Tip Psikologi: Membahagiakan diri sendiri

Share on Tumblr
Berikut panduan daripada beberapa pakar psikologi perhubungan dari seluruh dunia mengenai cara membahagiakan diri sendiri yang boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana jua.

Tanya diri sendiri: Siapa saya?

Bunyinya mudah tapi sebenarnya sukar untuk dijawab. Ia soalan yang terus ke akar umbi nilai dalam hidup anda seperti kepercayaan, keraguan, rasa realiti dan juga persepsi luaran yang dikenakan ke atas anda oleh orang lain - sama ada benar atau tidak.

Apabila bertanya diri sendiri soalan ini, cuba langkah berikut:

* Senaraikan sifat, bakat, kemahiran dan pemikiran yang anda rasa mempengaruhi hidup anda hingga menjadi insan hari ini.

* Pastikan anda mempunyai jumlah munasabah bagi panel keburukan dan kebaikan diri. Setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan ciri baik dan lapan yang kurang wajar.

* Jangan paksa diri sendiri untuk menyenaraikannya dalam masa singkat. Ambil masa anda, mungkin sehari mahupun seminggu, untuk mendalami semula soalan serta nilai diri itu.

Selesai menyempurkan soalan ini, anda akan lihat pola atau tabiat diri yang kemudiannya harus diperbaiki (jika banyak negatif) bagi memberi ketenangan pada mental dan fizikal.

Cuba dapatkan bantuan teman rapat atau ahli keluarga.

Kebahagiaan

Hidup kita tidak selalunya sendirian dan kebanyakan masa menuntut kita berdepan dengan individu lain bagi melicinkan aktiviti harian.

Rajinlah bertemu teman rapat atau ahli keluarga di tempat kegemaran seperti kedai kopi atau salun merias kuku. Luahkan apa jua yang anda rasa dan berkongsilah pendapat atau nasihat mereka.

Kebanyakan kes tekanan perasaan berpunca daripada kelaziman memendam perasaan lalu membuatkan seseorang mula hilang pertimbangan diri.

Apabila kita sering diingatkan bahawa dunia ini lebih besar daripada gelembung masalah kita, sekurang-kurangnya ia meningkatkan lagi motivasi diri, sekali gus memberi inspirasi untuk meneruskan hidup dengan lebih gembira.

Gosokkan cuping telinga.

Refleksologi telinga iaitu amalan merangsang titik tekanan pada telinga yang dipercayai memberi kesan pemulihan pada bahagian badan (kaki, pundi kencing malah trakea), juga boleh membantu mengurangkan emosi negatif (penolakan, kasihan pada diri sendiri atau rasa seakan menanggung bebanan berat).

Untuk mengatasi kemurungan atau perasaan sedih, cuba urut lembut cuping khususnya pada bahagian luar telinga.

Katakan pada diri bahawa anda adalah yang terbaik. Setiap masa! Ya, tiada yang terbaik selain diri kita.

Berusaha daripada mengadili orang lain.

Pakar motivasi Amerika Syarikat, Dr Wayne Dyer pernah mengatakan apabila anda menilai kehidupan orang lain, anda bukanlah mentakrifkan diri mereka tapi diri sendiri.

Suara kritikal dalam diri anda memang akan menjurus kepada kisah kehidupan orang lain. Cuba latih diri sendiri dengan menilai diri sendiri. Pasti sakit hati, bukan?

Jika anda tidak melatih suara kritikal itu dan membiarkannya saja, lambat-laun ia akan hilang, sekali gus menjadikan anda individu yang lebih bahagia.

Bergaya dengan busana penuh manik.


Ia penggalak mood atau semangat yang menggembirakan. Jika bimbang terlalu menonjol, cuba gayakan kasut manik, beg tangan manik atau pakaian dalam bermanik sebagai perangsang keyakinan diri.

Dengar dan nikmati genre muzik berlainan dan menarilah tanpa mengikut tempo.

Bollywood? K-Pop? Rap? Hip-hop? Apa saja yang berbeza daripada genre muzik yang anda dengar sebelum ini.

Jangan bimbang tersilap ritma, hanya menari dan menyanyi mengikut apa yang anda rasakan ketika itu.

Bersihkan almari.

Selain membuang barangan lama yang tidak boleh digunakan, membersihkan almari dikatakan satu langkah terapeutik yang membantu menenangkan mental.

Anda bukan saja membersihkannya bagi memberi ruang untuk benda baru dalam hidup malah ia seakan-akan metafora kepada persediaan untuk memberi peluang diri menerima perkara baru yang lebih baik.

Cuba hidup sehari dalam seminggu tanpa alatan elektronik.

Konsepnya memang menggerunkan bagi mereka yang terbiasa dengan telefon pintar dan tablet setiap minit.

Tapi percayalah ia boleh dilakukan dan penulis sendiri berjaya melaksanakannya selama 24 jam. Teknologi ini sememangnya alat penghubung paling efektif tapi ia juga sebenarnya membuatkan kita terlupa seketika mengenai masalah yang melanda diri kerana membuatkan minda sibuk dengan apa yang dihidangkan oleh teknologi ini.

Sejam pertama memang sukar tapi lama-kelamaan kita mula rasa lebih selesa menjalani kehidupan dan lebih banyak yang dapat dilakukan tanpa gangguan teknologi.

