Tip keselamatan wanita di tempat letak kereta

Share on Tumblr
Tip keselamatan wanita di parking lot
Tempat meletak kereta adalah antara sasaran popular penjenayah melakukan kegiatannya terhadap mangsa khususnya wanita. Di situ berlaku kes seperti culik, samun, rompak, rogol, serangan fizikal dan ragut. Paling bahaya ialah tempat letak kereta yang lengang dan tidak di awasi. Ikuti tip berikut untuk menjaga keselamatan anda ketika berada di tempat letak kereta.

1. Pilih kawasan letak kereta yang terjamin selamat

Jika anda mempunyai pilihan letaklah kenderaan anda di kawasan yang mempunyai sistem keselamatan seperti kamera litar, peronda dan yang berpagar.

2. Jalan terus dan jangan berlengah

Sebaik sahaja keluar daripada kereta, kunci dan terus beredar menggunakan laluan kenderaan ke destinasi anda. Jangan lalu di antara celah kenderaan disitu.

3. Letak dipetak berlampu

Walaupun anda tiba waktu siang dan merancang pulang sebelum malam, kemungkinan untuk pulang lewat memang ada. Justeru, letak kereta di petak di bawah cahaya lampu terang.

4. Pastikan kereta dikunci

Pintu dan tingkap mesti sentiasa ditutup serta dikunci supaya penjenayah tidak boleh mencapai pemegang pintu daripada luar kereta. Sejurus masuk ke dalam kereta, kunci segera pintu menggunakan kekunci pusat atau automatik.

5. Masuk segera

Buka pintu dan masuk ke dalam kereta dengan segera tanpa berlengah. Perbuatan menanggalkan kot atau menyusun barang yang dibawa masuk mendedahkan anda kepada bahaya untuk diserang.

6. Elak guna laluan tertutup

Jika meletakkan kereta dipetak bertingkat, lebih selamat untuk berjalan di atas ramp daripada menggunakan tangga tertutup.

7. Letak berhampiran pintu masuk

Pilih petak paling hampir dengan pintu masuk ke bangunan.

8. Sorok barangan berharga

Jangan biarkan barang berharga seperti dompet, komputer dan beg bimbit terbiar di atas kerusi atau dapat dilihat daripada luar. Ini mengundang pencuri memecah cermin tingkap dan meragut barangan berharga. Sebaiknya sorok atau simpan dalam but atau ditempat yang selamat.

9. Tunggu sebentar

Sebaik sahaja meletakkan kenderaan, jangan terus matikan enjin, perhatikan persekitaran dulu. Jika anda selesa, barulah matikan enjin dan keluar dengan cepat dan tidak berlengah-lengah.

10. Tarik perhatian jika anda dihalang Jika kereta anda dihalang, tarik perhatian orang ramai dengan membunyikan hon, menghidupkan siren kecemasan dan menyalakan lampu hadapan.

11. Imbas kawasan letak kereta

Apabila hendak pulang ke kereta, imbas persekitaran terlebih dahulu. Waspada terhadap individu yang mencurigakan terutama yang duduk di dalam kenderaan sambil memerhatikan anda kerana mereka mungkin penjenayah yang menanti peluang atau merancang melakukan jenayah.

12. Letak berhampiran laluan pejalan kaki

Pilih petak berhampiran laluan pejalan kaki kerana penyamun akan takut untuk melakukan jenayah dilaluan yang sibuk.

13. Pastikan anda boleh melihat kereta

Jika berhenti sebentar untuk membuat pembayaran melalui mesin bayar automatik (autopay), cuba letakkan kenderaan anda paling hampir dengan mesin tersebut. Sediakan wang secukupnya supaya pembayaran dapat dilakukan dengan cepat. Perlu diingatkan, walaupun mesin tersebut dekat dengan kenderaan, anda hendaklah matikan enjin dan mengunci kenderaan. Jangan biarkan ia hidup walaupun sebentar.

14. Keluarkan barang sebelum meletakkan kereta

Jika anda perlu menghantar barang atau bungkusan, punggah dan turunkan dipintu masuk bangunan sebelum pergi meletakkan kereta anda.

15. Jangan letakkan kereta di tempak tersorok

Lori, van dan kenderaan berat lain menjadi tempat untuk penjenayah bersembunyi. Justeru, elakkan daripada meletakkan kereta disebelah kenderaan itu.

16. Kembali ke tempat selamat jika diekori

Jika merasa anda diekori ketika hendak ke kereta anda, segera kembali ke tempat yang lebih selamat. Cuba minta bantuan kawan atau kenalan untuk menemani anda ke kereta.

17. Pastikan kunci sentiasa di tangan

Pegang kunci kereta sehingga anda sampai ke destanasi. Begitu juga ketika hendak kembali semula ke kereta. Anda tentunya tidak mahu teraba-raba mencari kunci dan memberi peluang penjenayah menyerang anda daripada belakang.

18. Kunci dan terus beredar

Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, kunci dan biarkan tingkap tertutup. Tingkap boleh diturunkan kemudian selepas anda memandu dan beredar daripada kawasan itu.

19. Lihat di dalam dan bawah kereta

Beringat sebelum kena!! Sebelum membuka pintu kereta, imbas ke dalam dan bawah kereta untuk memastikan tiada penjenayah masuk atau bersembunyi di situ.

20. Cergas dan yakin

Anda mesti sentiasa kelihatan cergas dan yakin ketika berada di tempat letak kereta. Kenal pasti arah pintu masuk bangunan. Penjenayah sentiasa memerhati dan menunggu peluang untuk menyerang terutama mereka yang kelihatan lemah, sesat dan hilang arah.

* Artikel sumbangan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL); PKPKL@hotmail.com
Tip keselamatan wanita di tempat letak kereta

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.