10 Amalan utama untuk menjadi pelajar cemerlang

Share on Tumblr
10 Amalan utama untuk menjadi pelajar cemerlang

Sikap yang positif penting untuk mencapai kejayaan. Sifat ini penting dan perlu ada dalam diri semua pelajar sebagai penentu kejayaan.

Mungkin ada yang tergolong dalam kalangan pelajar yang tidak berapa pintar. Namun begitu, sikap yang baik menjadikan kekurangan aspek kepintaran itu tidak berapa penting.

Jika anda memiliki kepintaran otak, ditambah pula dengan kepintaran sikap, maka anda yang pasti menjadi terkemuka dan tokoh hebat dalam pelbagai bidang pada masa hadapan. Percayalah.

Sikap itu letaknya dalam hati, sukar bagi kita membaca apakah sikap seseorang itu. Kita sukar mengukur bahawa seseorang itu bersifat ikhlas, gigih, cinta ilmu, tidak putus asa, sabar dan berdisiplin. Namun begitu, sikap positif seorang pelajar dapat melalui penanda aras yang terbit dalam diri mereka sendiri. Petanda ini ialah amalan yang perlu dilakukan setiap orang.

Tingkah laku murni ini pastilah pancaran daripada sikap positif dan cemerlang yang berada dalam diri seorang itu.

10 Amalan Cemerlang Di Sekolah

1 Pastikan anda hadir ke sekolah untuk belajar

Inilah petanda paling utama bahawa anda boleh menjadi seorang yang berjaya dalam peperiksaan dan hidup anda pada masa hadapan.

Berjayanya anda mengerahkan diri ke sekolah adalah suatu kejayaan besar, pastinya usaha itu memerlukan kesungguhan dan minat mendalam dalam diri.

Halangan utama, biasanya keinginan untuk berehat, berhibur di hadapan televisyen atau bersosial melalui laman sosial iaitu `Facebook' atau `Twitter'.

Hari yang paling berat ialah hari pertama persekolahan terutama selepas cuti panjang. Kita menjadi malas ke sekolah apabila ada kerja rumah yang tidak siap atau kurang tidur.

Justeru, disiplinkan diri anda, kuatkan semangat dan lawan segala kemalasan yang ada. Memang keadaan itu sukar dielakkan. Setiap perjuangan pasti memerlukan pengorbanan dan memeritkan.

"No pain, No gain".

Hidup kita sentiasa ada halangan. Orang yang bijak berjaya menukarkan masalah menjadi cabaran.

Dalam hidup kita yang penuh dengan produk segera ini - mi segera, nasi segera, karipap segera dan kek segera. Senario itu sepatutnya turut mempengaruhi keputusan dan cara hidup kita untuk lebih optimis menggunakan masa dengan sebaik mungkin.

Contohnya: bangun pagi segera, mandi segera, gosok gigi segera, berpakaian segera, solat segera, bersarapan segera dan ke sekolah segera. Setibanya anda di sekolah, pastikanlah anda ke kelas tepat mengikut waktu yang ditetapkan.

2 Pastikan anda sentiasa gembira, seronok dan segar apabila berada di sekolah

Kajian menunjukkan bahawa pencapaian pelajar yang belajar dalam keadaan demikian jauh lebih tinggi daripada mereka yang belajar dalam keadaan tidak seronok dan meletihkan.

Keseronokan utama ketika berada di sekolah ialah dapat bertemu dan bermesra dengan rakan sebaya dan seperjuangan di sekolah.

Berkongsi dan bersembang dengan rakan-rakan anda - sama ada berita gembira atau duka. Perkongsian ini dapat menjadikan hidup anda ceria. Apatah lagi jika anda dapat bertemu dengan guru yang diminati dan dihormati.

Bertambah gembira lagi, jika guru dapat merangsang anda dengan kaedah pengajaran yang menarik dan mencabar minda.

Jauhkan diri anda daripada konflik - sama ada dengan rakan atau guru di sekolah.

Maafkanlah orang lain. Nescaya pintu kemaafan Allah dan rezeki kejayaan akan melimpah ruah untuk anda.

