Kekasih tunangan orang

Share on Tumblr
Kekasih tunangan orang

Saya rasakan masalah yang saya tanggung ini sangat berat dan sarat dengan derita. Saya sudah lama berkawan dengan kekasih.

Perhubungan kami berlangsung selama empat tahun dan dalam tempoh itu, sudah banyak kenangan pahit manis kami rasai termasuk terlanjur.

Saya sangat sayangkan kekasih dan mahu dia bertanggungjawab atas apa yang sudah kami lakukan.

Malangnya, percintaan kami menerima ujian dan tamparan hebat kerana beberapa bulan lalu, kami dipaksa memutuskan perhubungan.

Bukan kerana saya atau kekasih curang tapi dia dipaksa menerima pinangan orang lain atas desakan keluarganya.

Saya sangat kecewa kerana kami saling menyayangi. Walaupun dia kini sudah menjadi tunangan orang, kami masih tetap berjumpa dan berharap masih ada jodoh.

Saya takut jika kami tidak dapat mengawal diri dan seterusnya mengambil tindakan luar dugaan.

Apa yang harus saya lakukan. Berikanlah pendapat.

Cinta sejati

JAWAPAN

CINTA adalah keabadian dan kenangan terindah pernah dialami. Betapa pilunya perasaan adik kerana cinta itu adalah apa yang dingin.

Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar, tetapi tertangkap di dalamnya".

Cinta sememangnya memerlukan pengorbanan yang tinggi. Jika adik memang serius untuk menjadikan kekasih sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak adik kelak, ambillah tindakan berani untuk berterus terang dengan keluarga kekasih.

Jelaskan pada mereka mengenai perhubungan adik berdua terutama mengenai keterlanjuran yang sudah berlaku agar keluarga kekasih faham apa yang sudah berlaku. Terangkan juga mengenai keinginan adik untuk bertanggungjawab dan bertaubat.

Walaupun cara ini boleh mengundang pelbagai kemungkinan termasuk kemarahan keluarga kekasih, ia masih boleh dijadikan ruang untuk mereka tahu kebenarannya. Mungkin mereka boleh menimbangkan hasrat adik dan memilih calon lelaki siapa yang terbaik untuk dijadikan suami kepada anak mereka.

Cinta itu manis dan pahit. Jika pahit yang diterima, ia tetap kesan cinta. Selepas adik berbincang dengan keluarga kekasih dan masih tidak diterima, anggaplah bahawa mereka mempunyai sebab untuk menjodohkan anaknya dengan orang lain. Soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.

Jika jodoh tiada di antara adik dengan kekasih, terimalah hakikat dan doakan kesejahteraan kehidupannya. Jadikanlah kata cinta ini sebagai kekuatan iaitu `cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata: "Aku turut bahagia untukmu".'

Oleh Prof Madya Datin Dr Sapora Sipon
Kekasih tunangan orang

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

jadikan pengajaran dengan apa yang jadi..seandainya anda ingin memiliki c kekasih..berdoalah..tawakal la..Allah Maha Mengetahui apa yang terjadi..pasti ada hikmahnya..mmg mudah bagi yang mengungkapkan tp percaya la..kita menghadapi jln yang sma..yang hnya mmpu sya ungkap jgn pentingkan diri sendiri..fikirkan kbaikan smua pihak..dan andainya halangan menimpa fikirkannya sebelum bertindak..Allah Maha Besar..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.