Mutiara Kata - Kata-Kata Motivasi

Share on Tumblr
Mutiara Kata - Kata-Kata Motivasi

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma

Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Nikmat itu seperti binatang yang tidak diikat, dia akan lari bila tidak diikat. Maka, ikatlah dia dengan bersyukur

Manusia yang berjaya adalah manusia yang pernah gagal, Manusia yang gagal adalah manusia yang pernah berjaya.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan kamu akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan kamu akan mencapai yang tertinggi


Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada

Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.

Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa padaNYA.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah

Jangan takut kehilangan CINTA kerana AGAMA  tetapi takutlah kehilangan AGAMA kerana CINTA

Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.

Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

Mencari ketenangan itu mudah, berserahlah kepadaNya, kerana ketenangan hakiki adalah daripadaNya.
Mutiara Kata - Kata-Kata Motivasi

1 Komen:

Gus Imin berkata...

Cinta memang kuat bs mengalahkn sgalanya.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.