa kacau. Dengan mendengar lagu-lagu rancak ia dapat membangkitkan semangat baru dan lebih positif.

Keduanya, apa kata anda melayari YouTube dan menonton kesemua video lucu. Koleksi video kelakar yang menggelikan hati ada lebih sejuta visual di Youtube dan semuanya memang boleh membuatkan anda tergelak.

Dengar memang macam biasa, tapi kalau kamu kerap lakukan tidak mustahil ia dapat mengubah diri kamu sedikit demi sedikit. Lagipun bila kamu kerap ketawa, aura positif mula mengalahkan aura negatif.

Ketiganya, luangkan masa dengan kawan-kawan yang kamu kategorikan pelawak atau badut. Jangan biarkan diri kamu bersendiri ataupun terasa sunyi. Apa kata luangkan masa kosong kamu itu bersama sahabat atau orang-orang yang sering membuatkan kamu tergelak dan dapat lupakan segala masalah.

Keempat, manjakan diri untuk berehat. Manjakan diri bukanlah bermaksud kamu perlu ke spa atau sebagainya untuk merehatkan pemikiran kamu. Tapi cukuplah dengan pejamkan mata sekejap tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan perkara-perkara indah belaka.

Perkara seperti ini dapat membuatkan kamu lebih tenang dan selesa.

Kelima pula, mungkin ramai yang tidak yakin namun ia adalah terapi yang dinasihatkan pakar psikologi antarabangsa bagi menyelesaikan masalah `moody' iaitu dengan menyemburkan pewangi.

Tahukah kamu, pewangi badan juga mampu menaikkan `mood' seseorang. Jadi apa kata pilih pewangi yang berbau segar dan rileks supaya kamu lebih selesa dan tenang dengan bau-bau aroma menyegarkan itu.

Oleh Murshid Eunos
Cinta `roller-coaster' (Kekasih asyik bad mood)

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.