Jadilah Wanita Berdikari

Share on Tumblr
Jadilah Wanita Berdikari

Kita tidak lagi dijajah dan telah sekian lama memerdekakan diri. Diri kita juga tidak lagi dijajah kerana wanita kini dipandang tinggi dan setanding dengan lelaki. Apa sahaja dunia dimonopoli lelaki, wanita juga mampu mencapainya. Menjadi wanita berdikari, tidak terlalu bergantung pada lelaki mampu adalah amalan sihat dalam hubungan.

Saya nasihatkan wanita bijak berdikari dan tidak menyusahkan lelaki. Namun jangan pula jadi hamba lelaki, buruk padahnya. Kiranya mahu tunjuk berdikari biar berpada-pada. Jangan pula sampai lelaki mengabaikan tanggungjawab mereka. Manjakan lelaki biarlah bertempat.

Berikut ada beberapa panduan buat wanita yang memilih jalan hidup berdikari. Saya harap wanita jadikan panduan ini sebagai garisan hidup. Sudah-sudah menjadi hamba lelaki, wanita perlu melangkah ke hadapan. Bukan meninggalkan lelaki di belakang tetapi untuk berjalan seiringan dan kekal menghormati hak-hak lelaki sebagai ketua keluarga.

1. Memandu sendiri ke tempat mahu dituju. Tidak lagi bergantung dengan lelaki untuk ke mana-mana. Seorang teman saya tidak akan benarkan teman lelakinya menjemput di rumah. Alasannya tak mahu menyusahkan, lantas dia sendiri akan ke destinasi temu janji mereka. Namun sesekali biarlah kita menyusahkan lelaki.

2. Wanita pasti bahagia jikalau lelaki menaburkan wang ringgit pada mereka. Namun tidak pula mahu dikatakan pisau cukur. Kebanyakan kita bekerja dan memiliki wang saku sendiri. Setakat perbelanjaan harian itu selagi boleh ditampung janganlah meminta-minta. Melainkan sang kekasih ikhlas menghulurkan belanja. Bagi wanita bersuami pula, jangan meminta lebih. Terima sahaja nafkah setakat mampu dibiayai suami. Sekali lagi, jangan meminta-minta lebih.


3. Bagi wanita tidak bekerja tetap, banyak alternatif lain untuk mendapatkan sumber kewangan. Berniaga secara online juga mampu menjana kewangan. Menulis blog juga kini mampu mendatangkan wang. Zaman teknologi kini memungkinkan segala-galanya. Wanita kini tidak perlu bergayut lagi di kaki lelaki.

4. Lelaki era kini kurang senang jikalau teman wanitanya lemah. Silap jikalau ada wanita mengandaikan lelaki mahu wanita lemah kerana ingin merasakan diri mereka berkuasa, pintar dan kuat. Lelaki terbaik adalah menerima seadanya wanita. Memiliki teman wanita berdikari lebih mudah bagi mereka. Malah menjadikan wanita sebagai inspirasi mereka.

5. Ada lelaki mungkin bimbang sekiranya wanita lebih besar gaji atau pendapatan daripada mereka. Namun, ramai lelaki tidak kisah langsung wanita lebih tinggi darjatnya daripada mereka. Lelaki semakin bijak mencari wanita yang telah stabil. Tidaklah perlu mereka bersusah-susah membina keluarga sendirian. Namun, harus berpada-pada agar lelaki tidak pula mengambil kesempatan di atas kemewahan kamu.

6. Tentukan jalan hidup kamu sendiri tanpa dihambat kuasa lelaki. Kamu tidak perlu menukar diri hanya kerana teman lelaki tidak suka kamu memakai denim. Padahal memakai seluar paling selesa buat kamu. Fesyen pilihan kamu adalah hak pilihan sendiri, bukan ditentukan oleh orang lain.

7. Kurang merengek dan manja berlebihan adalah alasan mengapa lelaki lebih suka memilih wanita berdikari. Mereka mahukan wanita manja biar bertempat. Tidak pun lelaki mahu dimanjakan sebab itu mereka memilih wanita berdikari yang boleh memanjakan mereka.

8. Akhir sekali wanita perlu meneruskan pelajaran. Jadilah wanita terpelajar. Tidak mengapa kalaupun pilihan hidup sekadar menjadi suri rumah, sijil itu penting untuk jaminan hidup. Bukan hendak diminta perkara buruk terjadi tetapi seandainya ditinggalkan lelaki sekurang-kurangnya kamu punya ijazah yang mampu digunakan jikalau terdesak.

Oleh Marini Mat Zain
Sumber: Gua (Seroja)
Jadilah Wanita Berdikari

1 Komen:

nazla md sin berkata...

wanita mesti ada pengetahuan yg luas terutama nya dalam pendidikan supaya tidak dtindas

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.