Personaliti Ekstrovert, Introvert dan Ambivert

Share on Tumblr
Becok atau pendiam?
Dalam kehidupan seharian kita bertemu pelbagai kerenah dan sikap individu. Ada antara individu ditemui suka bercakap laju tanpa henti hingga menyebabkan pendengarnya berasa bosan, ada bersikap gemar tersenyum walau terpaksa menghadapi masalah besar, bersikap panas baran dan mudah melenting serta ada antaranya, bersikap pemalu.

Namun, walau bagaimana sekali pun sikap individu berkenaan, itu adalah hakikat personaliti yang dimiliki masingmasing, sukar diubah dan berkemungkinan boleh dijadikan ·set' dalam menjalani kehidupan seharian.

Berbicara soal individu pemalu dan pendiam, amat sukar menyelami hati dan fikiran mereka kerana adanya satu halangan untuk berkomunikasi secara berkesan dengan mereka.

Kebiasaannya, mereka yang tergolong dalam kategori ini lebih bersifat dalaman atau mempunyai personaliti introvert dalam konteks psikologi .

Menurut Kagen,J dan Segal,J (1988), personaliti ditakrifkan sebagai corak keseluruhan individu merangkumi pelbagai aspek termasuk cara individu itu berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya.

Klasifikasi personaliti

Oleh itu, bagaimanakah anda memastikan pemahaman terhadap personaliti diri sendiri? Dan apakah anda perlu memahami sifat personaliti anda sendiri?

Menurut Carl Jung (1875 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu Ekstrovert, Introvert dan Ambivert.

* Ekstrovert

Individu yang digolongkan ke dalam kumpulan ini biasanya menonjolkan ciriciri seperti santai, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar kepada perubahan, gemar akan aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan mempunyai elemen kepeminan.

* Introvert

Individu yang disifatkan sebagai introvert pula menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal, dan kurang bersedia untuk menanggung risiko.

Personality


* Ambivert

Bagi individu yang mempunyai trait personaliti yang sukar digolongkan sebagai introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai ambivert. Ambivert mempunyai trait gabungan antara sikap seorang ekstrovert dan introvert.

Langkah mengatasi sifat pemalu dan pendiam
Ada beberapa cadangan atau tips oleh pakar psikologi dan kaunselor bagi menolong individu introvert.

1. Membina keyakinan dan konsep kendiri

Sifat pemalu dan pendiam boleh diatasi dengan cara meningkatkan konsep kendiri. Konsep kendiri yang positif tetap boleh membantu seorang introvert menjadi lebih bersifat sosial dan optimistik dalam pandangan hidupnya.

2. Berfikiran positif

Berfikiran secara positif sangat penting bagi perkembangan diri yang positif. Anda boleh menerima teguran dan pandangan orang lain dengan hati yang terbuka dan menjadikan perkara itu sebagai sesuatu yang membina dan bukannya yang membantut.

3. Belajar bersosial

Anda boleh menggalakkan diri anda untuk menyertai aktiviti kelab sukan, permainan dan badan beruniform. Di situ, anda mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan individu lain. Malah, anda juga dialualukan untuk mengunjungi kafe@TEEN bagi memperluaskan parameter sosial anda.

4. Mendapatkan bantuan profesional atau khidmat kaunseling

Cara lain adalah mengadakan sesi kaunseling dan terapi mengenal pasti punca yang menyebabkan anda mempunyai sikap sedemikian. Pelbagai cara yang boleh digunakan seperti inventori atau ujian personaliti dan perkhidmatan kaunseling bagi membantu anda mengatasi masalah personaliti diri. Anda juga boleh menghubungi Kafe@ TEEN untuk berjumpa dengan teen educator atau kaunselor.

Perasaan cemas datang tanpa mengira masa dan situasi. Ia salah satu perasaan yang biasa yang dialami setiap individu. Namun begitu, apa yang membezakan sejauhmanakah perasan cemas itu menganggu anda (seperti gagap) dalam kehidupan seharian adalah cara anda berhadapan dengan diri anda sendiri.

Sesungguhnya, manusia tidak pernah terlepas daripada masalah. Hakikat kepada jalan penyelesai masalah dialami bergantung kepada sejauh mana kita mencuba untuk menyelesaikan masalah itu.

Jangan jadikan sifat pemalu dan pendiam anda sebagai batu penghalang membina jalinan persahabatan dengan orang lain. Sebaliknya, jadikan motivasi untuk mengoptimumkan nilai diri anda. Selamat mencuba dan menjalinkan persahabatan yang sihat.

Personaliti Ekstrovert, Introvert dan Ambivert

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.