Petua Tip Membina Keyakinan Diri

Share on Tumblr
Yakinkan Diri ANDA

Tidak semua orang dilahirkan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Namun, tahukah anda sebenarnya keyakinan boleh dibina dan digilap? Apa caranya?

1. Kenal pasti keistimewaan diri

Cuba peka dengan kemahiran yang kamu ada, kemudian katakan pada diri sendiri. Contohnya seperti aku memang minat dan pandai memasak, jadi apa saja berkaitan dengan dapur, aku tahu. Jika kamu kerap melakukan seperti ini, lama kelamaan kamu mempunyai satu keberanian dan keyakinan terhadap diri kamu sendiri.

2. Pasang azam untuk kejayaan

Mula pasang azam untuk sesuatu kejayaan kerana keyakinan diri juga boleh dijana daripada sesuatu kejayaan selain memotivasikan diri.

3. Buat sesuatu yang kamu suka dan selesa

Bila kamu lakukan sesuatu atas dasar suka dan ikhlas, pasti kamu tidak akan teragak-agak dan secara tidak langsung pasti keyakinan itu akan muncul!



4. Sebut perkara positif

Elakkan daripada berkata sesuatu yang negatif atau mampu menjatuhkan emosi kamu. Cuba yakinkan diri dengan perkara yang positif seperti Aku tahu aku mesti boleh buat!

5. Percaya pada diri sendiri

Pokok pangkalnya, walaupun kamu senaraikan 10 kebaikan dan kelebihan yang kamu ada tetapi jika kamu tidak mempercayai diri kamu sendiri tiada gunanya. Oleh itu, belajar mempercayai diri sendiri dan kemampuan yang kamu ada.
Petua Tip Membina Keyakinan Diri

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.