Maka Berhentilah Cinta

Share on Tumblr
Maka Berhentilah Cinta

Cinta pasti berakhir
bila si pungguk tidak lagi
rindu akan bulan
atau si katak tidak lagi
berpesta selepas hujan.

Bila dedaun tidak lagi
menari bersama angin
atau laut enggan bersua pantai
cinta pasti berkecai.

Cinta pasti kecundang
bila si lebah tidak lagi
cuba memikat bunga
atau belalang tidak lagi
turun ke padang.

Bila burung tidak lagi
menyanyi bersama mentari
atau awan sentiasa menyendiri
cinta pasti mati.

Andai alam tidak lagi endah
Maka berhentilah cinta.


Nukilan:
Nashé Abdillah

Puisi Indah

*Puisi ini telah ke udara apabila dibaca oleh DJ Nazrin Nordin pada 24 Julai 2006 semasa segmen “Gegar Pantai Timur” di THR. Puisi ini juga telah diterjemah ke dalam bahasa Mandarin oleh Goh Ying Soon dengan tajuk, àidāngtíngxī. Nashé Abdillah adalah nama pena untuk Nasirin Abdillah.
Maka Berhentilah Cinta

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.