3 Pelajar wajib memberi tumpuan ketika guru mengajar

Untuk lebih fokus, perkara pertama yang perlu ditentukan ialah dengan memilih tempat duduk paling strategik. Inilah yang selalu kita abaikan. Kajian menunjukkan bahawa pelajar yang duduk di bahagian tengah dan barisan paling hadapan di dalam kelas, memperoleh pencapaian paling baik dalam pembelajaran.

Semakin jauh tempat duduk kita daripada guru, maka semakin rendah keupayaan kita mendapat pencapaian yang cemerlang. Paling malang, bagi mereka yang suka memilih tempat duduk yang paling sudut di belakang kelas. Lazimnya mereka ini paling mudah hilang tumpuan.

Bersedialah seawal mungkin sebelum guru tiba. Duduklah dengan betul dan tunjukkan minat dan berfikir positif terhadap guru anda.

Ada ketikanya guru mengajar mengikut cara yang anda tidak sukai. Namun begitu pelajar yang cemerlang akan cuba menyesuaikan dirinya mengikut cara guru itu mengajar. Ini dapat membantu anda menjadi lebih fokus.

Anda juga akan menjadi lebih fokus jika anda dapat membaca lebih awal sesuatu tajuk pelajaran sebelum diajar oleh guru. Sediakan buku rujukan dan alat belajar yang diperlukan. Begitu juga latihan dan kerja rumah siap dilaksanakan sebelum kelas bermula.

4 Jangan takut bertanya guru jika tidak faham

Jika anda terasa ada sesuatu yang tidak anda fahami, carilah masa yang sesuai untuk anda bertanya. Jangan dipendam masalah itu, kerana boleh menjadikan anda tertekan dan mengurangkan keseronokan belajar anda.

Ketahuilah, bertanya guru itu suatu keperluan. Kawan-kawan lain yang anda anggap memandang rendah kepada anda itu turut mendapat manfaat dengan penjelasan yang diberikan oleh guru.

Dalam pada itu, jika guru yang menyoal, anda terasa anda tahu jawapannya, cubalah segera mengangkat tangan dan menjawabnya. Ketahuilah, semakin banyak anda mencuba, semakin banyak yang anda akan silap, semakin banyak yang anda akan dapat belajar.

Elakkan berbicara sesama sendiri semasa guru bercakap. Ini menggambarkan kita kurang sopan dengan guru.

Kita juga bagaikan mencuri masa kawan-kawan yang lain. Jika anda bertanya atau membuat kesilapan mengenai sesuatu perkara atau tindakan yang guru anda jelaskan dengan panjang lebar disebabkan anda tidak memberi perhatian.

5 Menjadi tanggung jawab pelajar menghormati guru dan mewujudkan hubungan yang mesra

Hormat dan kasih kepada guru itu suatu kewajipan. Inilah yang mendatangkan keberkatan dan kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan. Sebagai pembimbing guru juga insan biasa yang tidak lari daripada kekurangan. Jagalah maruah dan tutuplah keaiban guru anda. Insya-Allah ilmu yang diterima akan menjadi berkat.

6 Hormati dan bekerjasama dengan kawan-kawan

Silaturahim itu akan menjadikan seseorang itu murah rezeki dan panjang umurnya. Oleh itu, peliharalah persaudaraan dan kasih sayang sesama teman seperjuangan di sekolah. Terimalah rakan-rakan itu seadanya. Tiada insan yang sempurna.

Semua orang bagaikan tertulis pada dahi mereka perkataan `Hargailah Saya'. Oleh itu, hormati dan hargailah semua orang. Fokuskan kepada ciri positif setiap orang. Saling membantu sebagai satu pasukan untuk kecemerlangan. Sikap memberi dan berkongsi ilmu akan menambahkan lagi keberkatan. Jika anda mampu, berkongsilah ilmu dan maklumat yang anda ada. Ilmu itu semakin bertambah apabila dikongsikan.

