7 Ciri Lelaki Idaman Wanita

Share on Tumblr
7 Kriteria Lelaki Perlu Ada

Lelaki memang beruntung andai mendapat perhatian dari si gadis dalam pelbagai segi. Apatah lagi perhatian itu hadir dari seseorang yang kamu sayangi. Dan kerana perhatian yang diberikan itu jugalah, ada pendapat yang mengatakan bahawa lelaki sedemikian tidak sukar untuk memilih pasangan hidup. Benarkah? Jika benar, jom selidiki tujuh kriteria penting yang ‘wajib ada’ bagi seseorang lelaki.

1. Maskulin
Ramai gadis memuji andai seseorang lelaki itu mempunyai sifat maskulin. Dalam erti kata lain, lelaki perlu mempunyai sifat kelelakian yang kuat. Maklum sajalah, kekuatan cukup sinonim dengan lelaki. Masakan tidak, lelaki maskulin juga dikatakan mampu melindungi gadis.

2. Punya aura sensual
Ada juga pendapat yang menyatakan seseorang gadis boleh ‘lemah’ apabila berdampingan dengan lelaki yang memiliki ciri sensual. Secara lumrahnya, gadis sememangnya mendambakan lelaki yang boleh menjadi tempat bermanja selain berkongsi perasaan dan isi hati

3. Berpenampilan menarik
Kamu perlu tahu, kacak bukanlah menjadi intipati yang penting buat seseorang lelaki. Memadai jika kamu bijak dan pandai untuk bergaya dan menyesuaikan diri di dalam apa sahaja situasi. Malahan supermodel, Selita Ebanks turut berpendapat bahawa lelaki kacak adalah lelaki yang bijak menjaga kebersihan dan penampilan dirinya.

4. Pandai bergurau
Lelaki yang suka berjenaka atau membuat lawak juga dikategorikan sebagai lelaki yang diinginkan oleh si gadis! Golongan lelaki yang sedemikian dikatakan mampu untuk menceriakan hubungan cinta yang terjalin. Tak kan nak serius saja kan?


Couple

5. Romantik
Di samping itu, sikap romantik yang dimiliki lelaki juga boleh memberi bonus di dalam mengikat hubungan cinta. Belaian manja dan ucapan kata-kata cinta yang diberikan buat si dia secara tidak langsung mengukuhkan lagi ikatan di antara kamu berdua. Hmm…memang ada gadis yang menyukai sikap sempoi lelaki, tetapi kamu perlu ingat, tanpa ada rasa sayang dan ambil berat, jalinan cinta tidak akan bertahan lama….

6. Boleh berdikari
Ha, ia juga menjadi salah satu criteria yang perlu ada pada lelaki. Kamu perlu kuat dan bijak di dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau kesulitan yang kamu hadapi. Bukan tidak perlu untuk bergantung atau menerima pertolongan, tetapi sebagai seorang lelaki, kamu sepatutnya perlu tahu tentang banyak perkara. Misalnya membaiki paip bocor, peralatan elektrik dan sebagainya.

7. Peramah
Mesra dengan semua orang! Itulah kunci asas yang menggambarkan lelaki seperti ini juga mampu mendapat perhatian dari gadis. Tidak perlu ‘kontrol macho’ atau menjadi kera sumbang. Tapi janganlah terlalu 'overdose' pula. Bimbang nanti ada yang tak senang duduk dengan karektor kamu yang terlalu peramah itu!

~ Remaja
7 Ciri Lelaki Idaman Wanita

7 Komen:

Tanpa Nama berkata...

nak mencari ayat cinta sejati

abangbesar berkata...

Aura sensual tu macam mana ya-?

Tanpa Nama berkata...

Saya ƍăӃ tahu..

Cikgu Azhar berkata...

Sensual itu bermaksud berahi @ mengghairahkan

QimiEzza berkata...

ouh,,mcm tuu plk eak ???? mmm,,,bru sye thu....

Tanpa Nama berkata...

ape2 je... kalo prempuan baca .. mesti mereka nk had mereka menang.. tak pk lak apa lelaki mahu dan fikirkan ..

Tanpa Nama berkata...

macam tu..tapi ada juga perempuan yang suka lelaki body tegap
rasanyalah hehehe:)

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.