Cinta Palsu Remaja

Share on Tumblr
Cinta Palsu Remaja
Usia remaja adalah musim cinta berbunga. JadI salah satu fenomena remaja adalah menjadi pencari cinta dan mahu dicintai.

Rata-rata kita dapati remaja bercinta, ada yang selamat menaiki bahtera rumah tangga malah ada juga yang karam, tenggelam dan hanyut ditelan arus cinta ganas.

Cinta sebenarnya satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Ia juga makhluk tidak bernyawa dan tidak berjisim, tidak berjirim, tidak punya rupa dan fizikal.



Tetapi ia ajaib dan berkuasa. Ia menjalar dalam jiwa dan menggetarkan rasa. Cinta adalah biasan daripada Penciptanya Yang Maha Pencinta. Ia dibiaskan kepada segala ciptaan-Nya supaya mereka dapat hidup dalam cinta, kasih sayang dan aman bahagia.

Cinta dan permasalahannya menjadi perkara serius yang dihadapi umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan golongan remaja menghadapi dilema perasaan yang kronik.

Krisis cinta palsu menyebabkan remaja memusnahkan etika spiritual membunuh solidariti dan menodai sosial hingga ada yang sanggup membunuh serta membunuh diri akibat tekanan perasaan yang sukar dikawal.

Menguruskan cinta satu perkara yang amat sulit, apatah lagi kalau cinta yang didambakan itu bersalut dengan cinta nafsu, sekadar cinta monyet atau cinta sekadar untuk berseronok saja.

Apa lagi kalau cinta yang tidak ada 'pakej' ketuhanan dan keredaan Yang Maha Pencinta. Cinta sejati adalah seperti cinta Allah kepada hamba-Nya dan cinta Rasulullah kepada umatnya hingga yang diinginkan Allah daripada hamba-Nya hanyalah kebaikan, kesempurnaan, kemuliaan dengan membenci segala kemungkaran serta kejahatan.

Seorang Muslim tidak mengenal cinta monyet, cinta buta, cinta dusta, cinta palsu dan cinta bodoh. Ia hanya mengenal cinta suci mulia yang penuh kearifan dan kesedaran yang melahirkan cinta kepada Allah serta Rasul-Nya.

Satu ketika, seorang Arab Badwi menghadap Nabi dan bertanyakan perihal datangnya kiamat, lalu beliau balik bertanya: "Apa yang kau persiapkan?" Ia menjawab: "Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya." Beliau menyahut: "Engkau bersama siapa yang kau cintai" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Cinta kerana Allah dan benci kerana Allah menjadi 'penyaring' berkenaan baik buruk, sekali gus ukuran dalam mencintai sesuatu. Dengan demikian, cinta yang tulus kerana Allah yang boleh bertahan sementara cinta bermotif lain pasti cepat berubah, bersifat sementara dan membuahkan penyesalan.

Sedikit panduan kepada mereka yang ingin dan tengah meredah samudera cinta supaya lebih berhati-hati supaya mendapat cinta yang diredhai Allah:

* Jaga jangan sampai berkhalwat dan berdua-duaan kerana sabda Rasulullah: "Setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, syaitan menjadi orang ketiga. Perlu juga diketahui bahawa khalwat itu bukan pada fizikal saja, tetapi juga pada hati, malah khalwat hati itu lebih terdahulu bermula kerana setiap perbuatan dan perkataan adalah hasil dari ilham hati. Khalwat jasadi (badan) hadir setelah khalwat qalbi (hati).

* Jangan saling mengurat dan menggoda dengan bertentang mata nafsu. Bukan tak boleh tengok pasangan tapi merenung yang diikuti dengan nafsu bakal diiringi panahan syaitan.

Seperti sabda nabi: "Pandangan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperoleh kemanisan dalam hatinya" (Hadis riwayat at-Tabrani dan al-Hakim).

* Jaga jangan sampai bersentuhan, tangan dan badan bergesel-gesel nanti menaikkan nafsu syahwat. Besarnya dosa bersentuhan seperti sabda Rasulullah: "Jika kepala kamu ditikam dengan besi, itu lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal untuk kamu" (Hadis riwayat at Tabrani dan al Baihaqi).

* Tidak terlalu bebas hingga menjadi pendorong kepada perbuatan zina. Surah al-Israk ayat 32 menyatakan: "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."

Berusaha menutup aurat dan menyembunyikan perhiasan serta dan kecantikan. Malah, bertunang juga bukan tiket untuk menghalalkan segalanya dalam perhubungan.

Oleh Datuk Mohd Zawawi Yusoh
Cinta Palsu Remaja

8 Komen:

Nurfahna nana berkata...

best jgk bca2 ttg cinta cmne. :)
terkenng plak zman sklah dlu..hihi.. <3

Tanpa Nama berkata...

best sngt2...

Nurul Yazmeen Zahidan berkata...

Mmg tepat kena btg hidung sape2 yang kmaruk becinte zaman remaja ni.Skrg ni jenis cinta dlm klngan remaja yg plg banyak nilah,cinta palsu remaja.Mmg dah tak ingt hrapan mak bapa nak tengok anak berjaya.Klw becinte pun,bf or gf tu nak bagi kte mkn apa? Pasir?
Heesh...geram betul bila terkenang kwn-kwn aku yang skrg ni jenis nak cintan-cintun jer.Halo,wake up call! Pakwe or makwe ko tu bole ke bg ko hrpan abadi?

Tanpa Nama berkata...

betul tu.

Tanpa Nama berkata...

sakit hatiku.....

Tanpa Nama berkata...

kenapa semua remaja ingin bercinta tetapi kadang-kala sakit yg menanti setiap remaja tak kala lelaki mahupun wanita .kenapa lelaki terlalu suka mempermain kan hati wanita ,tiada siapa yg iahu hanya hati yg sedih 'jangan suka mempermainkan hati wanita '

anis berkata...

betul banyak remaja suka //////

salsabiela berkata...

fotonya masih anak kecil..lucu dech..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.