Cinta berbeza usia

Share on Tumblr
Cinta berbeza usia

Cinta tidak mengenal usia. Ramai yang berbahagia walaupun pasangan jauh lebih tua atau muda dari dirinya. Yang penting, ikhlas, jujur dan setia dalam bercinta.

Langkah mengekalkan kebahagiaan.

1 Sedar, faham dan berusaha menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.

2 Jalankan tanggungjawab.

3 Sedar kedudukan dalam keluarga dan mainkan peranan masing-masing walaupun usia anda lebih muda.

4 Simpan kemas dalam minda, pasangan anda adalah isteri atau suami anda, bukan adik atau abang atau kakak atau anak.

5 Layan pasangan anda selayaknya dan kongsi suka, duka, masalah,

6 Terima kelebihan dan kelemahan pasangan.

7 Jangan bandingkan diri anda, sebaliknya usaha mencari keserasian dalam minat yang berbeza.

8 Jangan jadikan umur sebagai alasan walau dalam apa juga perkara.



Perkahwinan selebriti Malaysia yang berbeza usia

- Bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon, Abby Abadi dipertemukan jodoh dengan lelaki lebih muda daripadanya. Ternyata lelaki muda tetap jadi pilihan Abby selepas percintaannya dengan Zul Ariffin putus, dua tahun lalu. Perkahwinan Abby memang mengejutkan, dalam laman sosialnya Abby memberitahu "kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal dan ALLAH tunjukkan jalan ke sini. Syukur"

- Tahun lalu, bekas anggota kumpulan Elite, Noor Azzarima Zawari atau Azza , 36, bernikah dengan pasangannya berusia 26 tahun.

- Pemenang program realiti Gadis Melayu Musim Kedua, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 24, memilih Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, 53. Status Zainal sebagai duda beranak empat selepas kematian isteri dua tahun lalu, tidak menghalang Syafiqa untuk menerima lelaki itu.

- Meskipun pada mulanya menafikan desus-desus percintaannya, pelakon gebu, Zizie Ezette, 33, pernah mengejutkan dunia hiburan apabila dia disahkan mengadakan majlis pernikahan dengan pasangannya, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

- Beza 15 tahun antara Ratu Rock Negara, Ella, dan suaminya Azhar Husaini Ghazali, 31, tidak menyekat niat juruterbang Firefly itu melamarnya, 7 Julai lalu.

- Berita perkahwinan dramatis, Rosnah Mat Aris, empat tahun lalu, agak menggemparkan apabila pelakon drama bersiri Rumah Kedai itu memilih jejaka yang 26 tahun lebih muda daripadanya. Tajul Effendie Isa menikahi Rosnah pada usia 28 tahun, ketika itu Rosnah berusia 54 tahun. Bagaimanapun Rosnah merahsiakan pernikahannya. Ketika ditanya media, dia berdalih dengan mengatakan majlis yang berlangsung adalah pernikahan anaknya.
Cinta berbeza usia

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

cinta xkira usia2 mcm mne erkk....

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.