Tip Elak Jadi Mangsa Kekasih Parasit (Suka Minta Duit)

Share on Tumblr
Dipergunakan Kekasih Untuk Duit
Pernahkah anda meengalami situasi di mana anda saja kena keluar duit setiap kali berdating?  Adakah kamu merasakan bahawa diri kamu seperti dipergunakan oleh si dia? Atau mungkinkah kamu mempunyai pasangan yang suka menumpang kesenangan kamu seperti parasit? Jika YA, jom pelajari enam teknik untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsanya!

1)    Buat ‘muka kering’

Mungkin kerana kamu mudah tersentuh dan kasihan kepada kekasih hati, jadi si dia bijak mengambil kesempatan di atas kelemahan kamu itu. Sekiranya si dia mula memujuk rayu untuk meminjam duit atau sebagainya, cuba kamu buat ‘muka kering’ dan kuatkan hati supaya kamu tidak termakan dengan pujukannya itu.

2)    Kenakan syarat ketika keluar

Sekiranya si dia sering mempergunakan dan meminta kamu untuk membelanjanya setiap kali kalian keluar bersama, kali ini kamu kenakan syarat kepadanya. Sekiranya si dia ingin keluar denganmu, si dia harus mengeluarkan belanja ataupun kalian berkongsi untuk mengeluarkan duit.

3)    Jauhkan diri daripadanya
Sekiranya si dia mula membuatkan kamu rasa tidak selesa dan rimas, jauhkan diri kamu daripada terus berhubung dengannya. Setelah si dia mula perasan yang kamu menjauhkan diri dan bertanya mengapa kamu melakukan demikian terhadapnya, barulah kamu berterus terang.

4)    Beranikan diri untuk berkata “TIDAK!”
Tidak dinafikan, ada sesetengah pasangan sukar untuk berkata “tidak!”. Namun, sampai bilakah kamu mampu untuk bertahan? Jangan jadi seperti lembu dicucuk hidung. Sebenarnya kamu juga mempunyai hak untuk bersuara! Jadi beranikan diri untuk berkata “tidak!” setiap kali si dia meminta duit atau apa sahaja barangan kepunyaan kamu.


Kekasih Parasit


5)    Pura-pura seperti tiada duit

Mungkin cara kamu berbelanja ketika bersamanya menampakkan kamu seorang yang berduit. Disebabkan sikap kamu itulah membuatkan si dia tidak segan silu untuk meminta pelbagai benda. Kali ini apa kata kamu elak daripada menunjuk-nunjuk kesenangan kamu itu di hadapannya dan berpura-pura seperti kamu juga tiada berduit. Pasti si dia akan memikir dua tiga kali sebelum meminta sesuatu kepada kamu.

6)    Putuskan hubungan dengannya

Jalan terakhir yang boleh kamu lakukan adalah dengan memutuskan hubungan kalian dan mulakan hidup yang baru tanpa lelaki parasit sepertinya. Ini bertujuan untuk mengelakkan diri kamu daripada terus ditipu dan tertipu dengan taktik kotor ‘lelaki parasit’ ini.

Sumber: Remaja
Tip Elak Jadi Mangsa Kekasih Parasit (Suka Minta Duit)

4 Komen:

Tanpa Nama berkata...

aku pun mcm tuh jgk.. last2.. putus jgk..

Tanpa Nama berkata...

laki mcm nihh.. aku dah kena dah... baik carik laki lain lar..

Tanpa Nama berkata...

aku taklah kena kuar duit everytime kuar dating tapi lately.. boyfie aku kalau rasa pokai, sayang pinjam 200... penah aritu pegi travelling dia mintak aku transfer RM2 ribu.. aku iye iye kan aje. skrg dia mintak RM10 ribu pulak utk renew lesen perniagaan dan bukak akaun bank utk syarikat. pastu main paksa2 pulak nak minggu ni jugak kalau boleh cemana aku nak korek duit byk tu dlm kurang dari seminggu??? tension al

Minah comey berkata...

Sellu kna bli tU bli ni bg blnjer tuk hrian.. Duit gajinye tuk byr utang diA umh kete...ape Harus buat jika brterusan mcm ni... Dn tk pernah kuar duit time dating... Nk Truskn Atau tgl jer laki mcm ni...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.