7 Gunakan masa lapang di sekolah dengan bijak

Sewaktu di sekolah, pasti ada masa lapang tertentu. Isikan masa lapang itu untuk sesuatu yang bermanfaat sebagai seorang pelajar. Umpamanya, membuat ulang kaji sebelum kelas bermula, semasa guru lambat atau tidak masuk kelas, sewaktu rehat atau semasa menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah. Ulang kaji bermaksud, melakukan sesuatu kajian secara berulang-ulang. Sesuatu tindakan yang dibuat berulang kali akan menjadi kebiasaan dan terkesan lebih lama dalam minda ingatan jangka panjang.

Pengetahuan dan kemahiran tersebut akan diguna pakai sehingga ke akhir hayat kita. Ulang kaji akan menjadikan ilmu itu berkembang dan bercambah dengan lebih pesat jika diberi cabaran dan peluang serta ruang untuk penerokaan.

Ulang kaji itu boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Antaranya: mengulang, menanda dan mencatat sebaik saja guru selesai mengajar; membuat latihan dan berkongsi jawapan dengan rakan; membantu kawan yang agak ketinggalan dan membuat nota ringkas serta latihan tambahan untuk penambahan pengetahuan.


Pelajar Cemerlang

8 Mencari kesempatan untuk buat kerja rumah di sekolah

Ramai pelajar yang cemerlang yang selalu lewat pulang ke rumah. Mereka mengambil kesempatan ini untuk menyelesaikan kerja rumah sama ada bersendirian atau dengan bersama-sama rakan-rakan lain semasa di sekolah. Ini amalan yang cukup baik.

9 Bijak menggunakan kemudahan pusat sumber di sekolah

Sekolah anda umpama sebuah universiti yang lengkap dengan segala kemudahan. Pelajar yang cemerlang sentiasa mengambil kesempatan untuk memanfaatkan segala kemudahan ini. Antara kemudahan yang perlu anda gunakan sepenuhnya di sekolah ialah perpustakaan, bilik kaunseling, kemudahan komputer dan bilik perbincangan.

Begitu juga kemudahan sukan dan riadah yang disediakan. Manfaatkan kemudahan itu sepenuhnya demi kesihatan dan kecergasan jasmani dan minda anda semasa belajar nanti. Sesungguhnya, otak yang cerdas itu berada dalam jasad yang cergas.

10 Aktif di sekolah dalam kokurikulum.

Untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya dan cemerlang, anda perlu aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah anda. Bersungguh-sungguh membabitkan diri dalam aktiviti persatuan dan sukan. Aktif dalam aktiviti persatuan akan meningkatkan keterampilan anda dalam berkomunikasi dan berorganisasi.

Keadaan ini akan menjadikan anda mampu mengurus dan memimpin sebagai pemimpin pelapis pada masa depan. Aktif dalam sukan, akan menjadikan anda sihat, cergas dan perkasa dalam bertindak dan menghadapi cabaran tugas serta bertanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Lazimnya, pelajar yang aktif bersukan akan bertindak lebih laju dan pantas dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.

Oleh Bahrom Abu Bakar
~ BH
10 Amalan utama untuk menjadi pelajar cemerlang

104 Komen:

Tanpa Nama berkata...

terima..kasih....kerana telah mengajar tip kpd saye...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas tips ini

Nur Yusaini berkata...

Sekarang saya telah menjadi pelajar yang cemerlang terima kasih sekali lagi atas tips ini ...

Tanpa Nama berkata...

Thank you very much

Tanpa Nama berkata...

sekarang saya dah semakin bersemangat untuk menjadi pelajar cemerlang..trima kasih atas tips ini..

Eiyra Carmil berkata...

Great to read this... Nice Job. Thank you!

Tanpa Nama berkata...

bagus juga tip ni

Tanpa Nama berkata...

tip ni agak bagus tapi saya bagi 98% tapi saya sokong 100% .Saya pun semakin pandai bye2

Asraf Noorhadi berkata...

Trima kasih atas mklumat ini...sy pon nk wat revolusi baru...pnoh kbangkitan...
Marilah kita bangkit!!! Siapa yang mengubah nasib kita kalo bukan kita???!!!

