Sikap Perempuan Yang Tak Disukai Lelaki

Share on Tumblr
Lelaki banyak bersabar dengan karenah perempuan. Begitu juga perempuan pun banyak bersabar dengan karenah lelaki. Di sini disenaraikan beberapa sikap perempuan yang tidak disukai lelaki.



Sikap leceh perempuan yang tak disukai jejaka

Bukan hanya wanita yang tak menyenangi jenis lelaki tertentu tapi lelaki juga boleh menjauhi wanita yang punya ciri-ciri mereka tak suka. Ini sedikit sebanyak seperti yang disenaraikan Times of India.

Gila diet

Wanita jenis ini tidak akan tenang setiap kali ingin makan sesuatu. Dia selalu mengeluh soal berat badan, menolak semua makanan kerana kadar kalori di dalam badan. Mulut tak henti-henti cakap pasal diet. Sebenarnya menjalani diet dan memilih makanan yang sihat adalah hal wajar, namun jangan berlebihan. Jangan sebab obses dengan diet jadi penyebab kenapa lelaki menjauhkan diri dari anda.

Suka bercakap buruk

Tidak hanya cerewet, wanita jenis ini suka bergosip dan menjelek-jelekkan orang lain. Tidak hanya itu, wanita ini juga suka mengeluh. Haiz, siapalah yang mahu dekat-dekat dengan wanita seperti ini. Lelaki pasti akan segera menjauhinya.

Tidak suka mertua

Semua orang setuju bahawa hanya yang beruntung saja yang mendapatkan mertua idaman. Jika Anda termasuk yang tidak beruntung, itu adalah hal yang wajar. Ada banyak orang yang merasa tidak sesuai dengan mertua mereka. Namun ini bukan bererti anda boleh berkata buruk atau menjelek-jelekkan mertua. Bagaimanapun mereka adalah orang tua pasangan anda. Jika Anda tidak boleh berbicara dengan baik pada mereka, sebaiknya diam saja.

Gila kerja

Lelaki tidak suka dengan wanita yang terlalu banyak bekerja. Terutama jika mereka selalu membicarakan pekerjaan setiap kali keluar. Lelaki tidak ingin tahu apa yang anda kerjakan di pejabat, mereka ingin tahu apa kesukaan anda, cara pandangan anda terhadap kehidupan, mengenai dirinya. Jika anda tidak mempunyai waktu untuk mengurus kehidupan kerana sibuk dengan pekerjaan, bagaimana anda boleh mempunyai waktu untuk lelaki?

Tukang menasihati

Ada beberapa wanita yang merasa mereka ahli nujum dalam menasihati orang lain. Mereka merasa bahawa orang lain akan menjadi baik dengan semua petunjuk mereka. Pasti wanita jenis ini akan cerewet mengenai apa yang harus dilakukan oleh pasangan. Tentu saja lelaki akan segera menjauhi wanita seperti ini. Pasti tidak ada lelaki yang suka berpasangan dengan wanita seperti kerana sikapnya yang kuat membebel.

Jika anda tak ingin dijauhi lelaki, sebaiknya kurangkan sifat-sifat seperti di atas.
Sikap Perempuan Yang Tak Disukai Lelaki

5 Komen:

Johnson JG berkata...

n wanita yg slalu ingin d'pujuk.

Tanpa Nama berkata...

hahaha..ea ka...smua prmpn ka gtu..??!!! abis la..huhuhu...

www.lelaki.my berkata...

Tidak sukar dalam konteks ini, lelaki hanya akan menghampiri dengan wanita yang disukainya secara spontan dan lelaki jarang untuk mengadu pelbagai hal melainkan hal yang penting.

nur faraharil berkata...

kadang kala kita TERkasar bahasa sehinggakan lelaki menabur fitnah terhadap perempuan itu tak kisah la siapa pun hati wanita tetap lembut

Tanpa Nama berkata...

hmmm perempuan ni allah cipta lain lain sikapnya tapi ade yang sama...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.