Formula untuk mencapai kejayaan matlamat

Share on Tumblr
Formula gapai matlamat
Tak dinafikan, pelajar mahupun ibu bapa sering kali tercari-cari formula untuk mencipta kejayaan.

Malah, bagi segelintir pelajar, mencipta kejayaan adalah perkara sukar dan mengandaikannya hanya untuk golongan pandai semata-mata.

Tanggapan itu kurang tepat kerana ada panduan boleh digunakan bagi membantu mencipta kecemerlangan, namun dengan syarat perlu dilakukan dengan penuh disiplin.

Berikut antara panduan

* Tetapkan matlamat yang realistik

Jangan berangan-angan untuk mencapai kejayaan paling luar biasa kerana boleh membinasakan semangat pelajar untuk belajar.

* Fokus terhadap cara pencapaian matlamat ditetapkan

Cara pencapaian matlamat penting kerana ia membantu pelajar lebih gigih membuat persiapan selain memberi perhatian khusus terhadap apa diusahakan.



* Tulis matlamat itu dan jika boleh, lekatkannya di tempat yang sesuai

Ini secara tidak langsung menjadi langkah motivasi diri.

* Ambil langkah untuk mencapai matlamat itu

Matlamat yang ingin dicapai perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh bukan sekadar dengan membina angan-angan.

* Boleh bergembira, namun jangan biarkan ia membantutkan pencapaian matlamat disasarkan

Siapa kata kehidupan sebagai pelajar tidak boleh dinikmati, namun biarlah berpada-pada dan tidak tersasar daripada matlamat asal.

* Kaji perkembangan pencapaian matlamat dan hapuskan sebarang kelemahan yang wujud

Perbaiki kelemahan sedia ada supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran dan penguasaan.


Formula untuk mencapai kejayaan matlamat

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.