Tanpa Nama berkata...

insyallah boleh!!!!

nazura arissa berkata...

terima kasih banyak2....saya akan lakukan yg tebaek!!! :)

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih admin.Tips yang berguna

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih banyak2 yee entry yg cukup mnarik and saya hrp saya akn mnjadi lebih cemerlang ..Aamiin

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum . Bagus tips yg diberi . Thanks . Insyyallah saya akan lakukan . Menjadi pelajar cemerlang adalah satu cita2 . Perkara yg baik itu pasti banyak halangan bukan . Jika kita yakin semangat dn pisitif insyaallah boleh
Doakan sye . Harap anda juga cemerlang dlm kehidupan

Tanpa Nama berkata...

Tq sbb kerana memberi tips utk menjadi pelajar cemerlang *^▁^*

Tanpa Nama berkata...

sy ingin brtrima ksh krna tlh mmbuat sy sdar.. slama ini sy x ykin kpda dri, sntiasa rndah dri@fkir negatif terhadap apa yg dlakukan dn sbgainya ..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih untuk amalan nie :D

Lyana Okey berkata...

Tq ... Jdikn ia swbagai cabaran ...

Afrisa'UL berkata...

Terima Kasih :)

Nur Syanisha berkata...

Thanks sbb kongsi :)

Tanpa Nama berkata...

tQ,tip-tips yang diberikan amat berguna bagi saya.

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH KERANA BERKONGSI.....BERSAMA-SAMALAH KITA AMALKANYA......

ashraf zufayrin berkata...

menarik...macam ini , bolehlah saya menjadi pelajar cemerlang..tq

Tanpa Nama berkata...

Thanks.. Saya harap sya bnyk mendapat manfaat drpd smua ini.

Tanpa Nama berkata...

saya akan mengikut tips tips ini insyallah..

Tanpa Nama berkata...

ALHAMDULILAH...amalan ini amat penting untuk saya..thanks for sharing..doakan saya tahun nie spm..

Tanpa Nama berkata...

Tq

Tanpa Nama berkata...

Sy ingin mengubah keputusab sy yg teruk dng menggunakn tip ini

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih banyak2 sebab berikan tip untuk saya.....Saya nk berjaya sngt sebab nk bangga mama &ayh....Doakan saya berjaya dlm UPSR nanti.....Sya nk dapatkan 5A......Tolong ka doakan saya ye..

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih atas tips ini . . .

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana bagi banyak tips kepada saya ...... saya nk berjaya sgt sebab nk bangga mak @ ayah .. doakan saya berjaya dlm PT3 nanti..

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas tips tips ini .saya cari tips ini kerana saya akan menduduki upsr dan mahu banggakan semua keluarga saya tolong doakan saya semoga saya akan dapat 5A dalam upsr nanti.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas tips ini .semoga saya dapat melakukan tips ini disekolah semoga saya dapat 5a upsr

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas tips yg diberikan.. saya akan cuba mengikuti tips tersebut dengan sebaik-baiknya. ^_^

Aisya Amiera berkata...

saya rasa macam nak ikut tapi tak faham

Tanpa Nama berkata...

tips yang sangat Bagus untuk diikuti

Tanpa Nama berkata...

terima kasih cbb bg tips2 ni

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana memberi tips ini kepada saya.

Tanpa Nama berkata...

nice job ...great...thank you

Tanpa Nama berkata...

saya akan mngikuti tips ini doakn saye brjae yew

Tanpa Nama berkata...

terima kasih bebanyak.inshaAllah saya menjadi pelajar yang cemerlang dunia akhirat.doakanlah ye

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas tips yang diberikan

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah atas tip yang diberikan .dulu saya daapat 4A sekarang insyaallah saya akan dapat 5A .saya akan lakukan yang terbaik .tolong doakan saya agar saya dapat 5A .Amiiiiiiiiiiiin !!!!!

Tanpa Nama berkata...

kesimpulannya???

Tanpa Nama berkata...

Saya akan cuba yang terbaik. Tips yang diberikan agak baik :) Doakan saya berjaya dunia dan akhirat. Tak lama lagi nak Ujian akhir tahun. Wish me luck :)

Tanpa Nama berkata...

