Mutiara Kata Kejayaan - Motivasi Diri

Share on Tumblr
Mutiara Kata Kejayaan, Motivasi Diri, Madah Kejayaan

Untuk BERJAYA, kita perlu melatih minda kita untuk melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita. untuk GAGAL, latihlah diri kita melihat halangan-halangan yang ada di depan kita!

Untuk menjadi hebat dalam sesuatu bidang, caranya mudah sahaja. Lakukan perkara tersebut berulang-ulang kali. Untuk hebat berucap, berucap banyak kali. Untuk hebat menjual, jual banyak kali. Untuk hebat berniaga, berniagalah selalu. "Practice makes perfect!

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan

Seringkali yang membezakan antara seorang yang berjaya dan seorang yang gagal, bukan kerana yang seorang memiliki kemampuan atau idea yang lebih baik, tetapi dari keberanian yang dipertaruhkan untuk mengambil risiko dan melakukan tindakan

Orang yang fikir mereka biasa-biasa saja, akan dapat hasil yang biasa-biasa juga. Orang yang tanamkan dalam fikiran mereka hebat, akan capai hasil yang hebat. Mereka yang percayakan mereka luar biasa hebat, pastinya akan dapat hasil luar biasa hebat! Kejayaan bermula dalam minda. Fikirkan anda hebat

Sekiranya anda ingin melakukan sesuatu dan takut ianya tidak sempurna, ianya tidak akan jadi sempurna. Langkah baik adalah untuk mulakan sahaja, dan perbaiki keadaan dalam perjalanan anda. Jangan tunggu kesempurnaan oleh kerana, sempurna pada diri anda, tidak semestinya sempurna pada mata orang lain. Fikir sebaliknya, tiada maksudnya "sempurna"!


Apapun yang terjadi pada diri kita, fokuslah pada masa depan daripada berfokus pada masa lalu, fokus pada rencana dan apa yang akan kita lakukan. Membangun tindakan positif untuk dapat mencapainya. Tutup lembaran masa lalu, kita rencanakan masa depan. Koreksi diri adalah cara membangun sikap hidup positif.

Ilmu tidak hanya penting dalam menjamin kejayaan manusia di dunia dan di akhirat, tetapi juga prasyarat untuk mencapai kemajuan di dunia dan kesempurnaan di akhirat kelak.

"Kalau ada yang kata mereka hidup susah kerana tidak berpendidikan tinggi, itu sebenarnya hanya alasan. Saya pernah hidup seperti mereka tetapi jika ada keinginan, kesungguhan dan tidak pernah kenal erti putus asa, pasti kejayaan berpihak kepada mereka. Ingatlah, Allah itu tidak kejam dan Maha Adil. Jika kita usaha, pasti rezeki akan didorong kepada kita" ~ Rosyam Nor

Mutiara Kata Kejayaan - Motivasi Diri

1 Komen:

Hairunissa Jopri berkata...

Asslamualaikum..seronok baca blog ni..Sgt2 positif dan mmg bermotivasi betul..Thank for sharing..Jemput ke blog sy boleh kita bertukar idea http://hairunissajopri.blogspot.com

Selepas Baca, Sila Komen

Kedai Hadiah Online

Artikel Terkini

Catatan Popular

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.