Kewajipan taat kepada ibu bapa

Share on Tumblr
Kewajipan taat kepada ibu bapa

Daripada Ibnu Umar bin al-Khattab RA, katanya: "Aku mempunyai seorang isteri yang sangat aku kasihi, padahal Umar (bapaku) membencinya, lantas dia berkata kepadaku 'ceraikan dia'. Tapi aku enggan menceraikannya. Kemudian Umar pergi bertemu Rasulullah dan menceritakan hal itu kepada baginda. Rasulullah SAW bersabda: "Ceraikan dia." (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Huraian:

* Mematuhi perintah ibu bapa adalah suatu perkara wajib.

* Keengganan mematuhi perintah ibu bapa menyebabkan seorang itu dianggap melanggar perintah Islam.

* Islam mengajar umatnya agar menghormati ibu bapa mereka.

* Ibu bapa berhak melarang anak mereka daripada melakukan perkara dilarang Allah.

Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawa seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah, beritahu aku mengenai amalan yang membolehkan aku masuk syurga." Jawab Rasulullah: "Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan solat, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian:
Keluarga Bahagia

* Menghubungkan silaturahim adalah sebahagian daripada amalan dituntut Islam.

* Hubungan silaturahim adalah satu cara yang membolehkan seseorang masuk syurga.

* Memutuskan hubungan silaturahim menghalang seorang daripada masuk syurga.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Allah berfirman: 'Aku menyediakan untuk hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia." (Riwayat Bukhari)

Huraian:

* Ganjaran syurga amat indah bagi mereka yang berjaya menghadapi segala ujian Allah.

* Syurga sangat istimewa dan tiada tandingan di dunia.

* Orang soleh iaitu rajin beribadah dan melakukan amal kebaikan akan mendapat ganjaran syurga.

Daripada Usamah, daripada Nabi SAW sabdanya: "Aku tidak tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada lelaki yang lebih mencabar melainkan ujian dengan perempuan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian:

* Sewaktu di dunia manusia tidak dapat lari daripada ujian Allah dan seberat-berat ujian ialah wanita kerana kerap kali berlaku kecenderungan kepada wanita menyebabkan lelaki melakukan perbuatan menyalahi syarak.

* Islam mengingatkan lelaki agar mengawasi diri daripada godaan wanita.

* Wanita mempunyai daya penarik kepada kaum lelaki.

Abu Umamah pernah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Tiga golongan manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil." (Riwayat Muslim)

Huraian:

* Maruah dan nama baik adalah sesuatu yang amat penting bagi semua orang. Islam menegah perbuatan menghina dan memperlekehkan orang lain kerana menjatuhkan maruah individu terbabit.

* Tiga golongan disebutkan di dalam hadis di atas adalah mereka yang sebenarnya mempunyai nilai di sisi masyarakat dan harus dihormati.

* Orang tua sememangnya mempunyai banyak pengalaman dan boleh dijadikan panduan oleh orang muda. Orang berilmu adalah aset yang memberi manfaat untuk kebaikan dan kemajuan ummah, seperti juga kedudukannya dengan imam yang adil semestinya menjadi pengikat kepada keharmonian dan keamanan masyarakat seluruhnya.
Kewajipan taat kepada ibu bapa

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.