Cinta Jarak Jauh dan Kecurangan Pasangan

Share on Tumblr
Cinta jarak jauh ini memang sangat mencabar terutama apabila ramai di luar sana yang lebih cantik dan bergaya pasti akan ada sedikit perasaan goyah di dalam hati.

Apabila berjauhan pasti perasaan rindu menebal dan apa yang dilakukan seharian serba tidak kena. Terutama apabila jarak memisahkan kalian dengan pasangan dan hanya kesetiaan dan kepercayaan yang menemani agar diri tidak berterusan merindui.

Bayangkan waktu tidur juga terbayang-bayang wajah si dia seolah sedang bercakap, menari dan sedang bermain gitar dengan lunak suara, membuatkan perasaan seseorang itu membuai terutama bagi yang sedang hangat bercinta sehingga emak di dapur panggil pun tidak diendahkan.

Kata-kata indah yang pernah dilontarkan juga sering terngiang-ngiang di telinga dan nama seolah diseru oleh si dia yang dipuja itu terutama apabila tidak pernah berjauhan. Sebelum ini tempat berjumpa menjadi lambang cinta apabila melihat saja tempat pernah berkasih mesti hati terus teringat kepadanya. Kini jarak yang memisahkan anda dengan pasangan, seorang di selatan dan seorang lagi di barat.

Maklumlah nak berjumpa memang mustahil, tambahan pula pasangan berada di luar negara menyambung pengajian.

Cinta jarak jauh ini banyak dialami kepada mereka yang sedang bekerja atau belajar yang berlainan tempat, lalu menyebabkan mereka susah untuk berjumpa bagi melepaskan rindu. Namun awas apabila berjumpa, jangan berlebih-lebih pula, mesti sentiasa ingat dosa dan pahala serta haram dan halal.

Kes cinta jarak jauh ini memang biasa terjadi dalam kalangan masyarakat kita, ada yang berkahwin dan hubungan kekal sehingga nafas terakhir. Namun ada juga yang putus di tengah jalan, kekasih dirampas pihak ketiga, cinta beralih arah dan memilih perpisahan sebagai jalan penyelesaian.

Cinta Jarak Jauh


Cinta jarak jauh menuntut kepercayaan yang tinggi dan kesetiaan haruslah ada dalam jiwa pasangan masing-masing kerana ia tidak mudah ditangani. Percaya kepada pasangan supaya tidak timbul isu cemburu buta apabila pasangan rapat dengan orang di sekelilingnya.

Bila rindu, apa yang harus kita lakukan? Adakah cara untuk mengubat rindu? Pelbagai tips yang penulis dengar dapat mengurangkan perasaan rindu kepada pasangan. Contohnya meletakkan gambar pasangan di bawah bantal agar si dia sentiasa ingatkan kita dan terbawa ke dalam mimpi.

Selain itu, sebelum meneroka ke dunia yang lain tetapkan harapan terhadap cinta yang terbina agar hubungan itu kekal dan mempunyai batasan dalam berkawan supaya tidak berlaku pergaduhan di antara anda dan pasangan.

Banyak kes perceraian dan putus cinta terjadi kerana tidak ada batasan dalam berkawan terutama apabila mempunyai pasangan yang kuat cemburu dan anda mestilah jujur dalam menjalinkan hubungan cinta ini dan tidak sesekali menipu apabila kantoi curang, barulah sibuk memujuk dia kembali, sesal pun tidak berguna.

Kebanyakan orang yang memutuskan hubungan juga menggunakan jarak sebagai alasan, padahal hati yang tidak kuat dalam menahan godaan orang lain. Ketika berjauhan juga air mata akan menjadi teman setia akibat rindu yang teramat sangat.

Tentu sekali perasaan akan begitu kuat sehingga membawa mati atau membutakan mata dengan menangis berhari-hari seperti Kassim Selamat dalam Ibu Mertuaku. Bukankah perlakuan begitu tidak wajar? Daripada meratapi si dia yang jauh, lebih baik anda banyak luangkan masa bersama teman-teman yang lain tetapi harus diingat mestilah setia dan jangan pernah terlintas di hati untuk curang.

