Luahan Hati: Cinta Yang Terungkai

Share on Tumblr
Cinta yang terungkai



Maafkan aku kerana menganggumu yang sedang bahagia di sana.

Sebenarnya aku tidak ingin berbicara tentang keindahan cinta yang pernah kital alui bersama kerana air mata ini akan menyatakan rindu dan sayangku yang masih tersisa.

Sedangkan hakikatnya diriku sudah kau lontarkan jauh daripada ruang hidupmu.

Izinkan aku bertanya mengapa engkau berubah hati, melepaskan cinta danluahkan janji palsu kepada diriku. Apakah salah dan dosaku sehingga kau sanggup memutuskan ikatan pertunangan kita yang baru sebulan
disimpulkan?



Apakah kasih sayang yang kuberikan, pengorbanan yang kuhadiahkan dan kata-katamu ku turuti masih belum cukup untuk menyatakan kesetiaankuhingga tergamak kau mengkhianati cinta kita?

Bagaikan kilat semuanya sudah terungkai bila kau lafazkan kata-kata yang kau telah pun berumah tangga dengan seorang gadis dari Johor.
Tanpa khabar dan perselisihan faham aku kau tinggalkan dalam kecewa dan derita. Inikah yang dinamakan balasan keikhlasan.

Tiga bulan kau menyepi diri tanpa sebaris ayat atau selafaz ucapan. Rupa-rupanya kau sedang bahagia diulit mimpi indah bersama sidia.

Sedang aku sibuk membuat persiapan untuk membina mahligai impian tiba-tiba kau sendiri yang memutuskan ikatan.

Cubalah kau bayangkan bagaimana perasaan diriku, malu, resah dan bersalah apabila pelamin anganku musnah.

Rasanya hati ini sukar melafazkan maaf. Biarlah aku terus menyimpan perasaan benci dan marah ini hingga ke akhir hayatku.

Akibat daripada perbuatanmu meninggalkan sebekas luka yang amat pedih sebagai kenangan percintaan kita dahulu.

Aku tahu keluargaku juga amat kecewa dengan keputusan ini. Aku juga berterima kasih kerana kau sempat memperkenalkan aku kepada keluargamu walaupun hubungan kita sebentar cuma.

Aku benar-benar berharap kau juga pulang menjenguk mereka di kampung.

Pada akhir bicara ini, lupakan diriku dalam mimpi atau realiti dan kembalikan semula foto yang berada di dalam simpananmu.

Kini diriku jua dilimpah nur kebahagiaan bersama insan mulia lagi penyayang setelah hati ini dipukul ombak derita.

Catatan:
Jam
Luahan Hati: Cinta Yang Terungkai

1 Komen:

lusi berkata...

sebaiknya cinta monyet

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.