7 ciri orang yang terlalu berkira (kedekut)

Share on Tumblr
 7 ciri orang yang terlalu berkira (kedekut)

Si kedekut akan guna pelbagai helah untuk elak diri daripada mengeluarkan wang. Jika sudah bekerja, mereka sanggup guna kenderaan awam untuk ke tempat kerja daripada menggunakan wang untuk beli kereta baru. Jika ada sekalipun kenderaan sendiri, hanya disimpan di rumah dan dijadikan sebagai hiasan. Guna jika ada urusan penting.

Berbicara berkaitan `belanja' golongan mereka paling bimbang untuk keluarkan duit malah ada saja alasan yang bakal diberikan untuk mengelak. Termasuk juga soal menderma, si kedekut amat payah berbuat begitu.

Di atas sikap buruk itu, menyebabkan dirinya hidup keseorangan dengan kemewahan yang ada kerana tak ada siapa pun yang mahu berkawan.

7 ciri orang yang terlalu berkira

1. Makan bersendiri

Mereka yang dikategorikan kedekut ini akan selalu makan bersendirian dan tak kisah seandainya tak ada teman untuk berbual semasa makan demi mengelak daripada membelanja orang lain.

2. Terus bayar

Selepas memilih makanan akan terus ambil dan membuat bayaran di kaunter agar selamat daripada bayar makanan orang lain. Ada sesetengah tauke kedai makan akan menyuruh kita makan dulu, tapi bagi si kedekut ini cara itu akan undang risiko di mana dia akan diminta untuk bayarkan bagi pihak lain.

3. Makan dengan cepat

Si kedekut akan makan dengan cepat dan minta diri daripada rakan-rakan dengan memberi alasan ada kerja lain yang harus disiapkan atau ingin ke tandas.

4. Pilih makanan murah

Bila makan secara beramai-ramai, kemudian tentu duduk semeja dengan rakan lain. Si kedekut akan pasang strategi di mana hanya akan pilih makanan yang paling murah. Misalnya makan sepotong buah tembikai saja dan berlakon kononnya sudah kenyang. Sedangkan kawan-kawan lain makan dengan pelbagai jenis lauk-pauk. Ketika itu sudah tentu rakan lain mudah bersimpati dengannya dan tak akan minta dia untuk bayarkan makanan mereka.

5. Berpura-pura

Si tangkai jering ini akan buat-buat membalas mesej seseorang dan sibuk dengan telefon bimbitnya terutama bila tauke sedang mengira makanan di meja atau berpura bercakap di telefon hingga ada kawan yang tolong bayarkan lebih awal makanan yang dipesan itu .

6. Kawan suka bayar

Antara taktik yang sering dilakukan juga adalah dengan cara mendiamkan diri. Kemudian mengajak kawan-kawan yang pemurah untuk keluar makan bersama sudah tentu mereka yang akan tolong bayarkan nanti. Selamatkan wang sendiri!

7. Berebut untuk bayar

Dalam situasi ini mereka berlakon keluarkan dompet dari belakang seluar. Tapi entah mengapa dompet itu seolah melekat pula mungkin tebal dan sukar ditarik keluar dari poket seluar. Ketika itu ada kawan yang sudah tolong bayarkan dan si kedekut akan tekan semula dompet itu masuk ke dalam poket seluar.

~ Petikan Metro

Semoga kita yang masih kedekut mula sifat murah hati saat ini. Jom sedekah walau sedikit....
7 ciri orang yang terlalu berkira (kedekut)

3 Komen:

wsc biolo obat pelangsing berkata...

kalau di indonesia namanya PELIT

Tanpa Nama berkata...

Sebahagian point di atas tidak boleh diterima.

Iza Abu Samah berkata...

Artikel diatas betul....rakan rakan sekerja bnuk yg bersikap mcm ni..klu org blnje bukn main berselera mkn..klu nk kuar duit sndiri..mmg tidak lh

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.