Saya akan cuba yang terbaik. Tips yang diberikan agak baik :) Doakan saya berjaya dunia dan akhirat. Tak lama lagi nak Ujian akhir tahun. Wish me luck :)

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana dapat meningkatkan semangat saya.Minggu depan saya akan menghadapi UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA..

Tanpa Nama berkata...

saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd anda yg bertulis karangan ini kerana ia menarik perhatian saya dan saya rasa macam...saya juga nak menjadi budak yg baikjela..!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,,terima kasih kerana memberi tips ini... :)

daripada siapa ya??? berkata...

thanks for the useful tips...

Nurin Farzana M Nizam berkata...

Terima kasih..atas tips ini :)

Maria Firdaus berkata...

Dapatkan Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang dengan PERCUMA di sini;-
www.bitly/pelajarcemerlang.com

Tanpa Nama berkata...

thank you very much

katelinna z berkata...

thanks sebab share tips ni aq akan cuba untuk berjaya!!! ;)

Tanpa Nama berkata...

terima kasihh

Nurul Shuhada berkata...

Thanks untuk tips ini.. akan dikongsi dengan adik Nurul yang masih lagi belajar

Tanpa Nama berkata...

THANKS DGN ENTRY YANG DIBERI THANK YOU SO MUCH

Tanpa Nama berkata...

THANNKS BAGI TIPS~!

Tanpa Nama berkata...

TAPI, SAYA NAK TANYA SATU BENDA? BAGAIMANKAH CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG?? TOLONG......

THIVYA VENESSA berkata...

Terima kasih cikgu....

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas tips ini.sy akan lakukannya untuk cemerlang!
aminn

Tanpa Nama berkata...

terima kasih saya akan cuba guna tips tips ni

Tanpa Nama berkata...

terima kasih........nice tips

Tanpa Nama berkata...

terimakasih atas tips" nya saya akan coba ini sendiri :)

Tanpa Nama berkata...

terima kasih saya akan mempelajari tips" ini dan saya akan memberikan contoh terbaik buat teman" saya di SMK DARUSSALAM JAKSEL :)

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana memberi saya tips ini!>~<kamsahammida~doakan saya dalam UPSR tahun ini

Siti Najwa berkata...

jinjja gomawoyo >< I will do the best hwaiting !!!!! ^^

Tanpa Nama berkata...

Trima kasih krna mngajar saya tips ini??��

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana memberi saya tips ini

agilaiswari manimaran berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana mengajar saya

Tanpa Nama berkata...

terima kasih dengan tips nya

Tanpa Nama berkata...

Tqvm

Tanpa Nama berkata...

sy menjadi plajar cemerlang slepas membaca ini TQ......

Tanpa Nama berkata...

sy harap keputusan peperiksaan sy akan OK.......inshaallah

Tanpa Nama berkata...

Tq..

Rika Oktavia berkata...

pelajar cemerlang perlu tahu menggunakan setiap masa dan peluang dengan sebaiknya. Makanan juga turut membantu kecemerlangan.

Tanpa Nama berkata...

tips yg cgat bgoss..sye skeknnye..taon 2015 ini sye akn mghadpi spm trial exam hrap2 tips ini dpat mmbantu jka sye usahakn

Tanpa Nama berkata...

syukran kathir diatas perkongsian yg bermanfaat ini..smoga mndapat kberkatn drp ALLAH S.W.T..mohon share dan halalkan ye...

Tanpa Nama berkata...

Trima kc tuk tips nhi ..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas tip yg d'berikan....inshaalah sya akan lakukan nya dgan baik.....!!!!:)

IBU SULASTRY berkata...

