Tentang Wanita

Share on Tumblr
Tentang Wanita

1.Sesungguhnya wanita (sanggup) menyembunyikan cinta selama empat puluh tahun, namun dia tidak (sanggup) menyembunyikan kebencian walaupun hanya sesaat.

2.Sesungguhnya Allah menciptakan wanita dari kelemahan dan aurat. Maka, ubatilah kelemahan mereka dengan diam, dan tutupilah aurat itu dengan menempatkannya di rumah.

3.Sebaik-baik perangai wanita adalah seburuk-buruk perangai laki- laki, iaitu: angkuh, penakut, kedekut. Jika wanita angkuh, dia tidak akan memberi kuasa kepada nafsunya. Jika wanita itu kedekut, dia akan menjaga hartanya dan harta suaminya. Dan jika wanita itu penakut, dia akan takut dari segala sesuatu yang menimpanya.

Wanita Muslimah Kartun


4.Janganlah kalian menikahi wanita kerana kecantikannya,mungkin saja kecantikannya akan membinasakannya. Dan jangan pula kalian menikahi wanita kerana hartanya,mungkin saja hartanya akan menjadikannya bersikap sewenang-wenang. Akan tetapi, nikahilah wanita itu kerana agamanya. Sungguh, seorang budak wanita hitam yang putus hidungnya, tetapi kuat agamanya, dia lebih utama.

5.Aib yang terdapat pada seorang wanita akan terus ada selamanya. Aib ini juga akan menimpa anak-anaknya setelah menimpa ayah mereka.

6.Kecemburuan seorang wanita adalah kekufuran, sedangkan kecemburuan seorang laki-laki adalah keimanan.

7.Amma Ba’du. Wahai penduduk Iraq, sesungguhnya kalian ini seperti perempuan yang mengandung. Dia lama mengandung bayinya, ketika telah sempurna kandungannya, dia melahirkan bayinya dalam keadaan mati, lalu meninggal pula suaminya dan dia pun lama menjanda. Kemudian yang mewarisi dirinya adalah orang yang jauh (kekerabatannya) dengannya. ~Ali bin Abi Thalib.



Tentang Wanita

1 Komen:

Eina Esya berkata...

yg nmbr 5 tu , xde smbungan ke? Blh ke tdk laki tu nikah dgn wnita tu?

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.