Tip Peperiksaan: Tip menyediakan nota ringkas mengingat fakta

Share on Tumblr
Tip menyediakan nota ringkas mengingat fakta

* Buat nota semasa belajar

- Buat nota ringkas semasa belajar, ini akan membantu anda mengingat kembali apa yang dipelajari semasa melakukan semakan. Satu nota yang ideal mempunyai kata kunci serta formula yang penting dalam bentuk angka atau sebagainya. Nota ini sangat bernilai apabila anda ingin merujuk dan mengingati kembali apa yang anda pelajari. Anda boleh membawa nota ini ke mana saja dengan lebih mudah dan senang untuk membuat rujukan sekiranya perlu.

* Mengamalkan tidur dan makan yang sihat

- Tidur amat perlu untuk anda. Kajian menunjukkan, tidur yang sihat dan optimum adalah sekitar 6 jam. Anda perlu mengamalkan masa tidur sebegini terutama pada malam sebelum peperiksaan di mana anda perlu mengamalkan tidur sekurang-kurangnya 6 jam dan tidak melebihi 8 jam. Selain tidur, amalan makanan yang sihat juga perlu. Mengamalkan makanan yang betul mengikut nutrisi yang diperlukan untuk minda dan tubuh badan. Amalkan bersarapan, dan makan mengikut masa yang betul. Terdapat beberapa bentuk makanan yang perlu anda berhenti untuk mengambilnya seperti makanan yang mengandungi pengawet, makanan segera dan minuman berkarbonat. Amalkan amalan makanan yang seimbang. Kandungan protin, sayuran dan karbohidrat yang seimbang. Mengamalkan meminum air masak dengan lebih kerap dengan ambilan lebih 2 liter sehari. Jangan lupa untuk meminum air masak sebelum tidur dan sesudah bangun dari tidur. Amalan ini penting untuk menjaga sel otak dalam keadaan baik.

* Menulis dan memberi jawapan dengan baik

- Persembahan jawapan sering menjadi masalah kepada pelajar dan menjejaskan markah yang diperoleh. Apa saja yang anda pelajari ataupun sehebat mana persediaan anda amat bergantung kepada bagaimana anda mempersembahkan jawapan di dalam kertas jawapan. Pemeriksa jawapan mungkin sukar untuk membaca apa yang anda tulis sekiranya anda tidak mempersembahkan penulisan yang baik. Perlu diingat, setiap hari pemeriksa akan memeriksa lebih daripada 30 hingga 40 kertas jawapan calon dan apa yang dilihat adalah kata kunci untuk markah. Biasakan memberi jawapan dalam bentuk `point'. Bagi soalan esei, menyatakan dengan jelas kata kunci atau `point' amatlah penting. Memulakan sesuatu esei dengan kata kunci yang boleh memberikan markah kepada anda. Paling utama, dalam penulisan, tulisan anda haruslah kemas. Tidak perlu terlalu cantik tetapi kemas. setiap perkataan ada jaraknya, huruf ditulis dengan betul dan tidak terlalu kecil atau terlalu besar. Sekiranya penyampaian anda baik, anda boleh mendapat lebih banyak markah. Satu lagi fakta yang penting, pandangan pertama yang dilihat adalah gambaran terbaik. Jadi, pertama sekali anda perlu menjawab soalan yang anda ketahui dulu dengan baik. Dengan cara ini anda boleh memberikan gambaran yang baik kepada pemeriksa walaupun anda tidak dapat menulis beberapa jawapan akhir dengan baik. Ia tidak mengurangkan markah anda. Dengan cara ini anda berpeluang untuk mengawal masa anda dan boleh untuk menyiapkan soalan lain walaupun soalan tersebut tiada dalam rangka belajar anda. Setidaknya anda dapat untuk melihat soalan tersebut kerana setiap soalan biasanya memperuntukkan markah. Biasanya pelajar yang mengamalkan cara ini memudahkannya untuk memperoleh markah penuh.

* Elakkan daripada melakukan penyelewengan dalam dewan peperiksaan (meniru)

- Penyelewengan atau meniru dalam dewan peperiksaan memberi kesan yang buruk kepada keputusan peperiksaan.

Kesan penyelewengan ini akan menjejaskan markah anda dan barangkali tidak dibenarkan untuk meneruskan peperiksaan. Tidak perlu memberi jawapan sekiranya anda tidak tahu. Ia lebih baik daripada anda melakukan penyelewengan. Anda perlu ingat, tujuan peperiksaan adalah untuk menguji diri anda dan membuktikan kemampuan diri sendiri. Tiada masalah sekiranya anda mengikut langkah di atas, sudah pasti anda mampu memperoleh markah yang baik.

* Percaya kepada Allah dan yakin kepada diri sendiri

- Berdoa dan beribadah kepada-Nya adalah amalan yang penting sebelum peperiksaan. Berdoa akan membuatkan diri lebih tenang dalam menghadapi peperiksaan. Ketenangan ini memudahkan anda untuk lebih fokus dalam menjawab peperiksaan. Minda anda hendaklah bebas sekurang-kurangnya 5 minit sebelum bermulanya peperiksaan. Dengan berdoa boleh memberikan anda satu tenaga yang positif dan keamanan dalam diri yang baik untuk anda. Apa yang penting, anda berasa yakin dengan kebolehan anda dan akan memberikan keputusan yang baik kepada anda.



* Elakkan berbincang soalan yang telah diduduki selepas peperiksaan.

- Elakkan daripada membincangkan soalan selepas peperiksaan. Keadaan ini tidak akan memberikan keselesaan kepada anda dan berkemungkinan memberi kesan kepada peperiksaan akan datang. Sekiranya rakan anda membincangkan soalan peperiksaan yang baharu diduduki, hindari dari mereka dan pergilah ke tempat yang lebih selesa atau pulang ke rumah segera. Sebenarnya anda memiliki banyak peluang untuk Berjaya. Apa yang perlu dilakukan ialah berusaha untuk mendapatkannya. Dengan usaha yang dilakukan secara serius, anda boleh melakukannya. Diharapkan tip ini dapat membantu anda untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan. Mulakan usaha anda dengan senyuman, selamat Berjaya.

Oleh Mohamad Fazil Mohd Isamudin
Tip Peperiksaan: Tip menyediakan nota ringkas mengingat fakta

10 Komen:

Yana Aina berkata...

TQ .. dh lepas dr exam ^^

ufairah berkata...

nk pekse akhir ta0n nie....doakn kjayaan sye...

Tanpa Nama berkata...

tahun nie spm...harap2 dpt bt yg terbaik...

Tanpa Nama berkata...

amin...smoga kta clon2 spm yg terbaik kan2
insyallah allah akn bg ptjk yg bnr,ape ats usha kta slma ini
waslam...

Tanpa Nama berkata...

FINAL EXM NK DKT DA...HOPE PAS NCA NI FINAL EXM LEY WT...DPT RESAULT YG BAEK...3POINTER LA...

Tanpa Nama berkata...

SPM 2013 , hari ni baru 1 januari tapi dah rasa getarannya :)

Tanpa Nama berkata...

bjk

Tanpa Nama berkata...

hey siapa sini spm

Tanpa Nama berkata...

berdebar rasa nak spm 2013

Tanpa Nama berkata...

xzam pMR da dkat,d0akan sye keyh?

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.