Saya ingin menyampaikan kepada
seluruh TKI yang bekerja di negeri orang ,,
saya IBU SULASTRY seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa, apa lagi dengan keadaan hamil
gaji suami itupun buat makan, sedangkan hutang banyak.
kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan
nomor MBAH KASENG katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL ,,dengan keadaan susah jadi saya coba
hubungi MBAH karna saya pikir tidak ada salah,nya kita coba dan minta
angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan MBAH 6D dan alahamdulillah ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudarah di indonesia maupun di
luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda dengan meriktualkan angka togel ghaib SINGAPURA/HONGKONG/MALAYSIA 2D,3D,4D,5D, Atau 6D yang betul-betul tembus
hubungi MBAH KASENG di nomor 0823-1434-8847 silahkan anda buktikan sendiri
demi allah saya sudah membuktikan angka dari MBAH sekrang giliran anda untuk MEMBUKTIKANNYA!!!









Tanpa Nama berkata...

tip-tip tu memang berkesan kepada saya dan saya mengucap kan terima kasih

Tanpa Nama berkata...

tq atas tips

Khairil Azrin berkata...

Terima kasih

Atmin Alim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Noor Khaleeda berkata...

Terima kasih saya akan ikut tip itu insyallah saya akan berjaya

PREDIKSI TOGEL SINGAPORE berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa dulunya saya ini cuma seorang.
penjual es kuter kelilin tiap malam. pendapatannya tidak seberapa dan.
tidak pernah cukup dalam kebutuhan keluarga saya,, suatu hari saya dapat.
informasi dari teman bahwa MBAH SUJARWO bisa memberikan angka ritual/goib.100% tembus.
akhirnya saya ikuti 4D nya dan alhamdulillah memanG bener-bener terbukti tembus.
saya sangat berterimakasih banyak kpd MBAH SUJARWO.atas bantuan MBAH saya sekarang.
sudah bisa mencukupi kebutuhan keluarga saya bahkan saya juga sudah buka.
usaha matrial dan butik pakaian muslim.
Jika anda mau buktikan
silahkan bergabun sama Mbah Sujarwo
Di:http://mbahsujarwo.blogspot.com atau
{KLIK-DISINI}No: tlp.0823-2424-4298
Saya sudah buktikan benar2 tembus 3x permainan....!!!

Tanpa Nama berkata...

Thanks

nur alesya berkata...

pandai je lah

Tanpa Nama berkata...

syukran.

iqa berkata...

syukran:) akn dipratikkan.insyaALLAH SPM 2016 smua A.amin.

Tanpa Nama berkata...

tips ini sangat bermakna bagi saya.
saya harap selepas ini saya akan menjadi pelajar yang cemerlang.
TERIMA KASIH!

nur adila berkata...

terima kasih atas panduan ini..harap saya akan jadi yang terbaik lagi selepas ini..

dilla din berkata...

Tips INI sangat membantu saya. Saya lebih bersemangat untuk belajar Dan hadir ke sekolah tahun 2017. Thanks!!!

dilla din berkata...

Tips INI sangat membantu saya. Saya lebih bersemangat untuk belajar Dan hadir ke sekolah tahun 2017. Thanks!!!

Tanpa Nama berkata...

thank you very much

Tanpa Nama berkata...

thank you very much

sufi sofi berkata...

terima kasih kerana memberi saya tip agar saya lebih berjaya

Norman Abdul Rahman berkata...

terima kasih

MBAK YULI berkata...

saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI SOLEH JAFFAR dan dia memberikan nomor AKI SOLEH JAFFAR,dia bilan kepada saya AKI SOLEH JAFFAR bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI SOLEH JAFFAR dan dengan senan hati AKI SOLEH JAFFAR ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH JAFFAR,di ((( 0853 7778 3331 ))) saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI SOLEH JAFFAR, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau KLIK DISINI

























saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI SOLEH JAFFAR dan dia memberikan nomor AKI SOLEH JAFFAR,dia bilan kepada saya AKI SOLEH JAFFAR bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI SOLEH JAFFAR dan dengan senan hati AKI SOLEH JAFFAR ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH JAFFAR,di ((( 0853 7778 3331 ))) saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI SOLEH JAFFAR, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau KLIK DISINI
















HARINEE PRIYA berkata...

Terima kasih.harap Cemerlang dan menuju kejayaan.

John ryan sham berkata...

Ty for this tips

NurulNadhirahMazli Aa99 berkata...

Saya akan cuba...tq utk tips ini

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.