5 Tanda Awek Kontrol Ayu Depan Pakwe (hehehe)

Share on Tumblr
5 Tanda Awek Kontrol Ayu Depan Pakwe

1. Bila berjalan bersama-sama, si awek nie berjalan kepit-kepit seperti ala-ala gadis Jepun berpakaian kimono selangkah-langkah lambatnya. Si pakwe dah sepuluh langkah dia baru selangkah.

2. Kalau duduk bertentangan sambil minum di restoran mamak, tangan mesti dok sibok kacau air dengan straw walaupun cuma air kosong.

3. Kalau gelak? Mesti tutup mulut dengan tangan supaya nampak sopan padahal bila dgn kawan-kawan ketawa mengilai-ngilai mengalahkan pontianak atau hantu kak limah!

4. Bila bersembang dengan pakwe di Phone, suara punya la perlahan sampai pakwe cuma mampu ckp “iye?” je sebab tak dengar yang awek dia cakap, cuba kalau dengan kawan-kawan cakap bukan main kuat nak-nak kalau acara mengumpat, jiran kampung sebelah pun boleh dengar.

5. Tengah-tengah dating di shopping complex tetiba tunjuk sifat keibuan kalo ade budak kecik, walhal adik sebaya kat rumah suh jaga pun malas.

Psst! Hehe Pada yang lelaki korang rasa ada tak aweks korang bersifat macam ni? Atau bagi yang perempuan pulak, rasa-rasa korang tergolong dalam senarai ni tak?

Hmmm...banyak kebenarannya tanda-tanda kontrol ayu nie...hehehee
5 Tanda Awek Kontrol Ayu Depan Pakwe (hehehe)

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.