Awas jerat cinta maya - Ingatan buat pencari cinta

Share on Tumblr
Ingatan buat pencari cinta

Tanpa pengguna sedari, banyak pihak `menangguk di air keruh' dengan kecanggihan teknologi tanpa sempadan.

Mereka memakai `topeng' laman jodoh untuk mengambil kesempatan termasuk mengaut wang bagi memerangkap pencari cinta melalui internet.

Khusus buat insan yang sedang atau gemar mencari jodoh menerusi laman internet termasuk sesawang cari jodoh dan jaringan sosial Facebook Kaspersky menitip beberapa pesanan .

Kaspersky mendedahkan antara kejahatan itu digelar `jerat cinta maya' atau honey traps virtual. Ia adalah sejenis perangkap yang bekerja dengan cara memanipulasikan keinginan naluri manusia untuk bertemu dengan pasangan yang diimpikan.

Taktik kegiatan dilakukan menggunakan nama pencari jodoh popular-popular termasuk match.com,badoo.com, mamba.ru.

Lazimnya ia akan mengirimkan e-mel `notifikasi' atau `pemberitahuan' dari laman berkenaan, tetapi `dilengkapi' dengan pautan (`link') berbahaya di dalamnya. Sekiranya pautan berkenaan di klik, komputer pengguna akan secara langsung diserang `program jahat', sedangkan sebelum ia `menjanjikan' pengguna dengan gambar pasangan idaman.

Kaspersky turut melaporkan bukan hanya e-mel biasa digunakan bagi tujuan jerat cinta, sebaliknya dalam beberapa situasi, penipuan turut berlaku secara terangterangan iaitu dengan mengajak individu membuka akaun di laman cari jodoh dengan bayaran tertentu.

Ada penipuan yang turut membabitkan pembayaran. Antaranya pembayaran ketika membuat pendaftaran atau membalas kiriman pesanan ringkas (SMS). Kos membalas kiriman SMS dicaj antara 90 sen hingga RM36. Bagaimanapun, apabila wang berkenaan dimasukkan, tidak ada pula pautan disediakan untuk memastikan ia sudah diterima atau sebaliknya.

Antara bentuk penipuan kreatif junk mail atau e-mel sampah popular ialah Nigerian Spam. Menerusi kiriman e-mel berbau cinta dan romantis, ia menyasarkan mangsa untuk mendaftar di suatu laman dan melakukan janji temu juga di internet.

`Jodoh' yang bertanggungjawab menjawab segala kiriman selalunya tinggal di negara Afrika, tetapi memiliki kekayaan untuk diserahkan kepada mangsa.

Bagaimanapun, sebelum harta berkenaan dipindahkan ke atas nama mangsa, mangsa terlebih dulu perlu membayar khidmat perundangan tertentu kepada `jodoh' mangsa.

Taktik ini bagaimanapun, memerlukan `kerja lebih lama' kerana bukan semua orang pada pemikiran waras, mudah percaya dan sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapat harta berkenaan.

Kiriman e-mel sulung kepada mangsa, dilakukan oleh robot. Apabila mangsa memberikan reaksi, atau menjawab e-mel berkenaan, mangsa terus mengambil kesempatan dengan merayu calon korban. Proses `perkenalan' boleh berlangsung lama dan di sini pendekatan individu dan pemahaman mengenai psikologi sangatlah mustahak.


Berhati-hati

Sementara itu, Penganalisa Kanan Kaspersky, Tatyana Kulikova, berkata internet sememangnya menyediakan peluang terbuka untuk berkomunikasi, tetapi bukan lokasi selamat dalam mencari cinta.

Waspada

1. Jangan masuk ke laman cari jodoh yang meragukan atau tidak terkenal, terutama yang terpapar iklan spam.

2. Jangan buka kiriman e-mel daripada pengirim tidak dikenali.

3. Jangan membalas e-mel yang mencurigakan
Awas jerat cinta maya - Ingatan buat pencari cinta

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.