Diabaikan teman lelaki /kekasih

Share on Tumblr
Kawan @ awek terabai

Para gadis sekalian, pernahkah satu ketika anda terasa seperti diri diabaikan teman lelaki sendiri? Rasanya semua wanita pernah mengalami situasi ini. Persoalannya, kenapa si jejaka berkelakuan sebegini hingga ada di antara mereka sanggup mengenepikan teman wanita dalam banyak hal?

Isu ini menjurus kepada konflik hubungan antara kekasih. Jika difikirkan logik, tiada beza antara rakan dan teman wanita kerana status hubungan masih di peringkat sama. Lain kisahnya jika membabitkan pasangan berkahwin. Tetapi apa fungsinya `awek' sekiranya melebihkan geng lepak seharian.

Dalam hal ini, bukan isu gay yang mahu dibincangkan tetapi alasan dan sebab mengapa si jejaka yang sudah mempunyai awek memilih untuk mementingkan kawan daripada teman wanita sendiri?




SIKAP SAMBIL LEWA

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya. Tetapi jika sesuatu hal bersangkut-paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dulu sebelum menjaga hati orang lain terutama jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

Difahamkan, dilema terabai dan diabaikan selalunya berlaku apabila hubungan cinta sudah berlanjutan lama hingga bertahuntahun. Si jejaka akan rasa selesa dan yakin teman wanita tidak akan lari ke mana, lalu dia bersikap endah tak endah dan kurang beri perhatian. Akhirnya berlakulah isu pentingkan rakan daripada awek sendiri.

TAK SEMUA LELAKI SAMA

Bukan semua lelaki abaikan teman wanita. Ia bergantung kepada sikap individu itu sendiri cara menangani rasa bosan dalam hubungan kerana ramai berpendapat, keadaan ini berlaku kerana timbulnya rasa jemu. Tapi ada juga sebilangan yang kekal romantik dan mengagungkan teman wanita hinggakan selepas berumah tangga.

Lazimnya, hubungan antara kekasih akan berjalan lancar dan bahagia pada peringkat awal percintaan. Ketika inilah si jejaka akan memberikan masa sepenuhnya kepada awek tersayang. Seronok `berdating', bertemu setiap hari, tak sanggup berenggang ataupun paling tidak akan mesej setiap minit antara penyakit angau mula bercinta. Namun selepas beberapa ketika, perasaan jemu akan mula terdetik.

Meskipun ramai gadis murung kerana terpaksa makan hati apabila kerap berhadapan dengan situasi begini namun masih ada cara untuk menanganinya.

ALASAN `BRO-MANCE'

`Bro-mance' singkatan kepada `brother-romance' bermaksud keakraban golongan lelaki dalam persahabatan sehinggakan ada kala mereka mengabaikan sesetengah perkara tanpa sedar. Hubungan erat tanpa had ini secara tidak langsung menyebabkan berlakunya konflik dalam hubungan.

Ada di antaranya sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan. Bahkan, kalau ada apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita kepada kekasih.

Kadang-kadang bagi lelaki merokok, mereka memilih untuk lebih banyak melepak dengan rakan kerana mudah berborak pelbagai perkara tanpa perlu berselindung apa saja sambil merokok sebanyak yang mereka mahu. Mungkin faktor awek tidak suka perokok sedikit sebanyak melecehkan si jejaka untuk menghabiskan masa bersama teman wanita dalam tempoh lama.

Walau apa juga sebab dan alasan, sekiranya rasa sayang masih menebal, konflik ini boleh dibincangkan dengan keduanya berfikiran terbuka ataupun teguran sinis tetapi tajam kepada si dia. Kepada jejaka, tahukah anda, wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai? Apa gunanya mempunyai teman wanita sekiranya dilayan sama rata?

Lelaki lebih santai

Aqmal Hafizi Mohd Nasir, 18

Faktor kawan rapat dan lebih kenal perangai baik buruk antara sebab lelaki pentingkan rakan daripada teman wanita sendiri. Ia tak bermaksud awek tak terima baik buruk kita, tapi biasalah lelaki, dia akan kawal sesetengah benda terutamanya kelakuan gila-gila bila berdepan dengan awek. Nak nampak macho katakan.

Tapi perangai sebenar akan terbongkar jika bersama rakan-rakan. Dan keselesaan berborak antara teman wanita dan rakan sangat berbeza. Tak semua topik boleh dibincang dengan teman wanita, perlu ada tapisan.