Di samping itu, mereka yang bijak dalam berhubungan juga mengambil kesempatan apabila berjauhan untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati kerana bila dekat memang payah nak luahkan perasaan tetapi bila jauh pula, perasaan rindu itu mudah untuk diluahkan. Contohnya memberikan surat atau e-mel dengan kata-kata puisi cinta dan mengimbas kembali nostalgia lama ketika mula-mula bercinta barulah kasih sayang yang dibina lebih kukuh.

Ringkasnya di sini, jarak bukan penghalang anda untuk berhubung tetapi cara dan kurang memahami pasangan masing-masing menjadi penyebab utama. Tidak ada apa yang perlu digusar andai berjauhan cuma perlu lebih berikan komited terhadap pasangan agar dapat membina sebuah perhubungan yang sihat dan berkekalan.

Tanda-tanda pasangan curang

Kurang berikan perhatian


Pada permulaan anda akan berasa perubahan terhadap diri pasangan. Misalnya tidak lagi berbalas mesej dan mencuba mencari kesalahan anda walaupun kesalahan yang anda lakukan itu tidaklah sebesar mana dan mula bertindak menengking serta berbual secara sinis dengan memperli dengan kata-kata menyakitkan hati.

Menghabiskan banyak masa di tempat kerja


Hal ini akan berlaku secara tiba-tiba dengan menghabiskan banyak masa di tempat kerja kemudian pulang lewat ke rumah. Ini sering terjadi kepada mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Tetapi janganlah berfikiran buruk terhadap mereka kerana mungkin benar mereka berkerja keras untuk beri kesenangan kepada anda. Sebelum membuat andaian buruk, siasat terlebih dulu untuk tahu perkara sebenar.

Bau

Setiap pasangan yang sudah berkahwin akan mengenali bau pasangan mereka dan jika ada terdapat perubahan pada bau pasangan anda perlu lebih berhati-hati.

Jawab panggilan telefon secara sembunyi

Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan, rasanya tidak perlu untuk pasangan menyembunyikan panggilan telefon mereka. Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon di hadapan pasangan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan rasa curiga. Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah, rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan.

Layan Internet sampai larut malam


Zaman serba canggih ini pelbagai cara boleh dilakukan untuk curang. Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan Internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu.

Bil bayaran yang luar biasa


Seorang yang cuba untuk curang pasti akan menghabiskan lebih banyak wang. Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya diperuntukkan hanya untuk seorang, apabila diperuntukkan untuk dua orang sudah pasti perbelanjaan akan semakin meningkat. Hal ini sering terjadi kepada orang yang sudah berkahwin pasangan tidak akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada, ini adalah untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga. Mereka akan cuba untuk belanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan.

Tidak memakai cincin yang diberi

Kebanyakan orang yang bercinta akan memakai cincin sebagai tanda cinta. Cincin juga adalah satu `sentimental value' untuk sesebuah pasangan. Boleh dikatakan kebanyakan lelaki akan cuba melihat cincin di jari wanita terlebih dulu sebelum memulakan agenda mereka. Kerana cincin melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah tidak memakai cincin yang anda berikan dan memberikan alasan yang samar-samar atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya, anda perlu mengesyaki sesuatu.


~ HM
Cinta Jarak Jauh dan Kecurangan Pasangan

4 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Aq prnh berpcrn dgn jarak yg jauh...haty q slalu curiga...i love u...

Tanpa Nama berkata...

Sy pon pernah..hbungan kami sekarang lebih baik..love u bucux..

mutiara cahaya berkata...

Aq pun pernah,tapi smpai sekarang dya tak lyn aq mcm dulu..dlm we chat dya,dya selalu tulis,dya singel..biar pun sakit hteyπŸ’”..tapi xpa lh😒...sabar ja lh..πŸ˜†

SCHA BEATBOXER berkata...

Knp selalu perempuan yg di sakiti..Humm πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.