Justeru apabila banyak perkara dapat dicapai dalam sehari, mental kita secara automatik lebih gembira dan bersedia untuk menempuh hari berikutnya.

Dekatkan diri pada Pencipta.

Apabila kita mula mendekatkan diri dengan agama, secara tidak langsung ia memberi satu sokongan keyakinan dalam diri bahawa Tuhan sentiasa bersama kita.

Kita juga akan rasa lebih tenang, rendah diri dan penyayang. Ia membantu kita memupuk minda yang lebih baik setiap hari dan secara semula jadi sayang pada diri sendiri sepanjang proses itu.

Mula belajar melihat segalanya dalam keindahan.

Apabila kita melihat sesuatu pada perspektif berbeza - yang buruk menjadi cantik - kita sebenarnya melihat pada kecantikan diri sendiri.

Justeru, nikmati keindahan di sekeliling yang selama ini dipandang remeh. Bunga mawar hampir layu, kucing comot yang manja mahupun teman rapat yang sering pelupa.

Jangan terpedaya dengan kecantikan biasa kerana setiap yang buruk pasti ada cantiknya.

Berhijrah ke Norway! Mungkin mustahil bagi kita yang mempunyai pekerjaan selesa di negara ini tapi tidak salah melawat negara monarki Scandinavia itu jika berpeluang melakukannya.

Norway dinobatkan sebagai `Negara Paling Gembira Di Dunia' berdasarkan kajian Institut Kemakmuran Legatum yang membabitkan 142 negara dengan 96 peratus populasi global.

Mengapa Norway? Mungkin kerana 95 peratus penduduknya berpuas hati dengan kebebasan peribadi manakala 74 peratus mengatakan kebanyakan penduduk Norway boleh dipercayai.

Keindahan alam semula jadinya juga menyumbang kepada senarai ini antaranya fenomena Northern Lights iaitu hasil zarah bercas elektrik solar yang bergerak pada kelajuan sangat tinggi ke atmosfera atas bumi lalu menyebabkan gas lengai menghasilkan sinaran warna hijau, merah atau keunguan.


Tip Psikologi: Membahagiakan diri sendiri

1 Komen:

Ulrika Charles berkata...

Suami saya Johnson membuang saya untuk wanita lain untuk pes 3 tahun ,. Rakan saya Jennifer Oscar memperkenalkan saya kepada kastam Voodoo Love Spell, saya tidak pernah melakukan spell cinta sebelum ini dalam hidup saya.
Pada mulanya saya tidak pernah percaya DR Oduduwa akan dapat membantu saya memenangi kembali HUSBAND EX saya dari wanita ini tetapi kerana saya masih sayang dia dan saya mahu suami saya kembali dalam hidup saya .. saya mencobanya, saya patuh dan ikut DR Arahan ODUDUWA dan saya mengejutkan bahawa selepas 3 Hari mencurahkan Cinta-mantra dan kerja-kerja Incantations dengan gambar suami saya dan nama-nama yang diberikan kepada DR ODUDUWA, Makan siang adalah ejaan cinta ke udara bagi pihak saya pada jam 12.00 tengah hari. . Keesokan harinya saya berjumpa dengan panggilan yang tidak dijawab di telefon saya, beberapa munites kemudian saya EX HUSBAND memanggil saya di telefon meminta saya untuk memaafkan dan melupakan semua yang dia telah melakukan salah untuk menyakiti saya, Suami saya bercakap dengan saya dengan baik dan dia menyesal. sekarang diri saya dan suami saya kembali bersama-sama dan kami sangat gembira dengan kehidupan baru kami sebagai keluarga ... terima kasih kepada DR ODUDUWA untuk kerja yang hebat yang telah dilakukannya untuk saya .. saya berjanji kepada Oduduwa untuk membagikan kerja baiknya Kesaksian kepada dunia selepas ia berfungsi dan benar-benar karya Love-Eja untuk kebaikan saya.
Apabila anda memerlukan bantuan sedemikian dan anda mempunyai sesiapa sahaja yang anda kenali atau saudara-mara yang ada di sana yang mengalami sebarang krisis hubungan hari ini, sila memaklumkan kepada mereka untuk menghubungi ODUDUWA melalui e-mel: dr.oduduwaspellcaster@gmail.com
Cara Bawa Balik cinta anda, jika anda mempunyai kes seperti berikut ...
SPELLS PERKAHWINAN, PELAJAR SPELLS, SPELLS KASUS MAHKAMAH, LOVE SPELLS
Adakah kekasihmu mengambil masa yang lama untuk memutuskan?
Adakah kekasih anda menipu anda?
Adakah kekasih anda masih bercakap dengan bekas?
Adakah kekasih anda mempunyai pengaruh buruk?
Adakah saudara-saudara kekasih anda berubah fikirannya?
Adakah kekasih anda menghindari anda apabila anda memerlukannya?
Eja Menang Lotto
Eja untuk memenangi Kupon
Eja Berhenti Perceraian.
Eja mencari cinta sejati.
ejaan untuk menyelamatkan perkahwinan anda daripada wanita lain.
Makan siang untuk mendapatkan Rick, kemasyhuran dan kekayaan.
Ejaan ritual
Jatuh balas dendam untuk mengembalikan wang anda yang hilang dari penghutang.
Eja untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.
Oduduwa E-mel: dr.oduduwaspellcaster@gmail.com
Tel: +13019658857

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.