Sikap lelaki lebih santai dalam bercinta. Berbanding perempuan, mereka akan jaga dan serius dalam hubungan. Sebab itulah apabila lelaki rasa nak rileks otak dan berborak perkara merepek, akan cari kawan-kawan. Wanita pula akan rasa seperti diri diabaikan padahal kasih sayang tak surut walaupun kami jarang bertemu, katanya.

Tak nak bersedih


Nurul Syazwani Badlishah, 29

Pada saya, lelaki sebolehnya tak nak rasa sedih. Sebab itu mereka akan selalu pergi melepak dengan kawan dan boleh gelak ketawa senang-lenang. Hubungan dengan awek membabitkan emosi dan perasaan, kalau salah langkah boleh makan hati berminggu-minggu. Contohnya, jika mereka putus dengan teman wanita, kawan tetap ada. Dan yang paling penting, kawan lebih senang minta tolong daripada teman wanita.

Waktu paling perit bagi wanita kalau teman lelaki hilang ketika hari lahir, atau lebih teruk ketika kita ada masalah untuk dikongsi. Bila situasi ini berpanjangan, tak mustahil rasa sayang bertukar jadi sakit hati dan lama kelamaan hubungan tak panjang. Tak boleh nak salahkan sebelah pihak kalau situasi macam ini berlaku, katanya.

Keselesaan bercerita


Mohd Faiz Naim Hassan,26.

Lelaki akan lebih selesa untuk menunjukkan cara berkawan atau bersosial sesama mereka kerana dengan cara itu, mereka lebih senang untuk menceritakan segala masalah atau hal peribadi membabitkan kehidupan seharian. Bagi lelaki, keselesaan bercerita itu lebih penting apabila ingin meluahkan sesuatu perkara.

Sebenarnya lelaki lebih mudah mesra dalam kalangan mereka jika dibandingkan kaum Hawa yang kadang-kala agak sukar untuk menerima kaum mereka sendiri. Justeru penerimaan terhadap kaum sendiri lebih mudah dan diutamakan jika dibandingkan kaum Hawa termasuklah teman wanita. Kadang-kala keutamaan yang diberikan kepada teman wanita selalu disalah tafsirkan dan menganggap kawan mereka lebih penting daripada diri mereka, katanya.

~ Metro
Diabaikan teman lelaki /kekasih

12 Komen:

Tanpa Nama berkata...

sangat suka tapi yang tips tak semua lelaki sama tu memang bagus sebab wanita kalau marah uh memang sebut perkataan tu harap semua sedar eh

Tanpa Nama berkata...

hye aku aneesa dari terengganu umur aku 13 tahun sekolah smk batu rakit okey aku hanya mahu cakap bahawa kalau kita cinta orang itu pastikan dia bahagia

Tanpa Nama berkata...

hahahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

hye , ak alexa dry kl um0r ak 13 ta0n sk0lah smk Bangsar , 0ky ak hnya mau ckp bahwa cinta itu indah tpy menlalui ny t'llu m'yaket kn .. 0rg d' luar snerw , ta kira p0mpuan kerw llaki hargai lh org yg kalian syg .. 0ky 2jerw yg ak mau smpai kn

Tanpa Nama berkata...

;-) memang sakit juga bila bf xda masa kita perlukan mrk. Sy dgn bf jrg2 je msj. Kadang kalau rindu sy nangis sorg2. ;-) kalau jumpa bnyk bnda dia ckp. Klau x jumpa kdg msj pun x tentu. Tp tu mgkin sbb dia penat/busy.

Azali idham berkata...

hai saye azali...sye pulak seringkali disakit kn wanita...bukan lelaki sahaja yg sering mainkn prasaan kite...prempuan pun same jugak...banyak alasan dye bg bile nk jumpe...bile dah x de kredit bru wujud sye dlm hidup nye...

Azali idham berkata...

susah nak cri pasangn yg setia sekarang...sye trima saja ape yg brlaku atas diri ini...bnde da trtulis...redha je la...

Tanpa Nama berkata...

HY

Tanpa Nama berkata...

saya ade kekasih tapi time nk kenal hty masing2 mesty melibtkn bestie.kadag bosan jg.kenpa ye?

Tanpa Nama berkata...

Da kate becinta..kene la lalui asam garam bercinta..klo pnjg jodoh smpai la ke jinjang pelamin..sakit hati tu biase.dlm umah tangga pon masihbade yg sakit ati..nie kn pulak becinta..

Misz Eyma berkata...

Assalamualaikum sy eyma...nk kongsi crita add my wechat id eyma87

Tanpa Nama berkata...

betul3 saya stuju 200@/@ pendapat diatas....been there done that...hmmmmm

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.